CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Bayar 'Mezan' RM200 Beli Borang Rentas Negeri Palsu

11-5-2021 05:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2978| Komen: 8

Dua warga asing sanggup membelanjakan RM200 untuk mendapatkan borang rentas negeri palsu bagi merentas negeri ditahan polis dalam sekatan jalan raya (SJR) di Tol Bentong menghala ke Kuantan pada petang semalam.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati dokumen digunakan mereka dicetak semula.



Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati dokumen rentas negeri bagi dua orang penumpang bas ekspres warga asing berusia 24 dan 27 tahun itu meragukan dan mengesyaki dokumen tersebut dipalsukan individu tersebut.

“Hasil siasatan awal pihak polis dapati dokumen tersebut difotokopi dan digunakan semula. Setelah dihubungi pihak polis kepada balai polis yang mengeluarkan borang rentas negeri tersebut didapati tiada borang rentas negeri tersebut dikeluarkan.

“Hasil temu bual mendapati suspek memperolehi borang tersebut daripada seorang rakannya bernama ‘Mezan’ dengan bayaran RM200 sehelai.


“Siasatan lanjut juga keatas kedua-dua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (pasport),” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Menurut Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 kanun sama yang mana jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dengan sebat selain dikenakan denda.

Kes turut disiasat di bawah Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dengan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-5-2021 06:06 AM
Moga dilanjutkan sampai 20 tahun....
Quote Decaffeinated 11-5-2021 06:35 AM
fotostat ka photostat?

Btw kalau exact copy boleh nampak kat circle 'diluluskan' tu plus lain2 tempat macam bintik2
Quote matchstick 11-5-2021 07:41 AM
Warga asing pun nk kelik rayo di kelate jugok ke..dasyat penangan air teh tarik kelate
Quote nazzse 11-5-2021 07:48 AM
matchstick: Warga asing pun nk kelik rayo di kelate jugok ke..dasyat penangan air teh tarik kelate

Reti membaca ke  tak? Terang tulis KUANTAN
Quote imransulaiman 11-5-2021 07:49 AM
Macam sesuai pula nama "mezan" tu jadi istilah penjual borang rentas daerah/negeri
Quote prettyuglybabe 11-5-2021 11:20 AM
padan muka..


Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:13 PM
Bagus polis cross check setiap satu borang permit. Ada yg siap call hosp nak check.
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:32 PM
Mezan tu dikenakan tindakan tak?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036810 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top