CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditikam Sebab Terpijak Kepala Ketika Tidur

20-5-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3043| Komen: 16

Kota Bharu: Akibat terpijak kepala ketika sedang tidur, seorang penjaga ayam naik angin sebelum menikam seorang lelaki sehingga mati di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas, di sini, malam tadi.


Kejadian pada 11.46 malam itu suspek warga Thailand dikenali sebagai Man Siam, yang melarikan diri selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa berusia 38 tahun bersama bapa sepupunya pergi ke rumah seorang ahli keluarga mereka di lokasi kejadian.

Man Siam, Foto: Harian Metro

Beliau berkata, suspek berusia 20-an tinggal di reban ayam di belakang rumah kerana bekerja sebagai penjaga ayam ternakan milik ahli keluarga mereka itu sejak awal tahun ini.


"Apabila tiba di rumah ahli keluarga, mangsa yang mengenali suspek pergi ke reban ayam di belakang rumah untuk mencarinya.

"Tidak lama kemudian, suspek datang ke rumah dan memberitahu dua lelaki terbabit bahawa dia sudah menikam mangsa menggunakan pisau atau golok kecil bersarung," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat mengesan Man Siam yang melarikan diri dan meminta kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana bunuh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 20-5-2021 12:37 PM
Man siam tapi muka bangla
Quote Ferr_Remy 20-5-2021 12:46 PM
Kurex: Man siam tapi muka bangla

Siam mmg kulit gelap2 mcm Bangla, Malay smua
Quote NataliaLuiz 20-5-2021 12:48 PM
Tak sengaja je kot..Padah ikut amarah.
Quote Cece1234 20-5-2021 12:55 PM
Msti mmg jenis baran sgt ni..
Quote salmon-suki 20-5-2021 12:57 PM
Khap khun khaaa sawadikhaaaaa...serah diri jelaa,lari buat apeee
Quote ImpianSeroja 20-5-2021 12:58 PM
Baran nya kooo
Quote kucim 20-5-2021 01:36 PM
Dia memang dah dendam lama dgn tuan ayam sebab x bagi tempat tido yg selesa..ni bergelumang dlm reban..gelap pulak tu...

Org siam ni memang extreme esp lelaki..
Ada kwn pakcik i pun kena tembak di kepala mulut leher oleh org siam sebab kes dia x bayar hutang..sama2 meniaga beras siam laa..
Terkeluar otak kwn pakcik i tu..mati terus di tepi jalan..dorg senjata tak salah..boleh simpan pistol

Quote Trumpettt 20-5-2021 01:42 PM
Takziah...Org thailand gitu lah kalau samseng...man siam confirm masuk ke golok nun...
Quote JunkMail 20-5-2021 01:44 PM
Macam2 kes org pata timo ni lah... Juara segala juara
Quote Modngengade 20-5-2021 02:03 PM
  @famri7  senyum sinis sambil sumbat lokching dlm mulut
Quote dani-rox 20-5-2021 06:21 PM
muka suspek mcm mamat penyanyi kump. 1975 yg acah2 hot tuh
Quote wirazam 20-5-2021 08:57 PM
Cece1234 replied at 20-5-2021 12:55 PM
Msti mmg jenis baran sgt ni..

Mangsa terpijak kepala apa tu..kepala olutut ke....kepala manusia Tu besar lar jugak..takkan tak nampak..
Quote supernaturalee 20-5-2021 09:24 PM
wirazam replied at 20-5-2021 08:57 PM
Mangsa terpijak kepala apa tu..kepala olutut ke....kepala manusia Tu besar lar jugak..takkan tak n ...

Kepala tut kot
Senak gamaknya


Ish2

Quote kelapaparut 20-5-2021 09:40 PM
dahla kne tido kat reban ayam, pastu ko pijak kepala die..xleh nak salahkan man siam, man lobai bersorban pun boleh meloncat tikam org jugak
Quote mikasa 20-5-2021 11:25 PM
Rabun ker sampai tak nampak kepala org. Setakat terpijak takda mamat tu angin gila. Ni mcm kes sepak kepala sebb mamat tu tido
Quote b_n_c 20-5-2021 11:29 PM
mikasa replied at 20-5-2021 11:25 PM
Rabun ker sampai tak nampak kepala org. Setakat terpijak takda mamat tu angin gila. Ni mcm kes sepak ...

aku rasa mcm tu jgk, mgkin saspek adalah mangsa buli dan dilayan seperti hamba abdi...

aku speku aje ye semua jgn kecam aku..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060562 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top