CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noraniza Idris Merajuk- Batal Tempahan Baju, Tak Nak Masak Untuk Raya

11-5-2021 12:52 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13299| Komen: 93|Original author: Oleh: Saiful

Harapan Noraniza Idris  nak berkumpul dan beraya bersama semua anak dan cucu sulung musnah apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata penyanyi ini , dia terlampau sedih dan merajuk hati apabila tidak dapat bersama-sama mereka pada tahun ini.


Foto: IG

"Memang sedih... rasa down sangat. Boleh kata, saya merajuk dan protes dalam diri sendiri. Tahun ini, tahun tak beraya bagi saya. Baju raya dah pun saya dah batalkan tempahan dan tak nak masak untuk raya.

"Sebelum PKP diumumkan, saya memang rancang nak berkumpul dengan anak-anak untuk beraya. Ikutkan, saya rancang nak tempah kondominium seminggu sebelum raya.

"Dah la, tahun ini kali pertama saya akan beraya dengan cucu perempuan. Macam-macam saya berangan nak masak untuk anak-anak. Bila tiba-tiba PKP ini, hancur harapan saya.




"Anak-anak pula tinggal di Kuala Lumpur, saya dan suami di Semenyih... memang lain daerah. Memang sangat sedih sebab pertama kali raya berdua sahaja dengan suami,"katanya kepada mStar Online.

Sementara itu Noraniza bersyukur sebab sebelum PKP diumum, dia sudah selesai rakam lagu raya.



"Nasib baik la sebelum PKP diumumkan, saya dah selesaikan rakam lagu raya dan program untuk Noraniza Idris TV. Untuk lagu raya kali ini, saya masih mengekalkan original muzik namun hanya tukar penyanyi duet sahaja.

"Kalau sebelum ini, saya duet dengan Akasia tapi kali ini Cinta Lebaran, saya duet dengan dua penyanyi lelaki. Seronok dapat bekerjasama dengan Ihab dan Azmir.



"Mereka banyak memberi idea dalam lagu tersebut. Manakala untuk MV pula, idea untuk konsep itu memang datang daripada saya. Alhamdulillah... semuanya selesai sebelum Ramadan." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 11-5-2021 01:00 PM
So kesah ke semua orang.
Ko pikir kesedihan ko je.
Ke ko nak kes naik mcm india nun
Quote Kancilkering 11-5-2021 01:01 PM
dok somonyih jo....i thought her laki is singaporean?
Quote toet2meoww 11-5-2021 01:05 PM
dok semenyih ke? baru tau.

ot jap : kerajaan xbg beraye pun, harge daging tetap mahal
Quote Kurex 11-5-2021 01:08 PM
Kalau nek ani merajuk taknak nyanyi pun, tak mendatangkan apa2 keuntungan utk lapisan masyarakat. Melainkan jizklongklong dok memuja betul nek ani, pasti dia meroyan bila tau nek ani taknak nyanyi dah
Quote prettyuglybabe 11-5-2021 01:09 PM
contoh customer hanat..
dah tempah pastu cancel..
macam budak-budak sangat perangai..
ko pikir kau sorang je tak boleh raya..
berdua pun dah cukup bagus dari bujang sorang-sorang..
Quote makadek 11-5-2021 01:12 PM
Aku pagi2 dah nangis msuk fmly grop..org lain tk nangis..asal aku lak cembeng sangat... Tp dlm nangis2 sedih pg ni 500 habis..tk dan nk p set rambut tkut kering lak daun palas
Quote asudau 11-5-2021 01:12 PM
kesian tukang jahit tu..senang2 je dia ni batalkan tempahan...
macam budak2..tak dapat raya, merajuk..

raya je pun...apa la sangat, yang penting bersyukur dapat berpuasa di bulan ramadan tahun ni.
Quote Boomibulat 11-5-2021 01:15 PM
Buruk la tua majuk..
Quote imransulaiman 11-5-2021 01:16 PM
prettyuglybabe: contoh customer hanat..dah tempah pastu cancel..macam budak-budak sangat perangai..ko pikir kau sorang je tak boleh raya..berdua pun dah cukup bagus d ...


1. Aku pun nak kata macam tu...alasan je untuk kensel tempahan baju raya. Ke tak tempah lagi tapi cakap dah..

2. Saja je gimik promosi lagu raya dia..

{:thief
Quote kaseh80 11-5-2021 01:17 PM
Mcm la kau sorang dlm dunia ni yg terkesan
Dah tua pun vodo
Quote helicornia 11-5-2021 01:29 PM
dh tua2 tk puas beraya lagi ke kak oii
nk raya ke nk mati cepat?
Quote stania83 11-5-2021 01:34 PM
Busuknya hatiiiiii. Diri sendiri buka aib. Hipokrit je kesian kat frontliner bila tak boleh beraya hentak kaki
Quote Atata 11-5-2021 01:37 PM
Over punya nenek, tahun first raya bersama lah apa lah.. malas aku nenek yg over exicted mcm ni. Biasanya pengontrol
Quote mistified 11-5-2021 01:39 PM
Sebenarnya nak bagi tahu pasal lagu raya dia aje kan.
Quote SANKURIANG 11-5-2021 01:53 PM
kaseh80 replied at 11-5-2021 01:17 PM
Mcm la kau sorang dlm dunia ni yg terkesan
Dah tua pun vodo

Selalu nya puak2 retis ni...bukan tua aja bodo....dari masa muda lagi dah  bodoh, dan juga mereka kuat membohong!!!
Dia ingat dia sorang aja terkesan...ramai lagi diluar sana yg terseksa sekarang ni.
Quote kakakgarang 11-5-2021 02:00 PM
nek ani punya mendunia.. langsung lagu sengau kau sehingga ke korea didengari... sedap nya idddokkk.. sesikit sentap..
Quote husna_amal 11-5-2021 02:05 PM
Teruknya rupa merajuk macam tu. Raya je pun...
Quote URUHA 11-5-2021 02:06 PM
Kesian tukang jahit tu x pasal2 tempahan cancel last minute. Kalau x nak pakai baju tu waktu raya pun leh je pakai waktu lain. Nak pakai utk raya haji or raya tahun depan pun boleh  Saja je wt naya org. Ok la beraya berdua dgn laki. Meols dah bertahun raya sorang pun xde hal. Dah tua2 pun masih x matang nek Ani ni
Quote pearl.silver 11-5-2021 02:08 PM
Lg beberapa hari nk raya, sempat lg kensel tempahan baju?
By right time ni kain dah beli, dah potong, almost siap/dah siap..

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071232 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top