Nampaknya sekali lagi nama keluarga Neelofa menjadi bualan hangat apabila tular satu rakaman video memaparkan mereka dipercayai berhari raya bersama-sama pada 1 Syawal lalu. Memetik Gempak.com, video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter pada asalnya dikongsikan oleh kakak Neelofa, Noor Nabila di Instagramnya dengan kapsyen "1 Syawal yang penuh mulia". Dalam video itu memaparkan aksi bermaaf-maafan di antara ahli keluarga dan adik beradik Neelofa. Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam namun sempat dirakam oleh netizen. Hingga kini tidak dapat dipastikan punca kenapa video tersebut dipadam namun ia telah menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan netizen mengenai video itu tentang adakah mereka sekeluarga tinggal dirumah yang sama? Ini kena tunggu empunya badan beri penjelasan. Mengulas mengenai punca berlakunya pelanggaran SOP yang kian menjadi-jadi di negara kita serta budaya "double standard", seorang pengguna Facebook bernama Mufarwa Farid, dipercayai seorang peguam tampil berkongsi pandangan. |
ADVERTISEMENT