Sungguh hiba apabila seorang anak sanggup memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk menyelamatkan ibunya yang dijangkiti Covid-19. Difahamkan, kisah memilukan itu berlaku di Uttar Pradesh, Sabtu lalu apabila seorang wanita berusaha memberikan bantuan pernafasan kepada ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Wanita itu melakukan ikhtiar itu selepas hospital terbabit kekurangan bekalan mesin oksigen. Kakitangan Perubatan Kecemasan, Ahtisam Ali berkata, pesakit berkenaan dibawa ke hospital itu dalam keadaan sesak nafas. Sementara itu, Pengarah Hospital Maharaj Suheldev AK Sahni menjelaskan, ibu wanita itu meninggal dunia di atas katil hospital sebelum menerima rawatan. "Pasukan doktor datang memeriksanya namun ia terlambat kerana dia sudah meninggal dunia. "Saya menafikan wanita itu meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.
"Anak perempuannya itu sempat membuat bantuan pernafasan mulut kepada ibunya kerana dia sangat bimbang dengan keadaan ibunya pada masa itu," katanya seperti dilaporkan Tribune India. Krisis kesihatan melanda India semakin meruncing apabila hospital penuh, kekurangan oksigen dan ambulans serta ramai pesakit maut tanpa sempat mendapat rawatan di hospital. Negara itu kini merekodkan 20.6 juta kes jangkitan Covid-19 dengan 226,188 kematian. Sumber: Harian Metro
|
LadyCarefree replied at 6-5-2021 01:27 PM
Agaknya yg antivax yg cakap kobid tipu yg xendah sop semua ni nak lalui personally macam ni baru nak ...
ADVERTISEMENT