CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Payah Menyanyi Guna Auto Tune Sangatlah! - Ezuwan Ismail Sindir Aliff Syukri

9-5-2021 01:19 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5672| Komen: 36|Original author: Oleh: rikuren


"Aku rasa suara aku lagi sedap daripada suara 'Datuk' tu lah. Better banyak daripada dia.. kot yang pasti suara aku tak perlu auto tune ya.. original dari tekak... Nyanyi live pun sedap.. tapi tahap keyakinan Datuk memang melampaui batas sampai terpelanting penyanyi lain."

Demikian antara kandungan hantaran berbaur sindiran di akaun Instagram pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail terhadap usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang baharu sahaja tampil dengan lagu raya berjudul 'Lala Raya'. 



Memetik laporan utusantv.com, Ezuwan ketika dihubungi, tidak menafikan entri yang diluahkan itu sememangnya ditujukan kepada ahli perniagaan itu.

"Dia banyak mengeluarkan lagu tetapi masih tak ada peningkatan. Lebih baik tak payah menyanyi sebab dah memang tak boleh menyanyi pun. Saya tahu dia banyak duit tapi rasanya cukuplah, lebi baik fokus pada perniagaan dan buatlah perkara viral macam selalu," ujar Ezuwan.

Tambah Ezuwan, dia pernah bertemu dengan Aliff di beberapa majlis tertentu dan tidak menafikan jika mereka mempunyai hubungan baik sebagai rakan.


Kredit foto: Utusantv.com - Ezuwan bersama komposer S. Atan

“Saya mengenalinya dan masing-masing pernah bersua serta bertegur sapa di beberapa acara.

"Tak salah untuk saya menegur. Sampai bila nak biarkan dia berfantasi buat perkara yang tak perlu seperti menyanyi. Ya, dia berduit dan kaya tapi lebih baik laburkan kepada hal yang menguntungkan.

"Saya pun menyanyi berpaksikan ukur baju di badan sendiri. Setakat berangan biasa-biasa itu, adalah. Jauh sekali nak bertanding di Anugerah Juara Lagu sebab saya seorang yang realistik,” tegasnya.

Sudah menjadi trend seseorang mencari publisiti di laman sosial dengan melakukan perkara tidak disukai ramai. Ini kerana bagi mereka, publisiti buruk tetap satu publisiti.

Apapun selamat maju jaya Ezuwan! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-5-2021 01:45 PM
Dia buat sbb views YT dia tetap tinggi. Nama dia tetap disebut.
Quote putericahaya999 9-5-2021 01:45 PM
Elok je kawan tu trending
Quote flipolivio 9-5-2021 01:53 PM
asal suara dia pon mcm xsedap di telinga i.. mcm suara org tua je
Quote sukacactus 9-5-2021 01:56 PM
Ko pun 2 × 5 je alahaiiii!!!
Quote anilanil 9-5-2021 02:15 PM
Toklip nyanyi bukan utk jual suara abg oi..Dia jual diri, utk trending, tular, viral, views & coverage..
Quote September14 9-5-2021 02:22 PM
Knpa dia pun nk jd pnynyi?
Quote nazzse 9-5-2021 02:32 PM
Ko pun sama, teruskan je lah jahit baju tu. Sibuk nak menyanyi
Quote akuHavocczz 9-5-2021 03:09 PM
Rasanya lagu alip syukri tu kalau tak tgk mv dan kita tak tahu tu dia yang nyanyi. Okah je sedap dan terasa kemeriahan raya masa pkp nk
Quote sleepandream 9-5-2021 03:31 PM
tepek la lagu raya baru alip sukri tu kat sini... iols nk dgr jugak tambahkan view heshe
Quote kucim 9-5-2021 04:14 PM
Dah la nak giler glamer lepas tu kutuk dato alif
Quote putericahaya999 9-5-2021 04:17 PM
sleepandream replied at 9-5-2021 03:31 PM
tepek la lagu raya baru alip sukri tu kat sini... iols nk dgr jugak tambahkan view heshe

https://youtu.be/p9BMkX1xyg4
Quote refleCtion 9-5-2021 04:18 PM
Basic nya suara heshe...monotonous sangat..xde beza part low note, middle not, high note...
Quote biozipstar 9-5-2021 06:42 PM
kenapa nak gelemer perlu kutuk2 ... hmm
Quote sleepandream 9-5-2021 07:06 PM

haiyoooo tak sedapppp....cuci balik telinga iols dgn lagu raya lain
Quote sfrnna 9-5-2021 07:22 PM
Ya hampun suara kau pun.... Dahla whoareyusss sangat
Quote aderaderker 9-5-2021 07:25 PM
Hi Pot,  meet Kettle..
Quote depresio 9-5-2021 08:41 PM
Sedap2 sora ko pon kena menumpang gak nama dia nak viral
Kalau ko tak kait dgn dia siapa pon xkenal ko
Aku pon tak kenal

Pada aku senang je duit dia suka hati dia lah
Ko tak nak dengar tak yah dengar
Quote depresio 9-5-2021 08:42 PM
biozipstar replied at 9-5-2021 06:42 PM
kenapa nak gelemer perlu kutuk2 ... hmm

Tumpang glamer
Senang keje
Quote Cik_jantung 9-5-2021 08:44 PM
Yg ko nak ambik port datuk pprt tu dah kenapa.. dia nak buat duit je dgn viralkan lagu x sedap dia.. bukan nk jd penyanyi pun.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.109399 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top