CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salt Bae Perkenal Hidangan Stik Disalut Emas 24 Karat

10-5-2021 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2568| Komen: 11

London: Seorang cef yang mendapat gelaran Salt Bae mendapat perhatian di laman sosial kerana akan menawarkan hidangan stik bersalut emas 24 karat di cawangan restoran sulungnya dekat United Kingdom (UK).


Restoran itu akan dibuka pada 17 Mei depan iaitu hari sama penduduk dibenarkan semula makan di dalam restoran.

Mirror UK melaporkan, Salt Bae akan menjual hidangan unik itu dengan harga 700 Pound Sterling (kira-kira RM4,023).

Desas-desus pembukaan restoran di barat London itu sudah tersebar sejak 2017, namun baru kini kenyataan selepas sekatan pergerakan ditamatkan.

Pembukaan restoran mewah itu menjadi bualan netizen antaranya di Twitter.

"Jumpa saya di restoran Salt Bae sebaik ia dibuka London," tulis seorang pengguna menerusi Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter mengibaratkan pembukaan restoran Salt Bae di London seperti ceri yang diperlukan pada musim panas.


Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokçe, adalah pemilik rangkaian stik mewah dikenali Nusr-Et .


Foto: IG

Beliau memiliki rangkaian restoran mewah itu di seluruh dunia dari Abu Dhabi hingga Greece dan pernah menyediakan hidangan untuk selebriti terkenal seperti Leonardo Di Caprio dan David Beckham.

Salt Bae mendapat iham menyediakan stik dengan cara unik ketika bekerja di restoran Argentina dan Amerika Syarikat (AS) secara percuma iaitu tempat beliau belajar menguasai kemahiran itu. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 10-5-2021 11:38 AM
Dah lama pn dia bt gold steak ni..ai ikut ig dia..choiiiiii~
Quote midori_katana 10-5-2021 12:21 PM
Geli pulak tgk garam tu jatuh kat lengan dulu sblm masuk ke pinggan..
Quote dodolgemok 10-5-2021 12:26 PM
Gold tu bukan ada rasa pon. Setakat bgi marhaen fefeeling kaya kejap jap. Ujong2 masuk jadi tahik jua. Pffftttttt
Quote Ciktiekus 10-5-2021 12:47 PM
Uuu bulu dada...
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 02:27 PM
midori_katana replied at 10-5-2021 12:21 PM
Geli pulak tgk garam tu jatuh kat lengan dulu sblm masuk ke pinggan..

Haha tu la kan. Kalau lengan time tu berpeluh, pastu dgn garam yg mmg masin..mmg bertambah la masinnya..
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 02:28 PM
Edible tasteless gold..but still kena bayar beribu2. Last2 poo poo jugak.
Quote Orix 10-5-2021 02:29 PM
aiskrim balut emas 24k dekat rollney rm 60++ tu pun iols belum merasa dekkk
Quote dani-rox 10-5-2021 03:20 PM
geli tengok bulu dada heols

stik tu sekali pandang mcm mumia firaun


Quote tipah89 10-5-2021 04:03 PM
midori_katana replied at 10-5-2021 12:21 PM
Geli pulak tgk garam tu jatuh kat lengan dulu sblm masuk ke pinggan..

kannnn....ada sekali tgok kt ig dia, dia serve sapa ntah tengok gaya mcm tgh peluh2 gigih tabur garam gitu kembang tokak

Quote Dwdrum 10-5-2021 04:45 PM
Edible gold leaf/flake bukan mahal pun... In case acik acik mahu rasa bagaimana boleh beli... Nusret steak biasa saja.. Sebab viral aming celebrity dan politicians...
Quote kakikuDibibirmu 10-5-2021 05:03 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.164422 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top