CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Situ-Situ Saja Kamu' - Dulu Vince AF1 Kini Vince Keningau

20-5-2021 07:50 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8322| Komen: 27|Original author: Oleh:Sang_Pencinta

Mungkin ramai yang tidak mendengar sebarang khabar berita terbaru mengenai Vince Chong, pemenang pertandingan realiti Akademi Fantasia Musim Pertama. 


Kali terakhir Vince muncul di kaca TV ialah sewaktu menyertai The Mask Singers Malaysia yang disiarkan pada penghujung tahun lalu.


Kredit Foto: Tele Vince


Sudah sekian lama Vince tidak mengeluarkan sebarang album atau single terbaru. Mungkin kerana kesibukan bersama keluarga ataupun menguruskan syarikat penerbitannya sendiri InVinceAble Itunes. Vince juga khabarnya banyak menghabiskan masa berehat di kampung isterinya, Fiona Edwards di Keningau, Sabah berikutan masalah sakit belakang yang dihidapinya.


Bagaimanapun, rupa-rupanya dalam diam berehat, Vince kini muncul dengan sebuah lagu baru berentak Sumazau, iaitu muzik traditional Sabah. Terbaru, video untuk lagu baru berjudul 'Situ-Situ Saja Kamu' telah dimuatnaik di Youtube pada minggu lalu.


Kredit: Tele Vince Youtube

Lagu ‘Situ Situ Saja Kamu’ adalah lagu Sabah pertama bagi Vince. Lagu ini diciptakan oleh penulis lagu tempatan, Greg Giting dan kolaborasi Vince dengan Toninipot Band. Uniknya, untuk single ini Vince menukar namanya kepada Vince Keningau, sempena kampung asal isterinya supaya lebih dekat dengan peminat muzik tempatan.


Kredit Foto: Gempak

Dengan tema ‘bersabar dan stay safe’, Vince berharap lagu ini dapat mengubat kerinduan pendengar yang tidak dapat balik ke kampung masing-masing sempena perayaan Tadau Kaamatan pada tahun ini disebabkan pandemic Covid 19.


‘Dalam masa yang amat mencabar ini, kami harap lagu ini dapat mengubat rindu para pendengar yang tak dapat balik kampung. Stay safe Kamurang ! Sabar-sabar dulu :) Kaamatan tetap ada di hati..Aramaiti !!!’ kata Vince.


Sejauh mana agaknya sambutan peminat tempatan khususnya peminat muzik Sabah menerima Vince Keningau?-CARI

 


2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 20-5-2021 08:13 AM
heshe urang sabah kah?
Quote orglama 20-5-2021 08:38 AM
Bini dia yg sabahan
Quote masnona 20-5-2021 09:00 AM
Mmg bole jual eh kalau market org belah2 sana je? Kira hebat la
Quote blekkep 20-5-2021 09:23 AM
semua pemenang bukan pengalah
Quote kucingitam 20-5-2021 11:12 AM
hmm je lah dgr nama dia bertukar gitu...
Quote innocent_me 20-5-2021 11:27 AM
vince ni dulu punya hensem..suara sedap. ada pakej sbb mix.
Last2 jd cina acong  je, bercakap pun pelat yakmat ...peminat melayu pun dh berkurang.
Nak masuk balik industri kena tgk cara alvin chong n sean lee.
btw dia kerja apa yach?
Quote Buritan 20-5-2021 11:38 AM
innocent_me replied at 20-5-2021 11:27 AM
vince ni dulu punya hensem..suara sedap. ada pakej sbb mix.
Last2 jd cina acong  je, bercakap pun p ...

Keje mcm.sohsi jugakk kot.. nyanyi nyanyi..


