Pengorbanan insan bergelar ibu dan bapa memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hal ini kerana, merekalah yang bersusah payah membesarkan kita dan memberikan kehidupan yang terbaik buat anak-anak. Oleh itu, sebagai anak, kita perlu menjaga dan jangan sesekali mengguriskan hati mereka berdua.
Terbaru, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas sempat berkongsi beberapa nasihat kepada orang ramai supaya menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman menjaga warga emas di rumah rawatan orang tua tersebut. Berdasarkan perkongsian di Facebook, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas memaklumkan mereka mula beroperasi sejak 20 tahun lalu dan sehingga kini lebih daripada 1000 orang warga emas telah menetap di pusat rawatan tersebut. Jelasnya lagi, mereka juga bercadang mahu membangunkan satu lagi tempat baharu yang boleh menampung seramai 200 orang penghuni.
Bercerita dengan lebih lanjut, terlalu banyak kisah ‘hitam’ yang berlaku ketika si anak menghantar orang tua mereka di rumah jagaan ini termasuklah ada yang tergamak meninggalkan ibu mereka di sini hanya kerana anak-anak mendakwa wanita ini membawa ‘malang’ dalam perniagaan mereka. Dalam kesempatan itu, rumah jagaan orang tua ini supaya berbaktilah kepada kedua orang tua selagi mereka masih bernyawa dan mohon keampunan daripada mereka. Tak dinafikan, hal ini secara tidak langsung membuka minda orang ramai bahawa betapa pentingnya menjaga dan menghargai pengorbanan ibu bapa. Sementara itu, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas ini terpanggil untuk memberi pendapat berhubung isu viral yang membabitkan seorang warga emas yang didakwa diabaikan oleh 9 orang anak kandungnya serta menantu. Malah, menantu wanita ini ada memberi respon berhubung perkara tersebut. Jelas wakil rumah jagaan orang tua ini, mereka berbesar hati untuk mengambil tanggungjawab menjaga wanita ini selain berharap agar segala urusan dipermudahkan. Sumber: OhBulan
|
orangbiasaje replied at 10-5-2021 07:13 PM
No komen di sini...Bergantung juga, yang nak menjaganya juga bukan maksum, hanya manusia biasa...sus ...
monreyes replied at 10-5-2021 08:16 PM
cuba ada rete juta2..
mak bapak perangai hanat pun dihadap juga..
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang, ...
kakikuDibibirmu replied at 10-5-2021 10:49 PM
Andartu ke ni? #tanyajerkot
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang, ...
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang, ...
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang, ...
orangbiasaje replied at 10-5-2021 11:38 PM
Rasanya ada sis...yang jenis private, byk aktiviti usia tua.Cuma tu la, stigma dari media, cari ya ...
pyropura replied at 11-5-2021 04:07 AM
Banyak choice retirement village sekarang, beli boleh sewa pun boleh. Ada yg.single.room, ada twin ...
ADVERTISEMENT