CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramlah Ram Tak Serik Nak Berkahwin Lagi

20-5-2021 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5913| Komen: 26

"Saya tak serik pun nak berkahwin lagi, tapi buat masa ini belum terbuka hati. Saya pun gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang".

Demikian kata penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram, 56, ketika ditanya berkenaan hasratnya untuk berkahwin baharu.


Sudah 11 tahun hidup bersendiri, Ramlah yang popular dengan lagu Selamat Jalan Romeo dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit di RTM, Kamal Roslim pada 2000 sebelum bercerai pada 2010.


Foto: IG

"Entahlah nak cakap macam mana. Ada saja kawan yang tanya saya soal kahwin ini. Mereka tanya tak teringin ke nak kahwin lagi? Saya pun sebenarnya tak fikir, tapi kalau ada jodoh saya terima. Jika tak ada pun tak apa.


"Apapun, saya tak dinafikan ada juga rakan seusia saya berkahwin lagi kerana mahu berteman dan itu pilihan mereka serta ada jodohnya. Tapi, untuk saya alhamdulillah gembira dengan apa yang Allah berikan setakat ini.

"Setiap orang ada cara gembira dan bahagia masing-masing. Saya sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, saya tak rasa sunyi," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Ramlah, setakat ini dia tidak berkenalan atau berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. Jika ada pun hanya perkenalan biasa atas dasar kerja dan tak pernah bercakap lama-lama dalam telefon.

Ditanya mengenai sikap positifnya berbicara mengenai jodoh dan perkahwinan, Ramlah berkata, tidak ada apa yang perlu membuatkan dia tidak selesa untuk menjawabnya.

"Kalau media tak tanya, ada juga rakan saya yang lain bertanya. Ia soalan biasa dan saya okay sahaja untuk menjawabnya. Lagipun, jawapannya saya belum nak kahwin dan biar Allah tentukan.

"Bagi saya, perancangan Allah itu sangat terbaik dan saya ikut saja apa yang sudah diaturkan takdir hidup ini. Sesungguh-Nya Allah sangat mengetahui hamba-Nya dan teruskan bersujud serta berdoa kepada-Nya," katanya.



Ramlah yang sudah 36 tahun bergelar penyanyi dan masih aktif hingga kini berkata, dia gembira dapat bertahan hingga sekarang.

Ramadan lalu, Ramlah muncul dengan lagu raya terbaru berjudul Kemenangan. Lagu ciptaan Mohar dan lirik ditulis bersama oleh Ramlah itu bergenre irama tradisional Melayu.

Kali terakhir Ramlah merakamkan lagu raya pada 2012 berjudul Bila Aidilfitri Kembali. Untuk lagu itu, dia tampil berduet dengan Jay Jay. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 20-5-2021 09:28 AM
Suka dgn suara kak melah
Quote Thunderclouds 20-5-2021 09:48 AM
Moga k melah beroleh kebahgiaan dunia & akhirat. Suke dgr lagu2 akk nih
Quote awanysss 20-5-2021 10:57 AM
aku mati mati ingat dia tak penah kawen..
Quote ufc148 20-5-2021 11:38 AM
benda sheedap... mesti la nak kahwinkann{:hooray
Quote asamfish 20-5-2021 12:01 PM
Bagus jawapan kakMelah.  
Quote Boomibulat 20-5-2021 01:07 PM
Umur 56 belum tbuka hati nak kwin..nk tggu umur berapa..
Quote febreze 20-5-2021 02:05 PM
kak melah jnda kan..cerai hidupp ngn abg rtm klu x silap belum ada zuriat
Quote supermum 20-5-2021 02:09 PM
Kamal nama ex nya kalau tak silap.
Quote Imkhai 20-5-2021 02:21 PM
x ada zuriat ke dgn ex laki dulu?,moga ada jodoh nek melah ye,amin
Quote Nenolen 20-5-2021 02:28 PM
Moga berjodohan dgn org yg baik2...takut jugak dpt bewak...nnt abis duit kak ram dikikisnya...
Quote bondeh 20-5-2021 06:37 PM
Gambar tuh very de mendozahhh tapi cam mama sandha sikit2 pun ado. Jangan mareeeee{:run
Quote silampumeja 20-5-2021 07:33 PM
Dulu dia kawin pun dah agak lewat kan... Lama bertunang kan...Lama jugak 10 tahun tu.... Mudah mudahan Kak Melah bahagia walaupun sorang-sorang. Tetap dijaga Tuhan. Kalau happy sorang sorang whi not
Quote wirazam 20-5-2021 09:05 PM
Ex dia masih X kawin lain Kan..pe kata rujuk balik
Quote ImpianSeroja 20-5-2021 09:10 PM
Masa kecik2 dulu dah hafal lagu Ramlah Ram sbb pengaruh makcik iolls.Beliau peminat setia Ramlah Ram Semua kaset n Majalah ada Ramlah Ram semua dibelinya..hari2 pasang kaset Ramlah Ram sampai iolls ikut hafal lagu2
Quote little_sis 20-5-2021 09:20 PM
Positif je jawapan dia.. sejuk hati dgr.. moga kakmelah bahagia dunia akhirat, dan Allah beri yg terbaik utk dia dunia dan akhirat jugak
Quote GincuPurple 22-5-2021 01:03 PM
adoi bibior kak melah...
Quote TerataiMelur02 22-5-2021 01:20 PM
GincuPurple replied at 22-5-2021 01:03 PM
adoi bibior kak melah...

Dah macam bibir anak sedara dia jugak c dozah
Quote Lengkong 22-5-2021 09:25 PM
Sedih jugak baca..semoga kak ramlah sihat dan bahagia hingga akhir hayat.


Quote pavlovachoc 22-5-2021 11:17 PM
X sangka unur dia dh 56.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.120944 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top