Berita dukacita melanda dunia hiburan apabila dua lagi anak seni dijangkiti Covid-19. Pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah mengesahkan mereka positif Covid-19 di instagram masing-masing petang tadi. Nora, 39 dalam kenyataannya menjelaskan yang dia menjalani ujian calitan (swab test) kerana mempunyai kaitan rapat kategori C. Hasil yang diperolehi hari ini menunjukkan dia positif walaupun Nora tidak mengalami sebarang simptom jangkitan. Sementara itu, Tizz Zaqyah, 33 pula memberitahu yang dia melakukan ujian calitan kerana berasa tidak sihat. Seterusnya keputusan menunjukkan yang dia juga positif Covid-19. Oleh itu, Tizz dinasihatkan agar kuarantin diri di rumah. "Bermula dengan batuk biasa kemudian menggigil, saya dapat rasakan badan lain sangat." Kedua-dua artis wanita ini turut meminta doa daripada pengikut mereka supaya cepat pulih. Malahan Nora dan Tizz juga menasihatkan agar semua rakyat Malaysia sentiasa berwaspada kerana virus Corona berada di mana-mana dan boleh mengjangkiti sesiapa pun. Memandangkan mereka berlakon dalam drama bersiri yang sama iaitu Covid Oh Covid, adakah ianya kebetulan? Ada juga yang membuat teori anak seni sendiri yang tidak menjaga SOP, anda rasa, bagaimana? - CARI |
kiah_mai_pulak replied at 9-5-2021 04:22 PM
captainQUE replied at 9-5-2021 04:36 PM
Baru berapa Hari Lepas Tak silap nora ni ada shooting dengan amyra rosli dengan adeline tsen semua t ...
MissYouSayang replied at 9-5-2021 04:30 PM
Xpatuhi sop kan.lps ni mohon muhasabah diri.jgn lps ni dok memekak plak marah2 org lain yg belum ken ...
maxim replied at 9-5-2021 04:28 PM
Time dorg shooting mmg xnmpak langsung part mana yg jaga sop?? Dgn mask x pakai, bertepuk tampar mas ...
ADVERTISEMENT