CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Saman Mak Sendiri Gara-Gara Jual Tanah Pusaka Untuk Daftar Haji

21-5-2021 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4278| Komen: 33

LOMBOK: Gara-gara tanah seluas lima hektar bernilai 260 juta rupiah (RM75,000), seorang anak tergamak menyaman ibunya sendiri akibat tidak berpuas hati. 

Lapor Kompas.com, Yusriadi, 45, memfailkan saman terhadap Senah, 70, berhubung tanah pusaka ayahnya yang dijual tanpa pengetahuannya.   

Menurut Senah, anaknya bersikap dingin terhadapnya dan sanggup tidak menziarahinya ketika hari raya walaupun rumah mereka hanya berjarak dua meter di Kampung Lendang Are. 

Kredit foto: Kompas.com


Namun, Senah berkata, tanah yang dijual itu sememangnya bukan milik anak-anaknya tetapi untuk kegunaan pendaftaran haji. 

Menurut Senah, anak-anaknya sebelum ini menerima bahagian masing-masing apabila satu lagi tanah sawah tanah sawah seluas 12 hektar milik suaminya sudah dijual dan hasilnya dibahagikan kepada mereka. 



Kredit foto: Kompas.com


Sementara itu, Yusriadi tetap dengan pendirian untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap ibunya dan sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. 

Jelasnya, dia tidak pernah diajak berbincang mengenai penjualan tanah sedangkan dirinya merupakan anak lelaki sulung.

Katanya, dia hanya meminta hak sebanyak 0.80 hektar daripada penjualan tanah bernilai 260 juta itu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 21-5-2021 08:43 AM
Anak tak guna..kecik2 x nak mam..
Quote Gianna111 21-5-2021 08:51 AM
i dah titipkan dalam diri i.i tak nak merajuk atau jauh hati bila parents i tak bagi harta pun kat i.i tak kan memberontak jika mak i tak beri harta pusaka kat nama i.
Quote rosmahisham 21-5-2021 08:51 AM
Edited by rosmahisham at 21-5-2021 09:25 AM

5 hektar baru 75k duit kita..kat malaysia cuma dpt lot lidi je.
Quote Ciktiekus 21-5-2021 08:52 AM
Banyak tanah bapak nye
Quote orgsepang 21-5-2021 09:05 AM
rosmahisham replied at 21-5-2021 08:51 AM
5 hektar baru 75k duit kita..kat malaysia cuma lot lidi je.

Kan, akak pun macam tak percaya mula2 baca tadi.
Quote scorpionkiki 21-5-2021 09:20 AM
I bg adil harta2 i kat anak. I list down dan i bg depa buat cabutan. Sapa2 dapat tanah or property mana2 tu nasib dialah. Reta i semua cari sendiri jd tak ada sapa2 nak complain apa2. Last sekali kita mati bawak kain kapan dan amal ibadat saja. Wang ringhit tak ada guna dah
Quote rosmahisham 21-5-2021 09:24 AM
orgsepang replied at 21-5-2021 09:05 AM
Kan, akak pun macam tak percaya mula2 baca tadi.

Murahkan..mmg kaya yg keje kat Mesia bwk duit balik indon..kat sini boleh jd sub con contractor lg..kat kg derang ni dh jd jotawan la.
Quote jas7512 21-5-2021 09:32 AM
Fuuh..nasib baiklah adik bradik i seme setuju wakafkan shj harta my parent yg tidaklah byk mana...saham utk akhirat mrk....rumah pusala pun bg kat adik bradik yg plg kurang pendapatan...so far so good..hrp2 berkekalan mcm ni sampai hjg nyawa but the credit goes to my eldest sister yg jd prnggeraknya...back to this story...mak tu jual tanah utk gi haji kot..bkn berjoli..dahlah kau x sumbamg apa3 tapi nak duit mak...x malu...anak lelaki sulong ...carilah harta senfiri...kdg2 bila baca berita2 mcm ni buat i fikir gol lelaki pun lg byk masuk neraka klu x tobat
Quote notM 21-5-2021 09:35 AM
Lebih kurang Melayu....jual tanah untuk naik haji...Pandai bisnes tanah je
Quote Artemesiaa 21-5-2021 09:46 AM
Bukan kat sana je ada kes macam ni kat tanahair pun apa kurangnya ada je kes yang lebih kurang sama beza ada masuk berita media massa ke tidak je.
Quote Artemesiaa 21-5-2021 09:53 AM
rosmahisham replied at 21-5-2021 09:24 AM
Murahkan..mmg kaya yg keje kat Mesia bwk duit balik indon..kat sini boleh jd sub con contractor lg ...

Betul tu kat sini buat kerja kontrak, repair kasut, pembantu rumah atau kedai.  Kat sana dah mampu beli tanah, buat rumah banglow, beli teksi/beca/motor cash, bukak kedai IT kedai emas etc.  Habis dah cukup simpanan balik kampung bukak pulak service supir sebab dah biasa culture disini senang bawak pelancong Malaysia tak ada masaalah nak komunikasi nak bawak gi makan ikut selera sini.
Quote cambaik 21-5-2021 09:53 AM
notM replied at 21-5-2021 09:35 AM
Lebih kurang Melayu....jual tanah untuk naik haji...Pandai bisnes tanah je

Kita orang
dah ada Tabung Haji
tak perlu nak jual tanah

Tak macam bugis Indon
tak laku di bumi sendiri
terpaksa menumpang
forum melayu
untuk memperbodohkan diri

"ahak"

Quote Belibis 21-5-2021 12:28 PM
Dah nama harta pusaka..selayaknya kena faraid dulu.dapat bahagian masing2,nak jual,nak makan,nak buang tepi baru takde sape kisah.
Quote prettyuglybabe 21-5-2021 12:31 PM
jenis anak tak menyumbang satu sen tapi duit mak bapak pulak dikebas..
Quote ImpianSeroja 21-5-2021 12:38 PM
Duhai Anak..carilah duit sendiri..jgn lagi menyusahkan ibumu yang sedari kecil berkorban seluruh hidupnya untuk seorang yang bergelar anak.
Hari tua nya sepatutnya dijaga oleh kamu sepenuh kasih sayang bukannya menghabis kan harta nya demi kepentingan kamu.
Quote zehra2 21-5-2021 12:49 PM
susah ler payah hidup mak dengan arwah dapat tanah byk mcm tu.. tetiba anak senang2 je nak claim

Quote notM 21-5-2021 04:13 PM
cambaik replied at 21-5-2021 09:53 AM
Kita orangdah ada Tabung Hajitak perlu nak jual tanah
Tak macam bugis Indontak laku di bumi sendi ...

Nasib baik ada Tabung Haji...kalau tak sebiji macam Indon...saling x tumpah
Quote cyber_mania 21-5-2021 04:18 PM
Lapor Kompas.com, Yusriadi, 45, memfailkan saman terhadap Senah, 70, berhubung tanah pusaka ayahnya yang dijual tanpa pengetahuannya.   


Menurut Senah, anak-anaknya sebelum ini menerima bahagian masing-masing apabila satu lagi tanah sawah tanah sawah seluas 12 hektar milik suaminya sudah dijual dan hasilnya dibahagikan kepada mereka.

Ala anak pun. Mak dah kata nak jual yg itu utk pegi Haji. Ntah. Anak dia xpercaya kat Mak dia la tu
Quote sukacactus 21-5-2021 04:41 PM
Ntah la
Aku xmengharapkan apa2 dr reta parents aku
Nak apa aku cari sdr

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055519 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top