CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sekarang Dah Belajar Tidak Menghakimi Instafamous Dan Selebriti," -Sharifah Shahira

11-5-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5107| Komen: 18

Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 47, selesa mengambil pendekatan tidak mahu menghakimi orang lain dengan mudah terutama 'Instafamous' dan selebriti di atas segala tindakan dibuat mereka di media sosial.


Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkata dalam pengaruh media sosial sekarang, dia berasakan tindakan dibuat segelintir 'Instafamous' dan selebriti yang begitu gemar berkongsi apa saja kepada umum di akaun mereka disebabkan 'content'.

"Saya sekarang, tidak mahu cepat menghakimi atas perbuatan dan tindakan orang lain. Jadi, buatlah apa kamu rasa nak buat. Nak jadi apa, silakan.

Foto: IG

"Apapun, kamu buatlah yang terbaik untuk Allah. Saya sekarang dah belajar tidak menghakimi orang. Tapi, kalau betul dia salah pun, saya takkan 'judge'. Itu adalah 'content dia, hak dia," katanya.


Shiera berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada wajar atau sebaliknya tindakan segelintir 'Instafamous' dan selebriti yang suka berkongsi apa saja foto atau video aktiviti  mereka di media sosial.

Menurut Shiera, kewujudan pengaruh media sosial ini boleh dianggap baharu. Katanya, jika di imbas semula pada era 1970-an hingga 1990-an, golongan selebriti belum terdedah dengan akses kemudahan moden sebegini (media sosial). 



"Dahulu, kita (selebriti) mungkin banyak buat hal masing-masing sahaja. Tak semua yang dibuat itu orang nampak, sebab tak ada lagi media sosial. Yang nampak pun hanya Allah atau ada juga kawan-kawan terdekat sahaja.

"Tapi, sekarang ini apa saja yang dikongsi di media sosial akan dapat perhatian dan jadi tarikan ramai. Justeru, sebenarnya masing-masing dah ada 'content' sendiri," katanya.

Apapun, Shiera berkata kalau nak tahu apa yang elok atau tidak dalam hidup ini, semestinya tengoklah nanti bagaimana pengakhiran kita. Ujarnya, semua itu tetap datang daripada Allah.



Baru-baru ini, Shiera muncul pada sidang media virtual yang diadakan TV3 untuk mempromosi rancangan hiburan yang dihoskannya bersama pelakon dan penyanyi, Naim Daniel pada Aidilfitri ini.

Shiera dan Naim berganding buat kali pertama sebagai pengacara untuk program Karok Ok yang akan menemui penonton, jam 10.30 malam di TV3 pada 23 Mei ini.

Selain mereka, barisan penyanyi lain turut diundang dalam program itu ialah Tuju, Loca B, Cik Manggis, Amir Masdi, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 11-5-2021 11:26 AM
kalo retis suam kuku yang suka kongsi pelik2 macam adik ko, nak kami watdek gak ke macamana? {:smile
Quote Orix 11-5-2021 11:28 AM
suka sheols ni... slumber je....
Quote Boomibulat 11-5-2021 11:39 AM
Lebih afdal tegur ahli keluarga dan adik beradik dulu..
Quote biozipstar 11-5-2021 12:00 PM
hehee dia buat tak kesah.. tapi yg kesah netizen.. nak2 raya time PKP. banyak masa... bkn romadon plak nak control napsu. wakakakakakaka...
Quote bluebutter 11-5-2021 12:45 PM
Senantiasa busy sampai tk sempat nk sikat rambut anak. Rambut anak dia nmpk tak bermaya. Ank org lain rambut kerinting too, tpi nmpk sihat.

Rambut kerinting ni kena sikat msa basah lembab lembab tu dan tunggu kering dgn air dry. Yg penting bersikat.
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 05:50 PM
Maybe sbb pasal kes sakinah tu ckp mcm tu.
Quote ReginaGeorge 11-5-2021 10:48 PM
Cakap direct je la tanak orang hakimi saripah yang sorang tue {:yameteh
Quote cikX87 12-5-2021 10:05 PM
hati2 kak. anak2 akak pun instapemes gak.
Quote silampumeja 14-5-2021 05:08 PM
Lagipun dia memang dah sibuk buat ig review sekarang ni kan dgn fmily dia...
Quote Tunan 14-5-2021 05:13 PM
Boomibulat replied at 11-5-2021 11:39 AM
Lebih afdal tegur ahli keluarga dan adik beradik dulu..

Mgkin dia dah pernah tegur.. tp akhirnya give up..
Quote adeqbun 14-5-2021 05:15 PM
ReginaGeorge replied at 11-5-2021 10:48 PM
Cakap direct je la tanak orang hakimi saripah yang sorang tue {:yameteh

Haha..yg tu btol jugak tu..adik sndri pon yg bkn2 kelalunye..die pon skang dh buat lwj2 sendu sbg conrent ig
Quote damian_lee 14-5-2021 05:18 PM
Edited by damian_lee at 15-5-2021 03:08 AM
bluebutter replied at 11-5-2021 04:45 AM
Senantiasa busy sampai tk sempat nk sikat rambut anak. Rambut anak dia nmpk tak bermaya. Ank org lai ...


Rasa2 tersekat diskala berapa?

Ehh tiberrr mcm iklan syampoo
Quote annadonna 14-5-2021 10:26 PM
Siapa yg byk sgt masa menghakimi org tu. Gelinya
Quote bluebutter 15-5-2021 09:06 AM
damian_lee replied at 14-5-2021 05:18 PM
Rasa2 terselat diskala berapa?

Ehh tiberrr mcm iklan syampoo

damian.


dia ni suka ckp merapu, merapu dia tu cam kategory bimbo mum, semua segala hal dia tak tahu masa on air suria petang. Selalu jawab "oh laah ya ke, tak tahu lak aku" , kira apa apa hal semasa semuaaa tak tahu, tah mcm mn boleh lama jadi dj radio entahlah, If cuma dia dan suraya, I mmg selalu lah tukar lak 104.1 johor, sebab merapu dia bukn boleh dibawa bincang. If dgn tyzo I okay, sebb I nk dgr tyzo or tyzo dgn suraya.

Apa apa I mmg tak suka dia masa on air or on tv, I tak suka dia act merapu tu, nmpk mengada ngada sebab dah nk cecah 50 dah...

Quote nazzse 15-5-2021 09:39 AM
Dia ni banyak review produk ntah pape. Semua kaut kot asalkan dapat bayaran.
Quote sleepandream 15-5-2021 06:40 PM
jangankan instapemes...
yg retis betul2 pun iols tak kenal... pelik tgk follower berjota2 tapi whoryussss
Quote eely_shana 16-5-2021 05:36 PM
Anggap je lah rezeki masing2.
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:21 PM
Komen yang selamat ie taknak cari fasal..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.061037 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top