CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sihir Kedai Pesaing

15-11-2013 02:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22343| Komen: 225

Gambar hiasan


Johor Bahru: Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini

Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, lalu di depan gerai mereka dengan kereta.

“Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami.

“Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


Abd Rahman berkata, dia dan isteri terus menghampiri lelaki itu dan bertanya apa tujuan dia berbuat demikian.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 15-11-2013 09:38 AM
tah lah aku benda sihir nie tak percaya sangat
Quote balqishku 15-11-2013 09:42 AM
melayu dan sihir berpisah tiada.. sket2 dengki, busuk ati, iri ati
Quote p.timur3831 15-11-2013 09:43 AM
sueism posted on 15-11-2013 09:38 AM
tah lah aku benda sihir nie tak percaya sangat

bagi saya, saya percaya sbb kedai makan mak angkat banyak kali disihir..
dh byk kali kitaorg bersihkn tapi pesaing tu still sihirkn kedai makan mak kita sbb dengki..
sampai byk customer tertanya-tanya, bila bukak balik?igtkn dh tutup balik kg..
mak angkat kita terpinga2 sbb kedai x pernah ttup n x pernah balik melainkn ada kenduri @ raya..
sekarang ni, kitaorg hanya mampu berdoa agar penjahat tu diberi hidayah n sempat bertaubat sebelum malaikat maut dtg mnjemput
Quote sueism 15-11-2013 09:45 AM
p.timur3831 posted on 14-11-2013 03:43 PM
bagi saya, saya percaya sbb kedai makan mak angkat banyak kali disihir..
dh byk kali kitaorg bers ...

sorry it happened to your mak angkat , tapi org yg amal sihir
nie memang lah me tak tau nak kata apa.

Quote OmJualGas 15-11-2013 09:45 AM
apa fungsi garam dan kunyit selain untuk tambah perisa makanan ni ehh?...
Quote yayah8989 15-11-2013 09:54 AM
pagar tak kedai tu sebelum bukak? lebih baik pagar dulu ngan ayat2 al quran takde senang masuk sihir
Quote alepmama 15-11-2013 09:56 AM
siannya...
penat org tu nak cari rezeki
harap mangsa ni x balas dendam balik dgn gunakan sihir
Quote p.timur3831 15-11-2013 09:59 AM
yayah8989 posted on 15-11-2013 09:54 AM
pagar tak kedai tu sebelum bukak? lebih baik pagar dulu ngan ayat2 al quran takde senang masuk sihir

yayah..kalau kedai mak angkat aku, walaupun mak angkat dh pagar dgn ayat al-quran, penyihir ni tetap leh masuk..
hairan kami, cam ne diorg ni leh musnahkn ayat2 al-quran
Quote yayah8989 15-11-2013 10:03 AM
p.timur3831 posted on 15-11-2013 09:59 AM
yayah..kalau kedai mak angkat aku, walaupun mak angkat dh pagar dgn ayat al-quran, penyihir ni tet ...

selalu buat x tim? kadang2 leh musnah sebb ade benda kotor kot tim
kita bukan tau kan

Quote p.timur3831 15-11-2013 10:08 AM
yayah8989 posted on 15-11-2013 10:03 AM
selalu buat x tim? kadang2 leh musnah sebb ade benda kotor kot tim
kita bukan tau kan

yg tu aku x tau sbb yg selalunya buat pendinding tu anak2 jantan dia..
entahlh, x berani komen sbb aku x berapa rapat dgn anak2 jantan dia
Quote jonlabu 15-11-2013 10:09 AM
sueism posted on 15-11-2013 09:38 AM
tah lah aku benda sihir nie tak percaya sangat

Percaya  la.nasi baru msk jd basi..gulai dihurung ribuan lalat.itu blom sakit pelik yg menimpa tuan kedai..
Quote leylapple 15-11-2013 10:11 AM
cuba leh buat kat kedai mekdi ker..kepsi ker...

nie buat kat kedai cap ayam....


Quote yayah8989 15-11-2013 10:13 AM
p.timur3831 posted on 15-11-2013 10:08 AM
yg tu aku x tau sbb yg selalunya buat pendinding tu anak2 jantan dia..
entahlh, x berani komen sb ...

owh.. takpelaaa camtu doa yg terbaik jela
Quote sueism 15-11-2013 10:14 AM
jonlabu posted on 14-11-2013 04:09 PM
Percaya  la.nasi baru msk jd basi..gulai dihurung ribuan lalat.itu blom sakit pelik yg menimpa tua ...

memang dahsyat sungguh lah manusia nie nak runtuh kan org lain


Quote Nash^Roy 15-11-2013 10:15 AM
tak pelik pun.. standard la melayu dengki melayu.. melayu dengki cina.. melayu dengki yahudi..

tp apa pasal melayu takmo sihir cina? takmo sihir yahudi? balik2 sihir sesama melayu.. why oh why???
Quote jonlabu 15-11-2013 10:16 AM
sueism posted on 15-11-2013 10:14 AM
memang dahsyat sungguh lah manusia nie nak runtuh kan org lain

Awak baru hidup semalam ke  haha
Quote sueism 15-11-2013 10:18 AM
jonlabu posted on 14-11-2013 04:16 PM
Awak baru hidup semalam ke  haha

sebab aku mana ada pernah mengalami benda macam tu
lagipun tempat aku nie tak ada pun yg nak sihir2
so benda2 macam tu memang tak tau

Quote senah_tonggek 15-11-2013 10:20 AM
melayu oh melayu, kenapakah engkau terlalu bodoh wahai melayu?..meniaga rugi, mula la pakai bomoh la apa la..sama ja dgn kak mah sebelah ni..rsa mcm nk penerajang ja muka kak mah tepi ni..hahaha
Quote rosmahisham 15-11-2013 10:22 AM
x paham dgn perangai org suka dengki ni..kdg2 org yg disihir tu mmg dahh lama meniaga kat situ...org baru pulak senang2 je nak cantas customer org tu...dah la menggangu rezeki org tu..konon ckp rezeki msg2...tp kalo dah dekat sgt saingan sebelah2 bkk kedai jual benda yg sama..tu mmg jenis keluar modal terus nak kaya je la..x tau ssh payah org lama tu nk menarik pelanggan time tempat tu sepi ..so cara nk menang cepat guna la sihir..x paham la..x takot ke guna sihir/kurafat ni anak2 x menjadi ke hape..silap2 penat je niaga,rezeki x berkat lama2 jd papa kedana...

Lihat semua komen(225)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044904 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top