CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Exco Johor Minta Netizen Berhenti Bertikam Lidah Isu Laksa

20-5-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11766| Komen: 145

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail meminta netizen bertenang daripada terus bertikam lidah mengenai isu cara penyediaan 'laksa'.

Katanya, pertelagahan itu dapat dielakkan sekiranya individu tertentu pada awalnya memberi pandangan secara baik dan tidak membuat perbandingan kurang sihat berkaitan cara penyediaan makanan tradisional itu.



Gambar hiasan/RASA

Ia berikutan perkongsian pendapat seorang wanita berkaitan bahan penyediaan makanan tradisional itu di laman sosial, baru-baru ini.

"Secara tradisi, penyediaan laksa memang berbeza di beberapa negeri dan misalnya di Johor, ikan tenggiri menjadi bahan utama dan saya yakin begitu juga dengan negeri lain, makanan itu disediakan mengikut citarasa dan memiliki keistimewaannya.

"Misalnya selain ikan tenggiri, saya pernah mencampur beberapa jenis ikan untuk direbus bagi menyediakan laksa untuk seisi keluarga dan hasilnya enak.


"Apa yang penting penyediaan makanan itu secara sihat dan bersih.



"Tidak salah wanita itu memberi pandangan tetapi ia seharusnya dikongsi secara baik dan tidak membuat perbandingan hingga mengguris dan menjejaskan sensitiviti netizen lain," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 20-5-2021 10:20 AM
Dah acik tu yg start dulu. Poyo benor.
Aku masak laksa johor pun guna ikan kembung/selayang je.
Janji kuah sedap
Quote bottombikini 20-5-2021 10:32 AM
sekolahkan dulu rakyat kau yg perasan bangsawan tu

makcik tu yg pencetus permasalahan negara
Quote ChildrenOfBodom 20-5-2021 10:38 AM
Are we heading for a civil war because of laksa?
Belek buku sejarah tgk timeline,  2021 perang al-aqsa di palestin....Sekali buka page seterusnya perang al-laksa di nusantara kingdom..busuk hanyiaq !!
Quote jfq 20-5-2021 10:40 AM
Skrang mana ada tikam lidah. Ni keyboard era
Quote mamajawie 20-5-2021 10:41 AM
penting sgat ke isu laksa ni???nampak sgat otak netizen da lembab cam mat sembab kat Kabinet tu
Quote FMKiller 20-5-2021 10:42 AM
jfq replied at 20-5-2021 10:40 AM
Skrang mana ada tikam lidah. Ni keyboard era

era tikam keyboard la gamaknya. sambil makan laksa.
Quote Cyempaka 20-5-2021 10:43 AM
P sound acik negeri kau dulu. Si siti rahmah ahmad tu. Dia la pencetus pergaduhan.. bkn sebab laksa sgt pun.. sbb mulut kurang ajar dia la org bertelagah.
Hinanya jd laki dia xreti jaga mulut bini
Quote hareeeesah 20-5-2021 10:45 AM
Terus buat aku rasa nak makan laksa johor, laksam, laksa utagha pasal kes ni..
Quote uori 20-5-2021 10:50 AM
ehhh ko nasihatkan rakyat negara ko tu dulu, dia yang mulakan semua nih. poyo dari setiap lapis dorang nih, dari atas sampai ke bawah
Quote alesandra 20-5-2021 10:52 AM
Harap our beloved cheminah sayang x mencapub dlm hal ni.ke dia dah mencapub?
Quote Decaffeinated 20-5-2021 10:55 AM
Bodoh nya exco join. Dah takde kerja sangat ka?
Quote Nenolen 20-5-2021 10:57 AM
Allahu...benda2 mcm nie pun bertikam lidah...apa2 pun kaka mmg suka makan laksa mana2 negeri pun...laksa johor, laksa penang, laksa kedah, laksa perlis, laksam, laksa sarawak semua kaka telan...sedapppp
Quote Skuau 20-5-2021 10:57 AM
Edited by Skuau at 20-5-2021 11:01 AM

tetiba...isu ni mencetuskan  idea nak try laksa setiap negeri....di situ pulok....sisi 'BAIKNYA'.Moh...buek kempen make laksa(setiap nogori kek Msia ni).
Quote fofuler 20-5-2021 11:07 AM
JDT dan perangai above all berpisah tedaa. Ala laksa je pun nak gaduh, bazir masa je.
Quote prettyuglybabe 20-5-2021 11:08 AM
acik tu ingat dia dalam group riak apa hari ni kot..
sekali silap..
rupanya group masak apa hari ni
tapi bukan ke ikan parang banyak tulang pastu tulang pun halus..
gigihnya nak asing tulang buat kuah laksa..

Quote MissYouSayang 20-5-2021 11:15 AM
dasar acik laksa bimbo israhell !!
Quote makneng 20-5-2021 11:16 AM
Hadoiii lahhh semak isu laksa ni x habis2.
Quote renko 20-5-2021 11:20 AM
ye masing2 da jadi indon
memekak pasal makanan
hahahahahaha
Quote exclusive_vvip 20-5-2021 11:24 AM
fofuler replied at 20-5-2021 11:07 AM
JDT dan perangai above all berpisah tedaa. Ala laksa je pun nak gaduh, bazir masa je.

tu lah tu..i kekadang x faham kenapa diorg perangai camni..mmg la bukan semua,tapi macam majoriti je yg i jumpa..hihi..pdahal asal kampung juga..i tringat dulu, mak hanis zalikha dok perlekeh suami sendiri n ipar (sbb bapak hanis ni org utara,so mak dia mcm fefeeling better la)..sekali tu ada mak si hanis ni upload gambar umah kat kampung, lorhhhh umah kayu je pun..dia punya eksyen tu mcm dok mansion ala2 kartel dadah mexico je..choiiii..tapi bukan mak hanis ni je, yg I kenal personally pun ada mcm ni..umah kat johor tu umah biasa2 je, tapi dia punya eksyen dok compare life dengan org2 negeri lain, mcm hape je..part makan ikan pun nak berlagak (spesis2 acik rahmah ni jua la)..mcm la org negeri lain x mampu makan ikan laut..hihi

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.073466 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top