CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk Anak Sampai Mati Kerana Makan Kek Yang Dibeli Sempena Hari Bapa

11-5-2021 05:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6459| Komen: 43

Seorang lelaki dilaporkan menumbuk anak lelakinya berusia lima tahun sehingga mati hanya kerana memakan kek kejunya yang dibeli sempena sambutan Hari Bapa.

Lapor Daily Star, Travis Stackhouse, 30, mengaku bersalah atas tuduhan pembunuhan tahap kedua serta penderaan dan pengabaian kanak-kanak dalam kejadian kematian Sir Amer Stackhouse pada 2019. 



Kredit foto: New York Post

Pada sesi pendengaran di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS), Stackhouse dari Wisconsin menyalahkan implan logam yang dipasang dalam tangannya atas tindakan mencederakan organ dalaman anaknya.

Defenden itu mendakwa tangannya lebih berat daripada biasa disebabkan logam. 

Pihak pendakwa raya mendakwa lelaki itu berang kerana anak-anaknya menghabiskan sebahagian besar kek kejunya yang dibeli sempena Hari Bapa. 

The Milwaukee Journal Sentinel melaporkan, Stackhouse menumbuk dan memukul muka anaknya dengan bahagian belakang tangannya yang mengandungi logam selepas menjalani pembedahan.


Selepas memukul budak lelaki itu, Stackhouse keluar ke sebuah bar bersama rakan-rakanya sehingga kira-kira dua pagi. 

Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia selepas Stackhouse kembali dari bar dan keluarganya menghubungi talian kecemasan 911, jelas laporan akhbar tersebut.

Menurut Pejabat Pemeriksa Perubatan Milwaukee County, Sir Amer cedera di perut, bengkak di bahagian ginjal dan kelenjar adrenal koyak.

Budak lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan trauma di perut.

Stackhouse dihukum penjara selama 37 tahun selepas dia mengaku bersalah pada minggu lalu selepas sesi keterangan saksi.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 11-5-2021 05:53 AM
Dalam 37 tahun tu harap2 la ada org tolong tumbukkan perut dia sampai terseksa nak makan
Quote songhara1226 11-5-2021 06:04 AM
Teringat kat SOHAI yg melahap kek SR sorang2 kat kedai , kalau anak2 sohai buat mcm budak ni mahu ditumbuk jugak gamaknyee
Quote Suchi 11-5-2021 06:06 AM
Allahu dengan anak pun berkira?
Biasa org lelaki tak heran sgt dengan kek,kalau makan pun sesudu dua je pastu lebih suka bagi anak2 yg abiskan makan.
Kek je pun bukan takleh beli lagi kalau dah abis.

Quote lavendernovella 11-5-2021 09:38 AM
Sedap nama anak dia. Sekarang aman2 bermain dalam syurga.
Quote taji2906 11-5-2021 09:42 AM
tgk bapak pun da besar mcmne. pastu ada besi plak tu kat tangan. budak 5 tahun ko tinju, memang takde harapan la.
Quote darkness 11-5-2021 09:45 AM
pasal makanan ja pun suda berperangai gila
Quote MissyMolly 11-5-2021 09:59 AM
Suchi: Allahu dengan anak pun berkira?Biasa org lelaki tak heran sgt dengan kek,kalau makan pun sesudu dua je pastu lebih suka bagi anak2 yg abiskan makan.Ke ...



Betul2.. sedehnya{:cryrun
Quote imanjannah 11-5-2021 10:02 AM
binatang pun lagi elok dr kau tau.. Allah sedihnya pada budak tu.. 5 tahun tu
Quote Buritan 11-5-2021 10:06 AM
lavendernovella replied at 11-5-2021 09:38 AM
Sedap nama anak dia. Sekarang aman2 bermain dalam syurga.

Eloklaa Allah amik.. kat sana.. tgh sedap melantak kek.. kat dunia ni dpt bapak babi.. dunia ni mmg kejam dikk..
Quote matchstick 11-5-2021 10:56 AM
Ada hati nk sambut hari bapa tu siap beli kek..acah2 bapa penyayang ke
Quote hatikudus 11-5-2021 11:19 AM
ehhh rasa nak bagi penyepak pulak tgk muka si bapak tu
Quote Aliaskotonggo 11-5-2021 12:03 PM
lavendernovella replied at 11-5-2021 09:38 AM
Sedap nama anak dia. Sekarang aman2 bermain dalam syurga.

syurga dah kiamat nanti baru masuk

Quote highcastle 11-5-2021 12:10 PM
darkness replied at 11-5-2021 09:45 AM
pasal makanan ja pun suda berperangai gila

Banyak aje dark pasal makan jadi kes bunuh..
Quote clarizsa 11-5-2021 12:16 PM
Gilaaa perangai celaka cmni ada hati nak sambut hari bapa

Bapa lain rela x makan kek demi anak2 n senyum gembira bila tengok anak makan kek smpai kenyang
Ni apa punya jahat hish

Kt msia pun ada sekor jnis cmni marah bila anak minta cheese kek , yg perasan retis tu hr tu

Eeeiii meluat i
Quote batmana 11-5-2021 12:30 PM
tengah mabuk, bunuh org/rogol org pn dia tk sedar

tu la kelebihan mabuk yg diperjuangkn golongan liberal
Quote brown_pupil 11-5-2021 01:19 PM
Aliaskotonggo replied at 11-5-2021 12:03 PM
syurga dah kiamat nanti baru masuk

anak2 yg meninggal belum baliqh xde hisab dek. Dosa pun xde. terus ke syurga..
Quote lavendernovella 11-5-2021 01:48 PM
Edited by lavendernovella at 11-5-2021 01:54 PM
Aliaskotonggo replied at 11-5-2021 12:03 PM
syurga dah kiamat nanti baru masuk



Bagi arwah anak-anak orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan-pelayan di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu & bapa mereka.

Quote lavendernovella 11-5-2021 01:49 PM
Buritan replied at 11-5-2021 10:06 AM
Eloklaa Allah amik.. kat sana.. tgh sedap melantak kek.. kat dunia ni dpt bapak babi.. dunia ni mm ...

Hikmah anak kecil tu, dia dpt masuk syurga bersih suci murni.
Quote TomyamPuteh 11-5-2021 02:22 PM
Mendengarkn namanya itu membuatkn aku terus tak  lalu nk mkn steak dkt tmpt favourite aku

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.098463 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top