"Kenapa degil sangat?" Itu reaksi penyanyi terkenal, Misha Omar terhadap paparan berita disiarkan mengenai 500 Kenderaan Cuba Masuk Kelantan Diarah Patah Balik, semalam. Misha dalam hantaran di Instagram berkata, dia juga rindukan ibunya di kampung di Kelantan, namun akur dengan arahan kerajaan.
"Kapsyen ni untuk orang Kelantan saja tau. Orang Kelantan saja faham ni sebab berita ni berkenaan orghey (orang) kapung (kampung) ambo (saya). Jangey (jangan) gitu (begitu). Kito jago kito (kita jaga kita). Ingat? "Macam buat tak tahu saja tak boleh rentas negeri dan daerah. Awak ingat awak sorang saja yang rindu ibu bapa?" tulisnya. Hantaran yang ditulis dalam loghat Kelantan itu turut dialih bahasa dalam bahasa Melayu. Perkongsian Misha itu turut mendapat reaksi sama daripada peminat dan beberapa rakan artis yang berasal dari Kelantan. Antaranya, Catriona Ross yang turut berasa malu dengan berita berkenaan. Komen itu dibalas Misha yang menyifatkan tindakan mereka itu hanya merugikan diri dan wang ringgit. Sumber: Harian Metro
|
Normabaru: Sskjp mmg bongok.. Sorry ckp laa.. Tp mana2 bidang pon geng ni mmg bt org menyampah.. Negeri lain pon xblk gak.. Tp xde perangai cm sampah! Done cerca ...
tokchik replied at 10-5-2021 01:24 PM
SSKJP TU SINGKATAN untuk apa ya
mamajawie replied at 10-5-2021 02:31 PM
set set kito jange pecoh
tokchik replied at 10-5-2021 03:11 PM
Ooooo
Tq untuk pencerahan
ADVERTISEMENT