Sana sini semua bercerita mengenai pelanggaran SOP melibatkan selebriti terkenal tanah air, Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz. Dek kerana isu panas ini masih berulang dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen, satu petisyen telah diwujudkan di media sosial supaya Neelofa diberi hukuman lebih keras iaitu hukuman penjara atas kesalahan berulang yang dilakukan. Setakat ini sebanyak 32 ribu sokongan terhadap petisyen itu sejak dilancarkan. Namun, sudah pasti bukan semua orang menyokong petisyen itu. Memetik HotFM, Mawar Rashid adalah antara selebriti yang membela Neelofa agar tidak dipenjarakan. Melalui komen Mawar disalah sebuah portal hiburan tempatan, dia melahirkan rasa simpati terhadap Neelofa dan berharap semua ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Walau bagaimanapun, komen tersebut kemudiannya telah dipadam mungkin kerana dikecam namun sempat ditangkap layar oleh netizen. Apapun, mungkin komen simpati Mawar ini atas dasar sebagai seorang rakan yang mana berharap kesalahan yang dilakukan rakannya, Neelofa, dapat diselesaikan dengan cara baik. Ya lah, kawan mana sanggup tengok kawan sendiri dipenjarakan. Kalau boleh mestilah kita harap dapat diselesaikan dengan cara baik kan. Namun, salah tetap salah dan hukuman perlu diberikan kepada sesiapa sahaja yang ingkar arahan dan disahkan bersalah. Jika tidak, akan lebih ramai yang mempersoalkan dimana letaknya keadilan dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan melanggar SOP! |
SelakLangsir replied at 20-5-2021 07:03 PM
MR ni agak bodoh skit. Sel2 otak dia kurang bersambung. Apa la kena mengena langgar SOP dgn sokong P ...
liton replied at 20-5-2021 07:14 PM
dia ni mmg benak dari dulu....
liton replied at 20-5-2021 07:14 PM
dia ni mmg benak dari dulu....
ADVERTISEMENT