CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Minta Maaf Pada A.Aida, Sanggup Ganti Rugi Asal Tak Besarkan Isu

7-5-2021 06:22 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12307| Komen: 50|Original author: Oleh: Cari-Azza



"Saya ada empat, lima kali hubungi dia untuk maklumkan, tapi tak dapat, tiba-tiba dah viral."

Menafikan ianya satu pencerobohan, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan perkara sebenar berkenaan isu menjalani penggambaran tanpa izin di rumah rehat penerbit drama, Datuk A. Aida.

Menurut Aliff, pihaknya telah meminta kebenaran daripada kakitangan homestay berkenaan sebelum memulakan penggambaran video muzik (mv) di sana. Namun, timbul salah faham antara Aida dan pihaknya seperti yang dilaporkan portal Mstar.

Foto: Ig


"Kakitangan tu kata boleh, tapi mungkin ada salah faham, boleh tu boleh shooting tapi tak boleh masuk dalam rumah."

Foto: ig


Bagi Aliff, kumpulan mereka seramai 20 orang bukan lah menceroboh sebaliknya hanya menjalani penggambaran di rumah A.Aida yang tidak sampai 0.1 peratus pun dari keseluruhan muzik video.

"Ya, kami ada shoot di tepi beranda, kami tak ceroboh rumah pun dan tak guna elektrik, tak masuk tandas pun."

Foto: Youtube

Bagaimanapun, Aliff dengan rendah hati memohon maaf kepada penerbit drama tersebut atas salah faham yang berlaku. Malahan dia sanggup membayar ganti rugi jika ada sebarang kerugian daripada persinggahan mereka sebelum ini.

"Saya pun tak sangka benda ni berlaku. Saya mohon maaf kepada A.Aida dan mohon perkara ini tidak dibesar-besarkan."

Aliff sudah pun memohon maaf. Jadi kita tunggu sahaja apa komen A.Aida. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 7-5-2021 06:41 AM
Drama much...sori...tak bole nk husnuzon dgn dia ni
Quote dudaberhias 7-5-2021 06:43 AM
a aida tak puas hati sebab merosakkan prestasi rumah rehat sheols kot?
semua kelempuk duk menari tergedik2 dekat rumah tu... harus la penunggu gunung belakang tu tak puas hati kemungkinan takde gunung berapi di situ tiba2 meletus gunung ittew secara ajaib...

dengan lagunya pun hazab... buat malu je lagu judi gdbet tiga tiga ada lagi best dan sampai kini terngiang2 di fikiran iols...
Quote laradelara 7-5-2021 07:12 AM
Hmmm... Dia ni takde penasihat ke?

Takkan xtau kalau nk mintak izin, mintak pada tuan punya. Setakat dah try hubungi tapi xdpt tu, maksudnya xde izin lah tu. Ceroboh lah namanya
Quote dejure 7-5-2021 07:19 AM
Bodoh dia ni resort kau kan ada,mak kau punya rumah hutan pon ada knp x shoot je kat sana.nampak sangat mmg suka cari masalah dgn orang.bodoh lah si sotong busuk ni
Quote Normabaru 7-5-2021 07:27 AM
dudaberhias: a aida tak puas hati sebab merosakkan prestasi rumah rehat sheols kot?semua kelempuk duk menari tergedik2 dekat rumah tu... harus la penunggu gunung b ...


Ada tertengok vid dia kt ig.. Kaka nmpk soft crab 4 ekor terliuk lentok.. Hehehe
Quote syaz_lina 7-5-2021 08:11 AM
Siap masuk patio rumah org tu..alasan ko call org tp org tu tak angkat bkn alasan ye nak simply ceroboh. Saman je alip ni, sejenis tkde common sense
Quote laksmanabentan 7-5-2021 08:18 AM
cheap marketing la alip weeeiii..
xde sapa nak caya dgn marketing ko nih...
da banyak kali kantoi la....

shoot kat beranda tp tak masuk rumah????
wtf??
ko panjat ker beranda tu???
hahahhahaa....

tak guna letrik.. abis tu lighting ko tak pakai lighting ker??
hahahhaa...

MV jijikkkss.. nak klik pun tak hengeeen....


Quote awenda507 7-5-2021 08:21 AM
Takda sivik btl si alip ni
Quote Jiddin 7-5-2021 08:36 AM
Entah2 2 belah pihak dah bersepakat cipta kontroversi ni
Quote EvieWanKenobi 7-5-2021 08:39 AM
so polis kena buka kertas siasatan tak?
Quote exclusive_vvip 7-5-2021 08:43 AM
Jiddin replied at 7-5-2021 08:36 AM
Entah2 2 belah pihak dah bersepakat cipta kontroversi ni

iols terpikir mcm tu bila baca artikel atas..AA kan kene blame pasal kes covid tu..kot pakat dgn AS, soh buat isu ni..pastu nanti AA maafkan AS dgn setulus jiwa, nampak lah AA sbg insan lembut hati..cuci imej is doneeee...gituhhh iols speku..haha..tapi xtau la kot ni mmg salah faham btol2 antara AS dgn pengurusan homestay AA tu..atau marketing AS..haha
Quote squeeze 7-5-2021 08:59 AM
boleh ea suke2 masuk rumah org mcm tu..
Quote Kurex 7-5-2021 09:01 AM
Barulah nampak tua muka tu..
Quote sofinamini 7-5-2021 09:02 AM
tak paham betul la. rumah hutan mak engko sikit punya luas , rumah rehat org jugak kau nak ceroboh
Quote NFBZCantik 7-5-2021 09:30 AM
ohhhhhhhhhhh
Quote slyfynx 7-5-2021 09:42 AM
Oh, pasni orang leh la ceroboh rumah ko, amik video gedik2, pastu sambung ngn tempat lan lg 48 jam, supaya x sampai 0.1 peratus kt rumah ko kan?
What kind of stupid alasan is that?
Ape kate x yah je beli produk bodoh die ni.
Biar melingkup satu family.
Rimas la
Quote GegarVaganja 7-5-2021 09:46 AM
dudaberhias replied at 7-5-2021 06:43 AM
a aida tak puas hati sebab merosakkan prestasi rumah rehat sheols kot?
semua kelempuk duk menari te ...

Cuba yang pecah masuk dan buat video clip tu mamat sado.
Adakah sheolls redo?
Eh serupa pantun.

Quote Carcosa 7-5-2021 09:56 AM
Cheap ass marketing!
Nope! Didn't work on me Aku tak click pun video kau, hai si kelempuk.
Tak hengennnnnnnn. Choi
Quote ctamira 7-5-2021 10:02 AM
lainnya muka A.Aida

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.124606 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top