CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengesyaki Diri Dijangkiti Covid-19, Wartawan Lompat Ke Landasan Kereta Api

7-5-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2715| Komen: 7

Seorang wartawan berusia 46 tahun yang mengesyaki terkena jangkitan COVID di daerah Davangere di sini telah bertindak meragut nyawanya dengan melompat ke landasan sebelum berlari ke arah kereta api di Amaravati, Honnali.


Menurut polis, wartawan yang dikenali sebagai Paramesh itu bekerja sambilan dengan harian Kannada di daerah itu.


AMBULANS membawa mayat mangsa Covid-19 ke tempat pembakaran mayat terbuka di pinggir bandar Bungalore, India. - AFP

Memetik laporan Indian Express, dia mempunyai simptom seperti demam, selesema dan batuk sejak beberapa hari terakhir, demikian menurut rakan-rakan karibnya yang kemudian memberitahu polis bahawa dia takut akan dijangkiti virus yang ditakuti.

Selain itu dia juga melahirkan kebimbangan jika dijangkiti Covid-19 tidak ada katil untuk menempatkannya di hospital selain tidak oksigen dan sokongan perubatan.


Polis mengesyaki perkara ini menyebabkan dia mengambil keputusan ekstrem tersebut.

Dia meninggalkan isteri dan dua anaknya.

Paramesh adalah wartawan sambilan dengan harian Kannada ‘Vijaya Karnataka.’ Sebelumnya dia bekerja sebagai wartawan di akhbar ‘Andolana’, ‘Lankesh Patrike’ dan ‘Janavahini’.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 7-5-2021 06:58 PM
Takziah kpd keluarga
Quote notM 7-5-2021 11:42 PM
Bodoh + Gila

Lepastu anak bini ko nk campak mana? Patut ko bawa diorg bunuh diri sekali la...boleh lahir semula menjadi lembu
Quote buapakperut 8-5-2021 07:23 AM
penyakit leh sembuh kot.bukan resident evil
Quote Supersirap 9-5-2021 01:55 AM
Jangan lah terlalu pendek akal, kelak menyusahkan orang lain
Quote Babai 9-5-2021 02:15 AM
Tengok tajuk pun dah boleh tau negara mana
Quote Zazama 9-5-2021 02:44 PM
Kalau dia dh ada anak bini, tak ke kesian diorg tu..
Quote RinIna 10-5-2021 09:29 AM
Belum cuba belum tahu...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.069264 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top