Polis akan mengambil keterangan semua ahli keluarga pelakon dan pengacara Norman Hakim yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Memetik Malaysia Gazette, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Farouk Esha berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pelangggaran SOP tersebut. Menurutnya, IPD Ampang Jaya mengesan satu gambar keluarga selebriti yang tular di laman sosial dan portal yang menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor. "Terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga dipaparkan dalam gambar berkenaan. Majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara iaitu ziarah hari raya yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamed Farouk berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat untuk memberikan keterangan. Terdahulu tular di media sosial foto aidilfitri keluarga Norman Hakim bersama keluarga bekas isterinya, Abby Abadi yang telah menerima kecaman netizen dan respon balas daripada Abby yang berkata jika pada hari biasa mereka memang selalu berjumpa takkan hari raya tak boleh jumpa menambahkan lagi kemarahan netizen. Tinjauan di Instagram Abby Abadi mendapati foto tersebut telah pun hilang dan komen-komen berbaur kecaman turut sama hilang, mungkin Abby telah melakukan 'spring cleaning' ketika IGnya di'private'kan pada Isnin, manakala instagram Norman Hakim juga di'private'kan hari ini, kemungkinan besar untuk melakukan perkara sama setelah komen-komen cercaan dan komen-komen yang meng'tag' PDRM, Ismail Sabri, PM8 dll tiba-tiba hilang pada malam Isnin. - CARI |
cik_ingeniare replied at 18-5-2021 10:18 AM
Lain kali bila gelupuh nak raya sama, toksah duk upload kt socmed dah tau kami rakyat biasa ni tak b ...
ADVERTISEMENT