Anggota polis berpangkat Koperal ditahan selepas menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah apartment di Petaling Jaya, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video tindakan polis itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di aplikasi WhatsApp.
“Pertengkaran antara mereka berpunca apabila mangsa, pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman itu lebih awal menyebabkan suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya dan menunggu lama. “Berlaku pertengkaran antara mereka berdua dan suspek mendakwa mangsa mengeluarkan perkataan kesat kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Mohamad Fakhrudin, dalam kejadian, suspek menendang perut mangsa dan didakwa mengugut untuk memukul mangsa menggunakan topi keledar. Berikutan kejadian, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.
“Suspek yang bertugas di IPD Petaling Jaya ditahan untuk siasatan dan kita tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan jenayah terhadap orang awam,” katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sumber: Suara Merdeka
|
c===8: dah sampai masanya ketatkan syarat nak jadi polis, minima kena ada diploma
c===8 replied at 11-5-2021 08:47 AM
dah sampai masanya ketatkan syarat nak jadi polis, minima kena ada diploma
batmana: Ramai je dalam penjara terdiri dari golongan diploma,degree bagai..mgkin jawatan koperal kena ada double phD agaknya...
aint replied at 12-5-2021 01:17 AM
yg guard tu nak halang polis masuk kenapa??
ADVERTISEMENT