KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalur bantuan kepada Israel serta menyifatkan perkara itu sebagai pembohongan dan fitnah. Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, menjelaskan McDonald's Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) diambil alih sepenuhnya Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak 2017, dengan ekuiti syarikat itu dimiliki oleh mereka yang beragama Islam. Tegasnya, sebagai sebuah syarikat tempatan, McDonald's Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara. "McDonald's Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp yang tular berkenaan pemboikotan jenama kami. Pihak McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan tentang jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah suatu pembohongan dan fitnah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmir berkata, pendirian mengenai isu itu sudah dijelaskan pihaknya pada 2017 dan telah dikongsi secara meluas orang ramai menerusi mesej WhatsApp mereka, selain diterbitkan media arus perdana, dalam talian dan blog. Beliau berkata, pada tahun sama, pihaknya juga mendapatkan pandangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang antaranya menyatakan seruan 'wajib boikot' hanyalah sah jika ia diperintah oleh umara' atau pemerintah negara selain boikot tanpa fakta sah boleh dianggap sebagai fitnah dalam hukum Islam. Menurutnya, McDonald's Malaysia sudah membuat laporan polis terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu dan menyebarkan mesej tidak berasas melalui platform media sosial dan saluran lain untuk memboikot restoran-restoran McDonald's di Malaysia. Azmir berkata, perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi hak-hak dan kepentingan syarikat serta lebih 15,000 warga tempatan yang bekerja dengan McDonald's Malaysia. "McDonald's Malaysia tidak pernah t erbabitdalam sebarang agenda yang menyokong Israel. Malahan, penjelasan kami berhubung isu ini telahpun diterima baik oleh badan-badan bukan kerajaan utama seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), MYCARE, Aqsa Syarif, Palestine Centre of Excellence dan Viva Palestina Malaysia," katanya. McDonald's Malaysia turut mendoakan supaya penindasan dan keganasan yang berlaku ke atas Palestin akan segera berakhir, katanya. Sumber : BERNAMA/Astro Awani |
vicheatjoe replied at 17-5-2021 09:10 PM
mmm nak makan samurai burger, tempting jugak iklan dia,
anyway just nak faham sikit, walaupun tak ...
syahilwa replied at 17-5-2021 09:24 PM
Aku paling x ske....acah boikot..pastu gigih tangkap gambo org beratur beli mekdi..viralkan...phuiii ...
cik_chili replied at 17-5-2021 09:29 PM
Dah tgk barisan drive thru mekdi?
Berjujuk beratur...xpnah surut...itu dikatakan nak boikot???
ADVERTISEMENT