CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Nizam Laksamana Kemurungan Menderita Kanser

17-5-2021 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5730| Komen: 32

Penyanyi Nizam Laksamana, 53, terpaksa mengejarkan isterinya, Salwati Zulkifli, 46, ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam akibat kemurungan.

Nizam yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta berkata, isterinya yang kini menjalani rawatan kemoterapi akibat kanser payudara tahap awal, berkeadaan demikian akibat masalah ulser mulut.


"Isteri saya dah mulakan tambahan dos ubat untuk kitaran (cycle) keempat, kelima dan keenam. Kitaran keempat dibuat pada 5 Mei lalu. 

"Keadaannya pada hari pertama okay. Hari kedua dia dah mula lemah dan seterusnya sampailah semalam.

"Dia murung kerana mulutnya iaitu bahagian lidah dan tekak penuh ulser sehinggakan dia tak boleh minum apatah lagi makan nasi dan apa sahaja," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Menurut Nizam, isterinya sukar untuk makan dan minum kerana berasa sakit.

"Saya paksa juga dia makan dan hanya makan sikit. Kalau makan bubur pun dua tiga sudu. Jadi zat dalam badan berkurangan buatkan dia jadi lemah.

"Dia tak boleh bangun, tak boleh jalan lama dan apabila duduk dan baring pun terasa penat. Melihatnya dah tak larat sangat, saya pun ajak dia ke hospital.

"Kami terus ke unit kecemasan kerana doktor pesan, sekiranya isteri ada masalah, demam batuk atau sebagainya, tidak boleh ambil ubat di sebarang klinik atau hospital dan mesti kena pergi ke unit kecemasan HKL," katanya. 

Susulan itu, Salwati dimasukkan ke Zon Kuning (pemerhatian) dan dimasukkan air dan antibiotik kerana kurang air dalam badan.

"Doktor ambil darah dan dapati sel darah putih sangat kurang. Ini kali kedua sel darah putihnya kurang. Kali pertama masa nak mulakan kemoterapi keempat.

"Tiga hari sebelum itu, doktor dapati sel darah putihnya kurang dan bagi vitamin. Pada 5 Mei, kemoterapi tetap dibuat kerana doktor tak nak lambatkan kemoterapi dia. 

"Kalau lambatkan bermakna nanti ubat yang dirancang nak diberikan tiga minggu sekali tiada. Kalau ditambah lagi satu minggu tak buat kemoterapi bermakna ada kemungkinan sel kanser akan aktif semula," katanya. 

Dalam masa sama, Nizam berkata, doktor tidak mahu proses kemoterapi ditunda dan menahan isterinya di wad semalam.


"Sekarang nak masuk wad agak susah kerana kena buat ujian Covid-19 dan juga kena tunggu ujian darah. Kebetulan semalam di unit kecemasan agak huru hara kerana ramai pesakit. 

"Ada juga yang positif Covid-19. Situasi itu amat berbahaya kepada isteri. Dia dah tiada lagi sistem pertahanan diri.

"Dia kena jalani kuarantin selepas ini termasuk di rumah. Anak-anak pun tak boleh bergaul sangat dengan ibu mereka. Kalau dari luar mereka terus kena mandi," katanya. 

Nizam juga keberatan menerima tetamu di rumah selepas ini untuk mengelak isterinya terkena jangkitan penyakit. 

"Wad dia juga diasingkan kerana sangat mudah terdedah kepada jangkitan. Dijangka akan ditahan selama empat atau lima hari sehingga dia sembuh. 

"Kebetulan doktor periksa suhu badan isteri dan mendapati agak tinggi iaitu bacaan 38. Rupanya dia sendiri tak tahu dia demam.

