CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu ditikam anak ketika sedang solat terawih

11-5-2021 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9279| Komen: 79



KEPALA BATAS - Seorang lelaki ditahan selepas menikam ibunya menggunakan pisau di sebuah rumah di Taman Orkid Permai, di sini jam 10 malam pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki yang memaklumkan ibunya ditikam abang kandungnya sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di rumah tersebut, polis terus menahan suspek berusia 29 tahun yang masih berada di lokasi kejadian.

"Suspek masih bujang dan tidak bekerja. Ujian saringan air kencing suspek positif dadah namun dia tiada rekod jenayah lampau.

"Kita merampas dua bilah pisau daripada suspek iaitu 31 dan 27 sentimeter panjang berhulu plastik warna hitam," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Katanya, mangsa yang berusia 56 tahun mengalami kecederaan di tangan kirinya ketika mengelak ditikam suspek.

"Dia stabil ketika dibawa ke Hospital Kepala Batas dan telah menerima10 jahitan pada kecederaannya itu. Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat tarawih bersama suaminya di ruang tamu sebelum didatangi suspek.

"Suspek tiba-tiba meluru keluar dari biliknya dengan memegang dua bilah pisau lalu menghala ke arah ibu dan bapanya. Bapanya sempat menolak suspek namun pisau tersebut terkena pada tangan ibunya," katanya.

Noorzainy berkata, dari keterangan mangsa, suspek mempunyai masalah mental sejak 2016 dan kini dalam rawatan.

"Suspek sudah lebih setahun berkurung di dalam bilik tanpa bercakap dengan sesiapa. Sebelum ini, suspek tidak pernah bertindak agresif terhadap ahli keluarganya.

"Suspek dihantar ke Hospital Jalan Perak di Georgetown untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Sumber : Sinar Harian
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 11-5-2021 02:31 PM
'Kesilapan kecuaian'.
Quote Belibis 11-5-2021 02:31 PM
Mental hapo kalau dah positif dadah??
Ramai makpak macam ni.bela dan belai anak walaupun dah semakin teruk.
Quote bungarose 11-5-2021 02:39 PM
Positif dadah tapi makpak tetap taknak hantar pemulihan. Sayang yang merosakkan
Quote MontanaHannah 11-5-2021 02:39 PM
Ada kemungkinan ramai org tegur  anak dia teruk tp dia bela anak itu mcm xpernah buat salah langsung

ramai mcm ni kesnya

tp dalam  kes diatas xtahulah kannn

bukan calang-calang anak nak tikam mak

merajuk pun xde bunuh habis sgt bawa diri nan hado ko tu sajalahhhhhhhh
Quote belacan_gurl 11-5-2021 02:41 PM
Aku pernah kena sound... pakcik aku..kaki cautut..kami baca alquran ramai2 sbb dah alang2 abis terawih...bunyi bisingla sikit kan ...tetiba pakcik aku kuar bilik mcm marah..dia tengking bising ....terdiam kitorg semua...opah aku pun jawab kamu kenapa..Ada setan ke dalam badan tu sbb panas semacam...satu masalah kaki cautut nih dorg pandai berkata2...terus dia jwb org baca alquran pelan2 sbb baca utk Allah bukan menjerit mcm korg.... aku benci btoi pakcik aku nih...menyusahkan org..abis semua kena senyap... anak2 buah main sambil gelak kuat pun dia marah gak... takut budak2 tu...aku selalu berdoa moga dia mati cepat..hidup pun nyusahkan org
Quote Normabaru 11-5-2021 02:41 PM
Allahu... Innalillah...
Quote Artemesiaa 11-5-2021 02:42 PM
Dah agak dah geng dadah je sanggup bertindak macam tu untuk dapatkan apa yang dia inginkan
Quote sarah82 11-5-2021 02:42 PM
Lempar ja anak2 tak guna ni dlm kwsn badak air.
Quote Kurex 11-5-2021 02:43 PM
Semoga keluarga aku takde yg mendadih....
Quote lifeline 11-5-2021 02:47 PM
ada masalah mental dan positif dadah?
sbb dadah ke dia ada masalah mental tu?
atau mmg masalah mental dari kecik lepas tu amik dadah?

dugaan buat mak bapak dia
kesian jgk
Quote Drmu 11-5-2021 03:22 PM
Kesan dadah mmg blh bawa ke mental. Tpi dia ni xtaulah mental dlu bru dadah ke mcm mne. Dlu ada talk tentang dadah..polis tu cakap byk jadi kes anak bunuh keluarga sbb dadah bila dah sampai tahap gian. Mcm tak boleh kontrol diri dah..nak jgk dadah tu. Mnx duit ..klau xbgi..dia bnuh..kdg2 xsdr apa dia buat.  Iol tak pasti dia ni dpt kontrol ke tak diri dia masa kejadian tu. nauzubillah.
Quote matchstick 11-5-2021 03:39 PM
belacan_gurl: Aku pernah kena sound... pakcik aku..kaki cautut..kami baca alquran ramai2 sbb dah alang2 abis terawih...bunyi bisingla sikit kan ...tetiba pakcik aku ...

Semoga doa ko lekas termakbul
Quote Cece1234 11-5-2021 03:43 PM
Kecik2 xmo mampus..
Quote gideoncross 11-5-2021 03:50 PM
belacan_gurl replied at 11-5-2021 02:41 PM
Aku pernah kena sound... pakcik aku..kaki cautut..kami baca alquran ramai2 sbb dah alang2 abis teraw ...

Sakit mental ke pkcik uol tu?
Quote LadyCarefree 11-5-2021 04:07 PM
Agaknya leluhur apa buat camni. Adoi. Mustahil melayu mustahil Islam. Ni mesti sepet atau leluhur todi
Quote noor2 11-5-2021 04:21 PM
Kalau yg ni boleh la dipanggil anak setan
Quote belacan_gurl 11-5-2021 04:27 PM
gideoncross replied at 11-5-2021 03:50 PM
Sakit mental ke pkcik uol tu?

Tak...amik cautut...dadah ice tu...mmg dadah yg paling bahaya dadah ni ar...dia kaco otak
Quote belacan_gurl 11-5-2021 04:28 PM
matchstick replied at 11-5-2021 03:39 PM
Semoga doa ko lekas termakbul

Mslhnya liat bebenor
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 05:39 PM
Aduhai nasib baik tak maut. Cedera sikit je ibu. Time terawih lak tu..

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.405896 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top