Sohai jual gigi sop
Vince juai ape
Quote kucim 20-5-2021 12:03 PM
Dulu punya handsome vince ni..apa tah single 1st dia dulu..sedap lagu..
Last2 kwen sabahan..amoi2 KL tak de yg berkenan ke...hehehee
I pun ada member sekolah dulu cina mix australia..kurus kering je masa sekolah dgn rambut blonde dia..bdk2 cina semua x suka dia..cemburu agaknya sebab lawa..
So kwn i ni berkawan dgn melayu je.
Dah besar..jd model catwalk..skrg dah berkahwin ada anak 1..montok dah badan..dulu..sekeping je..
Quote URUHA 20-5-2021 12:13 PM
Classmate meols masa sekolah menengah dulu muka sebijik macam Vince tapi melayu. Famous la dia dulu sbb masa tu AF pun tengah meletop. Siap dgn pekej pengawas lagi. Tapi sejak dia kawen ni badan pun dah bam2 & rambut pun panjang. Muka & style pun dah bapak2 org sgt
Quote tipah89 20-5-2021 04:02 PM
gila hensem dia masa era AF
Quote sleepandream 20-5-2021 07:57 PM
heols ni sekejap je top...
sejak zahid oren mendonia heols terus sendu...
apatah lagi tsumawi lepastu... terus hilang gitu...
heols ni ada akak nama vanessa... cantik chuols... pernah masuk amazing race dolu2...

btw tajuk lagu heols teringat lagu siti situ sana sini
Quote imransulaiman 20-5-2021 08:50 PM
Macam tak masuk pula slang dia dengan slang Sabahan... Kaka Chazey sila komen {:thief

Tapi pandai dia target market. Dia launch lagu masa orang Sabah nak sambut Pesta Kaamatan. {:good
Quote supernaturalee 20-5-2021 09:41 PM
Mengapa harus cinta
Finalis ajl

Lg 1 lagu duet dgn nurfatima tu pun sedap

Nnt msk gv plk lh vince
Jd second person lps linda nanuwil
Btw linda pun dh x dgr berita

Quote beta_carotene 20-5-2021 10:06 PM
harap la vince punya branding keningau ni sekadar masa kaamatan je
sedih meols tgk

niche heols lebih kepada mainstream pop & rnb

Quote nordin84 20-5-2021 10:15 PM
innocent_me replied at 20-5-2021 11:27 AM
vince ni dulu punya hensem..suara sedap. ada pakej sbb mix.
Last2 jd cina acong  je, bercakap pun p ...

penyanyi susah sikit.. suki pun ssh nk msk market.. kalau berlakon ok.. even alvin c tu penyanyi pun org kenal dia as pelakon
Quote Paiya 20-5-2021 10:21 PM
ok bah lagu dia tu..
Quote mendeluk 20-5-2021 10:50 PM
kucim replied at 20-5-2021 12:03 PM
Dulu punya handsome vince ni..apa tah single 1st dia dulu..sedap lagu..
Last2 kwen sabahan..amoi2 K ...

Chinese kat malaysia mmg mostly tak berkenan tengok muka2 matsalleh. I pun tak fham kenapa..
Quote kucim 21-5-2021 03:25 AM
mendeluk replied at 20-5-2021 10:50 PM
Chinese kat malaysia mmg mostly tak berkenan tengok muka2 matsalleh. I pun tak fham kenapa..

No wonder laa vince terbang ke sana singgah di hati gadis sabahan..ya betul..sana dorg lebih open minded ...ramai je melayu islam sana nikah dgn lain kaum mcm iban..dusun..mcm2..
I pernah serve 2 org gadia dusun masa dia dtg nak beli brg..lawa weh...kulit putih bersih..mata dia lawa..rambut lawa hitam bersinar..tak color2 pun..sopan santun pulak..tp ada juga i nampak customer i cina couple mat salleh..tp pmpuan cina tu nmpk mcm ala2 rempit laa...hehhe
Quote dua_chzy 21-5-2021 09:39 PM
Edited by dua_chzy at 21-5-2021 09:47 PM
beta_carotene replied at 20-5-2021 10:06 PM
harap la vince punya branding keningau ni sekadar masa kaamatan je
sedih meols tgk



Weols ada Fanzi Ruji untuk genre tu. Vince who?

[youtube]sU4GNpop3Wk[/youtube]

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.072349 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top