CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiga Jari Kaki Bad Indigo Dipotong

20-5-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17106| Komen: 79

Anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad, 46, menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki sebelah kiri akibat diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, 9 Mei lalu.


Isterinya, penyanyi, Ashira Aziz ketika dihubungi berkata, sebelum ini satu jari kaki sebelah kiri sudah dipotong sebelum Ramadan lalu.

"Sekarang kaki kiri tinggal ibu jari saja. Empat lagi sudah dipotong. Suami masih lagi ditahan di hospital sebab takut ada jangkitan bakteria di ibu jari kaki pula.

"Keadaan dia okay, tapi ada beberapa prosedur lain lagi yang perlu dibuat selama beberapa hari sebelum dibenarkan keluar. Doktor nak pastikan semuanya betul-betul okay. Ingatkan dapat sambut Aidilfitri bersama suami dan anak-anak, tetapi ada dugaan lain," katanya kepada Harian Metro.

Kredit foto: IG


Dalam masa sama, penyanyi lagu Ombak Resah itu turut bimbang dengan penularan Covid-19 yang semakin teruk yang mana membolehkan suaminya termasuk dalam golongan berisiko tinggi.

"Ikutkan sudah hampir seminggu tidak dapat melawat dia di hospital. Pada awal-awal dulu boleh melawat lagi, tetapi disebabkan angka kes positif Covid-19 yang semakin tinggi kami tidak dibenarkan melawat langsung.

"Suami sendiri sudah beberapa kali bertukar wad. Itulah yang dibimbangkan juga sebab dia boleh dikatakan berisiko tinggi. Memang harap sangat boleh keluar hospital lebih awal," katanya.

Terdahulu Ashira dan Bad melangsungkan pernikahan pada 11 Mac lalu. Mereka berkenalan selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 20-5-2021 09:33 AM
Omg xdelah tua sangat
Quote red_velvet 20-5-2021 09:34 AM
Semoga cepat sembuh la... Makcik Aku ginila ..mula2 jari, Lepas Tu buku lali, Lepas Tu lutut pulak.. bad ni keja apa.. ke jobless jugak. Kalau jobless kesian la kt ashira. Takde Beban Batu digalas
Quote Cik_jantung 20-5-2021 09:42 AM
si ashira ni tau tak condition bad ni sebelum kawen...

Quote manehnya 20-5-2021 09:43 AM
Potong lagi? Ala siannya, yg hr tu pun baru ja, harap ada caruman socso...

Sian bini... Moga tabah selalu
Quote kakakko 20-5-2021 09:47 AM
Aduhai.. kesian Ashira. Jom la jaga pemakanan.. Elakkan dari diabetes..
Quote ezacbee 20-5-2021 10:14 AM
Cik_jantung replied at 20-5-2021 09:42 AM
si ashira ni tau tak condition bad ni sebelum kawen...

Kalau ashira dah tau, takpelah.
Dia yg merelakan nak kawen.

Bad pun dah tau sakit, nape nak kawen gak.
Xkesian ke kat bini..


Quote Shayang 20-5-2021 10:16 AM
Kencing manis bukan ke effect kat emm takpelaa kalau bini redho
Quote makadek 20-5-2021 10:17 AM
Betul ke org kincing maneh tk kuat main
Quote mamajawie 20-5-2021 10:17 AM
aduh, ngilu plak dgar tinggal 1 je jari kaki tu..ksian lak kat ashira baru berlaki ingatkan laki jaga dia rupanya dia kne jaga laki lak..smoga cpat sembuh buat laki sheolss..
Quote dudaberhias 20-5-2021 10:18 AM
kesiannya... tengok bad ni kurus elok je badan takde la teruk sangat... tapi kencing manis tak kira badan macam mana... nak2 kalau ada keturunan yang kronik... makan manis sikit pun berbahaya... semoga di permudahkan urusan.
Quote doubleA 20-5-2021 10:25 AM
Memang lepas kawen pun dah masuk hosp bad ni, sian la ashira. Tapi at least ada rumah berteduh la
Quote awanysss 20-5-2021 10:55 AM
Shayang replied at 20-5-2021 10:16 AM
Kencing manis bukan ke effect kat emm takpelaa kalau bini redho

aku pun terfikir jugak... ntah lah... maybe dah ada method utk overcome masalah tu kot..
Quote prettyuglybabe 20-5-2021 11:23 AM
untung dah ada bini boleh jaga
Quote Cik_jantung 20-5-2021 11:36 AM
ezacbee replied at 20-5-2021 10:14 AM
Kalau ashira dah tau, takpelah.
Dia yg merelakan nak kawen.


Ada sorang acik tu dh lama jd balu. Umur dh 60 lbh. Tiba kawen dgn pakcik lagi tua dr dia. Lepas kawen baru tau pakcik tu x sihat kena consume ubat bagai. Dia rasa tertipu.. n rasa terbeban.

Serba salah jugak kann
Quote ezacbee 20-5-2021 11:39 AM
Cik_jantung replied at 20-5-2021 11:36 AM
Ada sorang acik tu dh lama jd balu. Umur dh 60 lbh. Tiba kawen dgn pakcik lagi tua dr dia. Lepas k ...

Kalau rasa terbeban, bercerai la cara elok.
Umur 60 lebih ni, kena byk relax.. klo stress manjang xguna.
Sayangilah diri sendiri
Quote SANKURIANG 20-5-2021 11:43 AM
Cik_jantung replied at 20-5-2021 09:42 AM
si ashira ni tau tak condition bad ni sebelum kawen...

Orang lelaki ni kalau diabetik....bebird pun payah nak berbunyi. Kesian bini dia, dapat Bad dan kena jaga masa sakit ni,
tapi takpala adalah pahala nya kat situ.
Quote WawaRaRa 20-5-2021 11:45 AM
tanjat gila aku.... biar betik.... huhu...

apa2 semoga ashira tabah la jaga org sakit....
Quote kucim 20-5-2021 11:59 AM
Semakin bertambah umur makin banyak penyakit..kdg pemakanan dah jaga pun ia nak dtg..dtg jugak..
Sebab kita x mintak pun penyakit2 ni...
Ada je org yg suka makan manis tp xde kencing manis...

Pankreas dah rosak..maka dtg la kencing manis..mcm makcik sepupu i..bacaan kencing manis tetap 30 walaupun dah mkn ubat pantang mkn..pankreas x dpt detect dah ...
Moga bad cepat sembuh..
Quote SweetRehan 20-5-2021 12:42 PM
Kesian ashira..

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080257 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top