CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Perlu Bertanggungjawab

10-5-2021 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2727| Komen: 17

Malaysia mahu kerajaan Israel bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan tenteranya dalam serangan ke atas rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin termasuk serangan di Masjid Al Aqsa baru-baru ini telah melanggar undang-undang antarabangsa.



Kredit foto: BH Online

“Pendirian Malaysia tidak akan berganjak doa dan sokongan akan terus mengiringi perjuangan rakyat Palestin sampai bila-bila. Semoga pihak yang melakukan kezaliman terhadap negara dan rakyat Palestin, diberi azab pembalasan setimpal oleh Allah SWT,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Beliau menyifatkan perbuatan zalim Israel sebagai amat menjengkelkan kerana telah menghina umat Islam.

“Masjid Al-Aqsa tempat yang amat suci bagi umat Islam. Sudah tiga hari berlalu namun ia masih berbekas dan hanya Allah SWT sahaja tahu betapa sedih dan marahnya melihat masjid suci ini diceroboh dan saudara-mara kita di sana diserang tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi 7 Mei lalu.


“Lebih menjengkelkan, ini bukan kali pertama pihak Israel bertindak zalim dan menghina umat Islam seperti ini,” tambah Hishammuddin.

Semalam beliau menegaskan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa sejak beberapa hari lalu. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 10-5-2021 04:51 PM
Mana ngo/ape kebenda organizations y duk kalut bersuara bila rohingya kena tindas kt msia tp diam tak berkutik tamg isu israel menyerang org Palestine tanpa sebab y valid??
Quote stingeraudi 10-5-2021 04:59 PM
Muak la hisham...isu berpuluh puluh tahun....asyik bersuara bersuara..bila mau game?

Penaklukan kawasan rejim bani israel semakin meluas...suara kita masih hanya tinggal suara....kau fokus energy kau pada rakyat kau lagi pekdah.....
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 05:05 PM
Dah bertahun2 asyik cakap benda yg sama, "kecam dgn tindakan israel". Habuk tak leh buat apa.

Boris Johnson, Hishamuddin, setakat sembang je la. Nak take action tak boleh, sebab depa sekutu rothschild yg jaga jajahan Israel tu.
Quote Dwdrum 10-5-2021 05:22 PM
Depa ada main mercun missiles kan.. Dari gaza dahulu...
Quote Boomibulat 10-5-2021 05:28 PM
Yg kes pensyarah Palestin yg kena tembak 2,3 thn lps pun senyap je kan smpai sekarang..tu yg dlm negara pun dh x blh buat apa2..
istae.png

Quote NataliaLuiz 10-5-2021 05:53 PM
Boomibulat replied at 10-5-2021 05:28 PM
Yg kes pensyarah Palestin yg kena tembak 2,3 thn lps pun senyap je kan smpai sekarang..tu yg dlm neg ...

Tu lah. Apa jadi dgn kes arwah pensyarah ni ya? Last berita baca pasal ni, wife and anak2 dia balik negara diorang eh?
Quote kivio 10-5-2021 06:11 PM
La. Cakap sini buat apa. Pi cakap depan2 ketua israel sana la.
Tolor mana tolor
Quote Orix 10-5-2021 06:15 PM
kivio replied at 10-5-2021 06:11 PM
La. Cakap sini buat apa. Pi cakap depan2 ketua israel sana la.
Tolor mana tolor

Berani ke??? Kt Malaysia ni Tun Det jah so far berani hantam depan2… yg lain halahhhh kejo sajat pun x dpt, lagikan nk hantam Israel bijak pandai
Quote Dwdrum 10-5-2021 06:20 PM
Orix replied at 10-5-2021 02:15 AM
Berani ke??? Kt Malaysia ni Tun Det jah so far berani hantam depan2… yg lain halahhhh kejo sajat  ...

Tok det hentam under UN memang tiada effect samada orang akan kagum or akan di benci.... Paling mudah tok det perlu jadi middle person cuba dealing dengan israel dan palestine... So far saudi pun tidak berani buat... Kecam di UN... Itu saja function UN... Mahu guna power UN depa juga tiada kerandut...
Quote stingerbeetle 10-5-2021 06:20 PM
Mau beri tekanan pada israel konon...

Hark tuiiii la...

Negara Islam iteww satupadukan dulu....kita sama sendiri bergasak....solidarity dalam negeri sendiri macam siyalll...ada hati nak suarakan bantahan pada israel...

Setakat suara tok hadi menteri haji...chief khadam zionis kentot kheun aja.....

Kahkahkahkahkah
Quote Orix 10-5-2021 06:23 PM
Dwdrum replied at 10-5-2021 06:20 PM
Tok det hentam under UN memang tiada effect samada orang akan kagum or akan di benci.... Paling mu ...

Apa jah saudi tu berani buat ? Menonggang arak dalam istana mewah berani la…. Dengan Yemen sesama Islam pun saudi dh xde hati perut…
Quote Dwdrum 10-5-2021 06:32 PM
Orix replied at 10-5-2021 02:23 AM
Apa jah saudi tu berani buat ? Menonggang arak dalam istana mewah berani la…. Dengan Yemen sesama ...

Kena pula bawa issue arak etc... Palestine juga sama banyak kaki taybeh dengan saudis... Issue nya UN seperti tiada function.... Home untuk semua goal untuk suara depa di dengar.. No different dengan bawang army kecam guna socmed... If UN betul ada function ke amanan... sudah lama issue perang... Di myanmar... Syria.. Iraq.. Nigeria... Aghan.. China... Us... Hampir seluruh dunia sudah aman... Tiafa issue discriminasi termasuk malaysia... Depa sendir (un) tiada power untuk bawa penjenayah dunia...extremist... Dictator ke ICC selagi negara tidak sign statut rome.. Apa yang mahathir cakap hanya lepas geram...
Quote Normabaru 10-5-2021 06:51 PM
palestine rilek je psl vaccines covid.. sbb dorg pon xde sapa nk dtg.. so mati pon mostly mmg mati syahid.. xtunggu wabak covid 19
Quote Boomibulat 11-5-2021 08:28 AM
NataliaLuiz replied at 10-5-2021 05:53 PM
Tu lah. Apa jadi dgn kes arwah pensyarah ni ya? Last berita baca pasal ni, wife and anak2 dia bali ...

Xpasti apa jadi..tp kalau melibatkan zionis ni susah nak ambik tindakan..
Quote MelahJanda 11-5-2021 08:44 AM
bukanke katanya radical palestin yang mulakan serangan? diorg serang polis yang jaga al aqsa
polis tu selama ni yang jaga time org semayang jumaat dll

saja,katanya sebab time time akhir ramadan ni radical palestin tu nak mati direct masuk syurga (mati syahid)

tu aku tengok video dari geng israel la..

tu yang manjang sengih je radical ni bila kena tangkap.
Quote alesandra 11-5-2021 08:53 AM
Aku penah predict middle east akn kacau  balik bila biden menang haritu.yg  mengecam maki2 zionis hari ni adalah puak2 yg melompat kegirangan bila biden menang.cincau la korang ..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.260857 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top