CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Flex 50 Biji Sport Car, Kena Panggil LHDN Salahkan Bangsa Sendiri Dengki."

10-5-2021 10:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20508| Komen: 88|Original author: Oleh: Cari-Azza









Kecoh sebuah video yang memaparkan kekecewaan seorang pemuda apabila dia dipanggil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi sesi soal jawab.

Menurutnya lagi, mereka yang melaporkan kepada LHDN adalah orang yang dengki dengan kekayaannya serta tidak senang melihat bangsa sendiri berjaya.

Bagaimanapun, netizen mempunyai pendapat yang berbeza. Sudahlah sibuk menayang kemewahan di media sosial, beli kereta sport secara tunai, tiba-tiba nak salahkan orang lain? Kau dah kenapa?


Rentetan itu, netizen terus menyelongkar laman instagram berkenaan kerja dan peribadi pemuda tersebut. Dengan biografi yang terang-terangan menyatakan memiliki sehingga 50 buah kereta mewah serta gaya hidup yang menunjukkan kekayaannya, sudah pasti LHDN sendiri dapat menghidunya.

Jadi, di mana relevannya bangsa Melayu yang dengki itu ya?

Foto : Twitter

Foto :IG

Dikatakan lelaki tersebut terlibat dalam aktiviti perniagaan tukar beli mata wang (forex) hingga mampu membeli kereta mewah secara tunai, tetapi kenapa pula menggelabah hingga menyalahkan bangsa sendiri bila LHDN panggil?

Foto : IG

Anda rasa macam mana? - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 10-5-2021 10:26 AM
Sembangggg. Sikit2 ckp org dengki. Kalau kaya sgt, declare lah income tax tu. Ya aku dengki.
Dengki kau tak mampos lagi kena Covid. Berlagak tak bertempat.
Quote opie5662 10-5-2021 10:27 AM
Bodoh nye. Ko igt netizen je ke rajin mereport.... Ko tatau ke lhdn ade mato mato kat alam maya.. Sendiri flex... Sendiri bangang
Quote SalenaGomez 10-5-2021 10:29 AM
Best ke beli keta bebanyak?? Beli boleh...beli laa setakat 5 bijik ke...pastu beli lah tanah ke rumah ke emas ke cash...dah alang2 cash kat tangan...nanti bila susah at least ada back up

Tanah boleh guna utk buat project,rumah ko boleh sewakan...kereta ni value defisit..nak bayar maintenance, insurance, roadtax every year..,lain laa ko buat keta sewa..,ada laa pulangan kat situ en
Quote hareeeesah 10-5-2021 10:40 AM
Serious la kalau ko business macam VinTan ke sBukhara ke mungkin la orang jealous sebab bijak berjaya.. tak perlu pun dorang riak cam ko
Quote sarah82 10-5-2021 10:59 AM
Aku ni blur2 ayam.. Dgr budak ni ckp.. Terus aku rasa nak penerajang kat kepala budak ni
Quote KIM.K 10-5-2021 11:06 AM
Sepatutnya tak gelabah pun bab LHDN kalau dah kaya macamni. Flex la berapa banyak cukai ko dah bayar. Busuk2 aku WFH di waktu pkp pun dapat gak 4 angka tax exemption
Quote epuepy 10-5-2021 11:07 AM
Ntah pape. Sendiri gigih menayang, bru kena interbiu ngn lhdn dh kalut salahkan netizen.

Lenkali bayar tax wei. Org lain pn baya tax. Pastu ko nk tayang segala reta pn lhdn X carik dah.
Quote tompie 10-5-2021 11:27 AM
Aku lebih nak tau sapa mamat ni?
Another Forex Scammer? Keldai Money Launderer?
Takkan ahh kes2 mcm ni tak triggered BNM / LHDN sampai netizen yang kena report?

Kekayaan dia mcm tak masuk akal.  
Ko main forex modal berapa? 1 Biliyyyyuon? 2.6 Biliyyyun?
Quote sfrnna 10-5-2021 11:29 AM
Bodohnya beli sport car sampai 50 bijik sebulan pun ada 30-31 hari je dik. Ingat kan buat perniagaan kereta sewa ke apa. Buat malu la melayu kaya tp tak bayar tax pastu tak reti berbelanja. Kahkahkah
Quote crossline 10-5-2021 11:46 AM
Yang nak mengelabah sangat kenapa? Kaya bayar je lah tax. Dah la ko punya cita2 pun tak berapa best, nak kumpul 100 sports cars.
Quote ais_kosong 10-5-2021 11:47 AM
Hairan aku orang suka beli kereta mahal banyak tapi tersadai juga.
Bila suruh bayar cukai merempan.
Quote helicornia 10-5-2021 11:57 AM
dia ni memang betul2 kaya ke acah2 content ig je?
Quote squeeze 10-5-2021 12:05 PM
tgok kat IG dia giler kaye betol..  
Quote prettyuglybabe 10-5-2021 12:10 PM
kete beli ke kete sewa?
cam bodoh je cita-cita..
Quote bambimo 10-5-2021 12:13 PM
napa beli byk2 keta ye
kalo meols meols beli rumah dan tanah
hehehe
Quote otai_g 10-5-2021 12:16 PM
Saat yg sama ada org berbuka puasa air suam dgn biskut kering.
Kan aman dunia ni kalo manusia saling membantu.
Beli kereta mahal2 pun kenderaan terakhir yg ko akan naik org kena usung jgk.
Quote MeghanK 10-5-2021 12:18 PM
ko ingat lhdn tu tunggu orang report ke baru nak buat keje..dorang tu jenis perati kumpul bukti terus bertindak yach.. sapa suruh sakai sangat show off kat socmed menayang harta main forex konon..nak kira cukai diri sendiri pon bodoh
Quote nazzse 10-5-2021 12:31 PM
sarah82: Aku ni blur2 ayam.. Dgr budak ni ckp.. Terus aku rasa nak penerajang kat kepala budak ni

Tak mampu aku habiskan tengok video tu. Rasa nak sepak dok meratib orang dengki
Quote mawar_mustika 10-5-2021 12:41 PM
xpasal2 i p stalk ig bdk ni...mcm something wrong lh....die punye show off pun xberagak....sprm xnk cari ke bdk ni....

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049073 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top