CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Curang Dengan Mak Mentua Sendiri, Kenapa Isteri Bertahan Guna Alasan Anak?

20-5-2021 01:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6709| Komen: 17|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Jika suami curang dengan perempuan lain, saya boleh cerita dengan kawan, tapi yang ni dengan ibu kandung saya sendiri."

Jika kes suami atau isteri curang dengan ipar duai biasa kita dengari, namun pernahkah anda mendengar suami yang curang dengan ibu mertua sendiri?

Suami yang ditatang bagaikan minyak yang penuh mencurangi isterinya hanya kerana angau dengan ibu mertua. Lebih dasyat mereka pernah terlanjur hingga terpaksa mengugurkan anak.

Biarpun ia kelihatan menjijikkan namun ianya sedang membarah dalam masyarakat kita. Bersama aktivis tersohor, Syed Azmi, wanita ini meluahkan isi hatinya dan cuba mencari penyelesaian.




Cerita yang berlaku sejak tujuh tahun lalu telah mengoyakkan hati si isteri, namun kerana suami dan ibunya memohon maaf dan berjanji tidak melakukannya lagi membuatkan wanita ini terus setia.

Bagaimanapun, terbaharu mereka ditangkap saling berbalas mesej cinta. Hal ini membuatkan si isteri kembali gundah dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.


Foto :FB

Wanita ini bertahan hanya kerana anak dan memikirkan keluarga mereka sendiri. Walaupun pada awalnya, Syed Azmi memberi cadangan cerai, lari dan berdikari, namun wanita ini juga boleh mempertimbangkan untuk berpisah dan tinggal jauh untuk berfikir.

Mungkin suami akan memujuk dan cuma memberitahu ianya sekadar bermesej dengan mertua sahaja, namun ianya perlu dilakukan demi masa depan.


"Untuk anak-anak takda masalah sebenarnya, sekarang masalah pada Puan sebenarnya."

Netizen turut memberi pandangan masing-masing.





Foto : FB

Foto : Dep photo

Jadi, apa pendapat anda pula? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 20-5-2021 01:36 PM
Hikmah covid kan,semua belang manusia kita boleh nampak..umo 50 pn masih boleh preggy ek..x menopos lg yee..jijik sgt manusia mcm ni..tuntut laa fasakh tu,dah terang2 laki xguna n mak sendiri pn xguna..semoga dpt pembalasan kt dua ekor penzina nih..
Quote Ferr_Remy 20-5-2021 01:37 PM
Klu ikut standard pprt Meleis, ibu camni still kena respect walau acaner pun sbb syurga still bawah tapak kaki die. Kih3
Quote supermum 20-5-2021 02:29 PM
salmon-suki replied at 20-5-2021 01:36 PM
Hikmah covid kan,semua belang manusia kita boleh nampak..umo 50 pn masih boleh preggy ek..x menopos  ...

Ni berlarutan selama 7 tahun so mak mentua masa tu dalam 40s. Sib baik gugur.
Quote salmon-suki 20-5-2021 02:41 PM
supermum replied at 20-5-2021 02:29 PM
Ni berlarutan selama 7 tahun so mak mentua masa tu dalam 40s. Sib baik gugur.

7thn...hmmm..ape nak jd laa...semoga kita dijauhkn drpd perangai mcm ni..xde apa2 tindakan ke ek?setakat cerai jah tp betina tu terlepas,japgi still elok berzina...y jantan plak mmg bt naya kt bini..ke bini y sustain hidup dorg sbb tu xnk lepaskn bini?semoga bini dia tu mtk fasakh je..putuskn hubungn terus dgn org2 mcm ni
Quote MsKathryn 20-5-2021 02:50 PM
Eeeeeuuuuuuwwwwww jijiknya...
Quote dua_chzy 20-5-2021 03:11 PM
Ingatkan berita kokesen mabuk tadi.
Quote hareeeesah 20-5-2021 04:06 PM
Sanggup pulak tu tahan sebab anak, tp lepas tu ada anak lagi aduhai... mak dia ni macam mana gayanya nak jugak aku tengok maka laki dia selera betul
Quote addved 20-5-2021 04:32 PM
Ni kira bersubahat sekali la sebab ayahnya masih ada. Entah la susah nak  cakap tapi kalau jadi kat aku, memang aku angkat kaki la, mungkin boleh maafkan ibu tapi tak akan jumpa dah,kalau jumpa pon setakat kasi tengok cucu je. Tapi tu la, berapa berat mata memandang, berat jugalah bahu memikul. Semoga dapat jalan penyelesaian.
Quote Artemesiaa 20-5-2021 04:55 PM
Realiti yang jarang diketahui ramai
Quote Paiya 20-5-2021 07:40 PM
bukan  kelihatan jijik, memang menjijikkan pun
Quote Adrif 20-5-2021 08:40 PM
hina nya manusia macam ni

jangan guna anak-anak sebagai alasan
hidup anak-anak tu dah musnah di saat mereka berzina
pisah je la.

one day, anak-anak akan  tau.
curang dan zina ni, macam mana mak bapak sorok pun, anak-anak akan tau.
saat tu, dia hilang hormat totally kat mak bapaknya. sampai bila-bila.

dah banyak kes macam ni
seumur hidup musnah kerana nafsu sementara
Quote sidewinder 21-5-2021 09:59 AM
sedap lagi ke lubang yg dah umo 50 ? ada air lagi ke ? confem pakai susuk ni kasi sedap tu yg tak leh lupa
Quote niena90 21-5-2021 04:01 PM
OMG!! Jijiknya share 'barang' yg sama dgn mak sendiri. Suami n mak ko tu mmg keji
Quote sarahmirza 22-5-2021 08:57 PM
Kesiannya perempuan...
Suami dah terang2 curang sampai berzina pun masih nak minta cerai dari suami..
Nak salahkan syllabus pendidikan agama islam sekolah ke tak sampaikan ilmu munakahat sebaiknya?

Suami curang berzina biawak bawa beban ....isteri boleh ceraikan suami dengan cara Fasakh...
Bukan merayu2 kat suami minta diceraikan...

I salahkan ustaz2 ....
Mungkin ini salah satu agenda depa demi menyelamatkan rumahtangga pasangan Islam..

Quote jas7512 23-5-2021 11:16 AM
To that wife..tlg kuar dari perkahwinan yg toksik ni..tintut fasakh...alasan berzina tu.alasan yg sgt kukuh utk tuntut fasakh...if possible carilah tempat baru yg jauh dr ibu dan ex suami..bina hidup baru...anak2 lg x bahagia klu tahu suami u curang dan dgn mertua sendiri pula tu
Quote ciklahcuteII 26-5-2021 01:21 PM
Edited by ciklahcuteII at 26-5-2021 01:23 PM

mintak fasakh je.. kesian kan diri sdri dan anak2 tu dulu..
jgn hidup dlm kepura puraan.. anda x akan bahagia..
buatlah suatu yg terbaik krn Allah.. jgn ragu..

mgkin anda akan dpt yg terbaik sbgai ganti..
Quote anony-mous 26-5-2021 02:44 PM
Cerita hasanah ke ni?? Klau sekali tau pon aku mmg putuskan semua hubungan ni smpai 7 thn

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.048899 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top