CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Reput Dalam Kotak Plastik

4-5-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2902| Komen: 15

atu Pahat: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak plastik yang diletakkan di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, dekat sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi berkenaan pada 6.40 petang.


Kredit foto: Harian Metro


"Siasatan awal mendapati, bayi perempuan berkenaan dipercayai ditinggalkan lebih daripada 24 jam berdasarkan keadaan tubuh badan yang sudah mula mereput.

"Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 4-5-2021 10:52 AM
Hukuman xcukup berat..kne pastikan hukuman cukup berat supaya mereka takut utk buang2 bayi ni..perilaku xmencerminkan manusia..
Quote prizadane 4-5-2021 11:28 AM
Keji! Takde rasa kesian ke biarkan baby tu mati n mayat mereput? Kalau ye pun tak nak, letak lah kat tempat yang ramai orang lalu lalang. Kalau kau approach sesiapa pun, rasanya orang tu sanggup je adopt anak tu. eeee
Quote awekjepun 4-5-2021 11:30 AM
Aku membayangkan mgkin baby ni x meninggal lagi masa letak.. tapi xde org jumpa kot. Mati kelaparan.. {:cryrun{:cryrun
Quote Carcosa 4-5-2021 11:39 AM
Ehhhh apa lah niii.... Tadi baca pasal baby 11bulan jatuh flat.. Ni, ni pulak.. Adoiii. Sedih lah hoiiii.....
Quote kucim 4-5-2021 11:42 AM
KALAU HUKUM PEMBUNUH BAYI...MAKA..KENA HUKUM JUGA YG JUAL UBAT KUAT..JAMU KETAT..MAKJUN KUAT...PELINCIR POEN

PENJUAL2 NI YG BUAT MANUSIA KEMARUK SEK
Quote aHoi83 4-5-2021 11:44 AM
Kenapa tak siasat akta membunuh je
Quote 234126 4-5-2021 12:16 PM
iol harapkan bukan berita local, tapi berita local. Innalillah,kejam nya la.

Mungkin dah meninggal masa kena tinggal sebab kalau kat premis kedai mesti dengar bunyi tangisan bayi kan. Dah lebih 24 jam pulak tu dah mereput. Takda duit nak kebumi agaknya. Sedihnya laaaah mcm ni keadaan
Quote cik_sssara 4-5-2021 12:31 PM
awekjepun replied at 4-5-2021 11:30 AM
Aku membayangkan mgkin baby ni x meninggal lagi masa letak.. tapi xde org jumpa kot. Mati kelaparan. ...

Nak sedapkan hati anggap baby tak suffer, dah meninggal dulu sebelum diletak situ. Tapi bila fikir balik kalau dah meninggal kenapa pelaku tu letak dekat belakang kedai tu
Quote arm_band 4-5-2021 01:03 PM
ada teddy bear ada selimut, nampak macam disayangi. kenapa tak letak kat masjid, bulan2 puasa ni ramai jemaah
Quote Artemesiaa 4-5-2021 01:09 PM
Kalau tak nak pun janganlah tinggalkan ditempat yang jarang ditemui orang, ke memang dah tak bernyawa masa meletakannya disitu
Quote kiahkonar 4-5-2021 01:42 PM
sedih nye berita mcm ni dalam bulan ramadhan. mmg ramai hidup tersepit sekarang tp ramai jugak nak membantu. kenapa x cari jalan yg lebih baik dari ni.
Quote Kak-Leen 4-5-2021 01:44 PM

Apsal la dibuang... Kawan akak dok Sri Lalang menunggu bertahun2 nak dptkan anak angkat sebelum dpt sorang baby girl baru ni.
Quote Kak-Leen 4-5-2021 01:45 PM
awekjepun replied at 4-5-2021 11:30 AM
Aku membayangkan mgkin baby ni x meninggal lagi masa letak.. tapi xde org jumpa kot. Mati kelaparan. ...

Sedihnya bayangan yg awek bagi ni.. Huhuhuhu
Quote nipskacang 4-5-2021 02:19 PM
Benci news mcm ni
Quote Babai 4-5-2021 02:38 PM
Babi pukimak celaka betul la orang macam ni. Kalau taknak baby tu, kasi la dekat orang. Kalau takut sangat taruk jela dekat tempat yang selamat yang orang mudah terjumpa.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.170160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top