Menjelang Mei 2021, kes COVID-19 dilihat semakin meningkat setiap hari dengan kewujudan pelbagai kluster baru sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diseluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Perkara tersebut telah menarik perhatian penyanyi dan pelakon, Naim Daniel atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, menyuarakan pendapatnya mengenai situasi negara ketika ini. Penyanyi lagu Purnama itu dengan jujur mengakui turut terkesan dengan sikap dan cara pihak berkuasa dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
Terdahulu, Naim melalui menerusi ciapannya di Twitter juga dengan lantang mengaitkan kegagalan politik dengan situasi penularan pandemik dan menyindir ahli politik yang menghabiskan wang rakyat demi kepentingan diri. Fuh! lantang juga Naim bersuara mengenai isu semasa yang melanda negara kita. Apa pun, kita semua percaya rakyat sentiasa mempunyai hak dan bebas untuk memberi pendapat. Namun dalam masa sama, sama-samalah kita tetap patuhi saranan kerajaan iaitu sentiasa menjaga SOP bagi memutuskan rantaian pandemik ini. Doakan juga semoga Covid-19 segera berlalu pergi, semoga doa kita semua di bulan Ramadan yang penuh barakah dan hanya berbaki berapa hari sahaja lagi ini dimakbulkan olehNya! |
Normabaru replied at 10-5-2021 10:44 PM
Patutnya politicians ni had umur level pencen je.. Max pon 70.pastu pas kt org lain.. Org gila kuasa ...
Normabaru replied at 11-5-2021 06:44 AM
Patutnya politicians ni had umur level pencen je.. Max pon 70.pastu pas kt org lain.. Org gila kuasa ...
BoongaKertas replied at 11-5-2021 07:26 AM
tapi kaka norm, iols rasa 65 tu pun usia yg max patutnya. sbb age2 mcm ni, iols rasa dah mcm takde ...
Boomibulat replied at 11-5-2021 08:43 AM
70 mcm tua sgt tu..patutnya umur 60 thn wajib pencen..mcm penjawat awam
slyfynx replied at 11-5-2021 09:43 AM
Satgi kome2 jgk yang gi majlis x pakai mask sbb x masuk aesthetic. So pakai face shield je.
Ko piki ...
Qwertyuiop2019 replied at 11-5-2021 09:53 AM
Pusing2 ke situ jua sis.
Dorg nih jugak yg komplen knp bazar tak bukak, shooting tak blh, etc.
D ...
ADVERTISEMENT