SINGAPURA: Seorang lelaki tidak memakai pelitup muka dalam kereta api transit aliran massa (MRT) ditahan semalam, kerana menyebabkan gangguan kepada orang ramai dan melanggar peraturan jarak selamat.
Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu tidak memakai pelitup mula ketika menaiki kereta api di Laluan MRT Timur-Barat. Dalam video sepanjang hampir dua minit itu, dia boleh didengar memberitahu seorang lagi penumpang alasan dia enggan memakai pelitup. Polis mengesahkan bahawa satu aduan dibuat dan siasatan sedang dijalankan, lapor agensi berita CNA. "Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun kerana didakwa menyebabkan gangguan awam dan melanggar peraturan jarak selamat berkaitan kes tersebut," menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF).
Dalam video itu, setelah penumpang lain kelihatan menggesa lelaki itu supaya memakai pelitup muka, dia menjawab: "Pakailah pelitup (muka) anda, tidak mengapa. Saya tidak akan sekali-kali memakainya," Lelaki itu kemudian duduk antara dua penumpang, di mana seorang wanita yang duduk di sebelah kanannya segera bangun dari tempat duduk. Ketika lelaki itu terus menerus bercakap mengenai kajiannya mengenai isu pelitup muka, penumpang yang duduk di sebelah kirinya pula bingkas bangun. Beliau juga memberitahu penumpang lain supaya tidak melayan lelaki itu. "(Anda) hanya berikan perhatian kepadanya," menurut penumpang itu. Selepas seminit, seorang penumpang kelihatan menawarkan pelitup muka kepada lelaki itu. Bagaimanapun lelaki tersebut membalas dengan raut wajah seakan jijik dengan pemberian itu. "Saya tidak akan meletakkan benda itu pada muka saya," katanya sambil menggunakan kata kesat. Pelitup muka itu ditinggalkan di atas kerusi. Mereka yang didapati bersalah tidak memakai pelitup muka di tempat awam boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 (RM30,924) atau kedua-duanya sekali. Polis berkata, orang ramai perlu memandang serius peraturan fizikal dan jarak selamat. "Polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran undang-undang secara terbuka dan secara sengaja melanggar langkah jarak selamat," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
prettyuglybabe replied at 10-5-2021 01:58 PM
ingatkan ummah singapore maju bertamadun
ni mesti orang malaysia menyamar jadi singaporean ...
aechae replied at 10-5-2021 02:04 PM
Iols nk speku blastoff dh td
jfq replied at 10-5-2021 04:06 PM
Macam slang aussie. Tak dpt balik negara la tu sangkut kat spore. Aussie masih tutup border kat raky ...
jfq replied at 10-5-2021 04:06 PM
Macam slang aussie. Tak dpt balik negara la tu sangkut kat spore. Aussie masih tutup border kat raky ...
dani-rox replied at 9-5-2021 06:45 PM
body nampak mcm kendu jah, tp sayang takda otak. hantar pegi Malaysia sini, biar kak @Bedah.Cun kerj ...
ADVERTISEMENT