CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil Lari PKPD Untuk Beraya, Sebar Covid-19 Di Kepulauan Tumpat

21-5-2021 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9613| Komen: 98

TUMPAT - Tindakan seorang wanita berusia 30-an dan didakwa sedang mengandung 'melarikan diri' dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bunut Susu untuk menyambut Aidilfitri membawa padah.


Ini kerana wanita tersebut disahkan positif Covid-19 dan sikap tidak bertanggungjawabnya meraikan Aidilfitri dengan melakukan kunjung mengunjung menyebabkan virus tersebut menular dalam kalangan penduduk Kepulauan Tumpat.

Penduduk kampung hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Kepulauan Tumpat untuk menjalani ujian saringan, Kredit foto: Sinar Harian

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sebanyak 22 kes positif Covid-19 direkodkan setakat Khamis hasil daripada 80 ujian saringan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Ia melibatkan empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna (11 kes), Pantai Haji Nik Mat (6), Pulau Beluru (4), dan Pulau Suri (1).

"Kami juga mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar positif direkodkan ialah 27.5 peratus," katanya.

Menurutnya, PKPD akan dilaksanakan di Kepulauan Tumpat melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri bermula dari 22 Mei hingga 4 Jun. -CARI

Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 21-5-2021 02:43 PM
pkpd pastu dia boleh lepas ? xpahammm
Quote laksmanabentan 21-5-2021 02:46 PM
airmineral replied at 21-5-2021 02:43 PM
pkpd pastu dia boleh lepas ? xpahammm

lewat jalan tikus la tuh...

Quote KIM.K 21-5-2021 02:47 PM
airmineral replied at 21-5-2021 02:43 PM
pkpd pastu dia boleh lepas ? xpahammm

Dari klinik checkup terus balik kampong kot
Quote hotmak 21-5-2021 02:47 PM
pkpd kan ada yg mengawal kawasan, ke dia cabut lari masa umum tu

tak faham lah arahan simple pun taknak ikut, jgn berziarah jgn berziarah, sebab bila berziarah confirm bukak mask makan minum apa semua, tu yg cepat merebak, kalau tak susahkan org lain takpe, ini satu kg kena swab
Quote renko 21-5-2021 02:49 PM
toksah beranak la lain kali babik ni
Quote buapakperut 21-5-2021 02:56 PM
adui selfish gilak degil bodoh
Quote nazzse 21-5-2021 02:58 PM
Ni kawasan pulau. Theyols lari naik bot bukan ikut jeti lah ni. Turun ikut depan rumah. Polis/askar jaga kawasan jeti je kot.
Quote syamzana 21-5-2021 03:01 PM
pregnant pun buat hal. bengap sungguh ye sesetgh org nak patuh arahan.
Quote krustykrab 21-5-2021 03:03 PM
nazzse replied at 21-5-2021 02:58 PM
Ni kawasan pulau. Theyols lari naik bot bukan ikut jeti lah ni. Turun ikut depan rumah. Polis/askar  ...

Ni mcm dlm citer nangnak tu la kot ek? Depan rumah ada bot kalau nk gi mana2..
Quote taji2906 21-5-2021 03:04 PM
orang kelantan panggil jenis babei (degil)
aku mula2 dengar terus ckp.. haah memang perangai babi degil nak mampos org sana.
rupanya babei. over plak aku. hahaha
Quote krustykrab 21-5-2021 03:04 PM
Kesian baby dpt mak bodoh
Quote helicornia 21-5-2021 03:05 PM
dah tua pun bodoh
Quote HoneyManjer 21-5-2021 03:15 PM
Ko da kenapa hawauuuuuuuu{:yameteh
Quote makadek 21-5-2021 03:17 PM
Gilo palor
Quote makadek 21-5-2021 03:17 PM
Gilo palor
Quote orion_pax 21-5-2021 03:17 PM
Aku berharap moga anak kamu tak akan menjadi sebodoh kamu..
Quote nazzse 21-5-2021 03:28 PM
taji2906 replied at 21-5-2021 07:04 AM
orang kelantan panggil jenis babei (degil)
aku mula2 dengar terus ckp.. haah memang perangai babi d ...

Babil bukan babei uols
Quote sakurahati 21-5-2021 03:30 PM
Biasalah sesetengah org kg ni mana berfikiran terbuka sgt bab2 covid ni..kalau tak balik beraya takut dicerca dan dipulau oleh MIL or inlaws.
Quote nazzse 21-5-2021 03:30 PM
krustykrab replied at 21-5-2021 07:03 AM
Ni mcm dlm citer nangnak tu la kot ek? Depan rumah ada bot kalau nk gi mana2..

Sama, access ke pekan bot je la. Dok dlm tu pakai basikal or motor. Pulau pun cetek jah, selalu banjir plak tu

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050078 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top