CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sebagai Syarikat Rakaman, Penting Untuk Kami Menjaga Kesihatan Mental Janna'

6-5-2021 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2980| Komen: 7

"Sebagai syarikat rakaman, penting untuk kami menjaga kesihatan mental artis kami," kata Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy mengenai masalah gangguan bipolar dihidapi Janna Nick yang juga artis di bawah syarikat rakaman itu.



Kredit foto: IG Janna

Darren berkata, ini bukan kali pertama Warner Music Malaysia berurusan dengan artis yang berdepan situasi kesihatan mental seperti Janna.

"Dulu, kami pernah ada artis yang kemurungan. Isu kesihatan mental adalah isu besar dan sekiranya tidak diuruskan dengan cara yang betul, ia boleh menjadi parah.

"Untuk Janna, pihak kami nampak kesungguhannya untuk kembali berkarya sebagai penyanyi selepas pernah muncul dengan single sebelum ini. Janna adalah artis yang serba boleh dan memiliki pelbagai bakat," katanya.

Ditanya mengenai tugas dan tanggungjawab Warner Music Malaysia sekiranya Janna sekali lagi terpalit dengan kontroversi, Darren berkata, menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memberikan nasihat.



Kredit foto: IG Janna

"Sebagai syarikat rakaman yang juga menguruskan kerjaya muziknya, kami akan berikan nasihat sekiranya dia terpalit dengan kontroversi.

"Kadang-kadang, artis hanya nampak satu perspektif. Jadi, kami akan bantu jelaskan kepadanya dari perspektif berbeza dan apa kesan daripada sesuatu tindakan. Namun, saya tak nafikan ada artis yang terima dan ada kalanya tidak," katanya.

Janna kini sudah merakamkan single barunya bersama Warner Music Malaysia dan dijadualkan bakal melancarkannya pada Julai atau Ogos ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 6-5-2021 11:48 AM
nak rakam lagu lagi? hehehehehehe semoga burjaya tapis cercaan nanti
Quote Kurex 6-5-2021 12:12 PM
Sejenis sampah macam jah
Quote LadyCarefree 6-5-2021 01:21 PM
Macam ni pon boleh jd rekoding retis. Choyyyy
Quote biozipstar 9-5-2021 06:58 PM
bipolar betul ke...camtu hiatus aje lah janna..
Quote eely_shana 11-5-2021 11:25 PM
Kalau betul ada masalah, semoga cepat2 dptkan rawatan
Quote Cik_jantung 11-5-2021 11:44 PM
Gth janna.....
Quote CikYaYaYa 12-5-2021 12:08 AM
Oo jadi dia bipolar betoi la ea..? iols tanya mcm nie sbb ramai yang kata ada mslh mental tapi xpernh pon ad pengesahan dr doc. Kalau gitu semoga cept sembuh la JN..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.097784 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top