"Begitu juga saya. Doktor kata kalau dibiarkan agak lama bimbang akan menjangkiti bahagian badan lain. Isteri perlu betul-betul jaga kesihatan dan tak boleh demam," katanya yang meminta semua pihak mendoakan kesembuhan isterinya.-CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 17-5-2021 10:17 AM
Semoga Allah ringankan beban sakit isteri beliau..
Sedihnya berlaku time2 covid ni..
Quote Thunderclouds 17-5-2021 10:25 AM
Takziah. Bykkn sabar & istighfar. Beli susu khas utk pesakit kanser kalo kurang selera mkn & kunyah chewing gum utk galakkn penghasilan saliva spy mulut xcepat kering & mnyebabkn ulser. Nasihat bdasarkn pnglaman mnjg somi i.
Quote msdummy.2018 17-5-2021 10:41 AM
Sb tuh aku ckp.rkyy msia ni selfish..disebabkan kita kena provide space tuh patient covid..org yg skt kritikal mcm ni dh jd susah...nk masuk wad susah, xmasuk susah..bodoh rkyt2 ni
Quote None68 17-5-2021 10:43 AM
Semoga Allah permudahkan urusan mereka.
Quote Supersirap 17-5-2021 10:47 AM
Semoga tabah dalam apa jua keadaan
Quote Cece1234 17-5-2021 10:52 AM
Kesiannya..semoga dipermudahkan urusan..
Quote Fazzbulous 17-5-2021 11:01 AM
semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik buat isteri nizam...semog tabah dgn ujian Allah dan terus kuat melawan sakit ya...
Quote midori_katana 17-5-2021 11:11 AM
Sedihnya.. teringat arwah mak akak masa buat rawatan radiotherapy.. tak tertahan tgk dia tahan sakit lepas rawatan tu .. dan kita ni sekadar tgk dan nangis  ja,, nak bagi kurang sakit tak boleh… huhuhu
Quote Kancilkering 17-5-2021 11:24 AM
derita nya sakit cancer ni...mana mana yg sakit effect quality of life ...mesti org tu depress...dlu boleh buat macam macam....tetiba x boleh....
moga bertabah lah ....org yg jaga pun bertabah juga
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:15 PM
Sedih baca. Struggle orgsakit cancer dan keluarga mereka.
Quote ImpianSeroja 17-5-2021 12:54 PM
Semoga Dipermudahkn segala urusan
Quote doubleA 17-5-2021 01:44 PM
iols yg mambaca pun terasa perit dan sakit, apatah lagi bahu yg memikul dan suami yg nampak penderitaan isteri. semoga dipermudahkan dan dikurangkan kesakitan. iols doakan yg terbaik. semoga family tabah dan terus fight melawan sakit. sedihnya...
Quote airisa 17-5-2021 01:44 PM
kena minum jus byk2 .. itu membantu
Quote cap_ayam 17-5-2021 01:47 PM
moga kuat.. syukur suami ambil berat.. semoga cepat sihat kepada puan ini..
Quote shernazz 17-5-2021 01:49 PM
Memang perit..
Mak iols sampai semua dia makan pung pahit
Pastu semua bulu gugur..masa tu.mmg down..
Tapi weols buat cam.biasa je tak de tanya2 mak iols...
Now alhamdulillah..dia cam.biasa je..
Baru detect ada kanser baru tapi masih kecil...
Jadi orang sekeliling main peranan...jangan la gelak terbahak2 tu..tapi cam.kita bercerita..atau bg dia rehat.bila dia kata nak rehat...
Tiap2.orang lain.effect dia..jadi.kita kena berusaha lah utk.go with the.flow...

Iols doakan semoga wife nizam.n semua pesakit kanser cepat sembuh dan dimudahkan segala urusan...tak mudah semua, sikit pung jadi.lah...
Quote eely_shana 17-5-2021 02:01 PM
Semoga cepat sembuh
Quote Plain-tif 17-5-2021 02:32 PM
Allahu. Semog Allah permudahkan segalannya.....
Quote 234126 17-5-2021 03:19 PM
Takziah, kesian suami isteri ni. Lemah nampak wife dia. Patutnya golongan ni didahulukan kat hospital.

Puak yang kena covid sebab salah sendiri pastu mohon doa netizen mohon mereput sesama korang. Menyusahkan.
Quote suka2 17-5-2021 04:41 PM
Semoga kakak ni diberi kesembuhan, diringankan kesakitan dan dimudahkan urusan. Dan semoga dorg dijauhi dari penjual supplement overclaim yg menjanjikan kesembuhan. Duit habis, baiknya tidak...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.110415 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top