CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Dalam Khemah, Makan Lumut Dan Rumput Setiap Hari

10-5-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3590| Komen: 11

Salt Lake City: Bergantung hidup dengan makan lumut dan rumput setiap hari.

Itu ikhtiar dilakukan seorang wanita, 47, di Utah, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.


Jabatan Sherif Utah mengesahkan wanita itu ditemui tinggal dalam sebuah khemah di Uinta-Wasatch-Cache National Forest, Utah, Ahad lalu selepas sebuah dron yang mengesannya terhempas di kawasan berdekatan.

Foto: Agensi

"Wanita ini kehilangan berat badan ketara dan sangat lemah, tetapi dia pandai mencari ikhtiar meneruskan hidup," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa percaya wanita itu secara sukarela berpindah ke Diamond Fork Canyon dan bergantung kepada sedikit makanan yang dibawanya termasuk rumput dan lumut.


Dia juga dilaporkan mendapatkan air dari sungai berhampiran.


Jabatan Sherif Utah mula melakukan misi mencari dan menyelamat wanita itu pada November 2020 selepas pegawai Jabatan Hutan Amerika Syarikat menemui kenderaannya terdampar di kawasan tapak perkhemahan sebelum menggunakan dron mengesan wanita itu.

Wanita itu dihantar ke hospital berdekatan untuk melalui ujian kesihatan mental namun sukar kerana kemungkinan wanita itu memilih kembali menetap di hutan itu.

"Dia kemungkinan melalui cabaran kesihatan mental ketika tinggal dalam hutan.

"Kami ingin jelaskan, walaupun ramai orang memilih untuk tidak hidup seperti wanita ini namun wanita ini tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang," kata jabatan itu dalam New York Post. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 10-5-2021 11:19 AM
dia bawa bodohnya sendiri & menyusahkan org lain...
Quote Skuau 10-5-2021 11:58 AM
semasa pandemik ini....adakalanya aku berfikir...nak duk sorang2...... nun jauh ke hutan/pedalaman sana.(@bnyk tgk citer omputeh wat camni).
Quote prettyuglybabe 10-5-2021 12:23 PM
i pun kadang rasa nak lari dok sorang dalam hutan..
tapi bila fikir nanti cam mana nak charge hp, tak jadi la
Quote mbhcsf 10-5-2021 12:41 PM
ya ALLAH....kenapa macam ni ? eh ....6 months ago tu  ialah waktu autumn , winter  dia duduk macam ni ...and spring ....ya ALLAH....ape kena ni ?
Quote mbhcsf 10-5-2021 12:43 PM
actually i am sure ada dalam kalangan kita tengok rumah kayu yg berkonsep utra moden especially yg di Alps tu , dah mula membina rumah yg eco friendly  yg dalam hutan , wow laa cantik kan...tapi tak tahu lah harga berapa , nampak memang nice, serene je.
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 02:24 PM
Orang yg masuk hutan sampai sesat hilang seminggu pun boleh susut badan, apatah lagi ni 6 bulan. Allahu, masih hidup dan survive. Kuat betul semangat dia. Kat sungai tu at least bleh la tangkap makan ikan. Cuma nak bertahan tu la,,selama mana boleh bertahan.
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 02:25 PM
Most american ni mmg jenis survivor, fighter. Campak mana pun, boleh survive. Tp yelah, kena fikir safety jugak. Family mesti risau. Hidup lagi ke mati ke.
Quote tipah89 10-5-2021 04:05 PM
Simunggu replied at 10-5-2021 11:19 AM
dia bawa bodohnya sendiri & menyusahkan org lain...

khuenzzzzzzzz
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:04 PM
Maksudnya dia mmg nak duduk di situ la kan? Membawa hati yg lara kut..
Quote Belibis 21-5-2021 02:28 PM
Skuau: semasa pandemik ini....adakalanya aku berfikir...nak duk sorang2...... nun jauh ke hutan/pedalaman sana.(@bnyk tgk citer omputeh wat camni).

Ya kaa??? Line tenet slow pun dah meroyan,lagi mau duk dalam utan.{:cryrun
Quote LadyCarefree 22-6-2021 03:32 PM
prettyuglybabe: i pun kadang rasa nak lari dok sorang dalam hutan..tapi bila fikir nanti cam mana nak charge hp, tak jadi la



Buat off grid living gitu. Solar.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.146532 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top