CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut, Kereta Meletup Dipercayai Akibat Mercun Bola

22-5-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26558| Komen: 274

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut dalam keadaan tragik dengan anggota badan hancur selepas kenderaan yang dipandunya meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, di sini petang tadi, dipercayai akibat membawa mercun bola.


Dalam kejadian itu jam 5.30 petang, mangsa yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback turut tercampak 20 meter dari lokasi kejadian selain kenderaannya terputus dua.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata susulan kejadian itu lima lagi kenderaan yang berada di lokasi kejadian turut terbakar.

Foto: Harian Metro

"Selain mangsa yang maut, empat mangsa lain yang cedera akibat letupan itu turut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan letupan terbabit berpunca akibat kenderaan itu membawa mercun bola.


"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan dan identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti. Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kelantan, Mohd Wildan Azhari pula berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.34 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan BBP Tunjong bergegas ke lokasi kejadian dan didapati sebuah kereta sedang terbakar.

"Ketika kejadian terdapat lima lagi kenderaan lain di lokasi berhampiran yang turut rosak," katanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Mohd Khairul Anwar Mohd Zin, 42, berkata dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti bom, namun sebaik berlari keluar dari restoran dia melihat beberapa kereta 'berselerakan' dengan sebuah daripadanya sedang terbakar.

Katanya, dia yang berada di dapur restoran miliknya yang hanya berjarak 40 meter dari lokasi kejadian terus bergegas keluar dan terkedu melihat apa yang berlaku selain keadaan sedikit huru hara dengan orang ramai yang berlari menyelamatkan diri.

"Saya terdengar suara meminta tolong daripada beberapa mangsa lain yang terselamat, malah ada yang gigih berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berdarah. Kami cuba untuk membantu namun keadaan agak teruk sehinggalah pihak bomba datang dan memberitahu bahawa seorang lelaki maut yang mana keadaan jasadnya yang tragik.

"Lebih mengejutkan apabila jasad mangsa rupa-rupanya tercampak ke dinding restoran saya, mungkin kerana kesan letupan yang kuat," katanya ketika ditemui di restoran miliknya berdekatan lokasi kejadian.

Mohd Khairul berkata, sejak 27 tahun saya berniaga di lokasi berkenaan, itu adalah kejadian paling buruk yang pernah berlaku.

"Selain itu, restoran saya turut mengalami kerugian ribuan ringgit susulan siling dan cermin pecah selain kedai runcit milik adik saya juga menerima kesan yang sama. Tragedi berdarah ini tidak akan saya lupakan tambahan pula ia berlaku di depan mata, dan saya berharap agar keluarga mangsa tabah dengan ujian ini," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 21-5-2021 07:30 PM
Ni mercun ke bom?
Quote sharlenetexas 21-5-2021 07:30 PM
Petang tadi memang ada bunyi petir kuat mcm benda meletup.
Quote piao 21-5-2021 07:32 PM
dah ada la topik ni..... nti merge
Quote famri7 21-5-2021 07:34 PM
Ummah serambie ditimpa bala persisi ghazzah?? Mesti tersenyum manis sebab rasa mcm sekufu dah
Quote bakingsoda 21-5-2021 07:35 PM
td sampai bergegar rumah aku, ingatkan guruh berdentum je rupanya letupan. bila tau pasal letupan ni menggigil rasa sbb jln tu mmg laluan rutin family aku. ayah aku pon mmg gi masjid tepi tu.
Quote cicicumel 21-5-2021 07:38 PM
piao replied at 21-5-2021 07:32 PM
dah ada la topik ni..... nti merge

Hang lambert 7.26pm aku 7.23pm
Quote cicicumel 21-5-2021 07:40 PM
Firenzza replied at 21-5-2021 07:30 PM
Ni mercun ke bom?

Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So bila kena panahan petir haruslah effect nya dh macam bom...
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2021 07:41 PM
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo
Quote kimsa-ra 21-5-2021 07:49 PM
Bnyk mercun smpi hancur badan
Quote Firenzza 21-5-2021 07:50 PM
cicicumel replied at 21-5-2021 07:40 PM
Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So b ...

Ohh!...make sense....iols ingatkan ada budak2 campak mercun bola bawah keta
Quote mamasaffiya 21-5-2021 07:52 PM
cicicumel replied at 21-5-2021 07:40 PM
Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So b ...

Xde keje betul.
Baru ambik dari siam ke
Quote exclusive_vvip 21-5-2021 07:54 PM
scary nya..x sangka plak bleh jadi gini..sebab selama ni dok dengar, kalu kete kene petir, still selamat..sbb tayar getah ke apa tah..ni ada kes meninggal, terus jadi paranoid..seriaunya la
Quote noor2 21-5-2021 07:56 PM
Honda ke tu...ya Allah kenapa bawa mercun dlm kereta...
Quote cicicumel 21-5-2021 08:09 PM
noor2 replied at 21-5-2021 07:56 PM
Honda ke tu...ya Allah kenapa bawa mercun dlm kereta...

Video live tadi.. Katanye tauke mercun..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219512291383907&id=1412743387
Quote ctaz 21-5-2021 08:13 PM
ni stok mercun utk raya haji ke....
Quote noor2 21-5-2021 08:15 PM
cicicumel replied at 21-5-2021 08:09 PM
Video live tadi.. Katanye tauke mercun..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1021951229 ...

Tq cik cici...akak mmg benci orang yg main mercun dan jual mercun ni....tah budaya mana depa ikut....
Quote ultra78 21-5-2021 08:18 PM
Dibom Israel ke?
Quote sapeka 21-5-2021 08:24 PM
Kenapa perlu msin mercun?
Dah la bising
Ganggu ketenteraman
Quote kimsa-ra 21-5-2021 08:29 PM
exclusive_vvip replied at 21-5-2021 07:54 PM
scary nya..x sangka plak bleh jadi gini..sebab selama ni dok dengar, kalu kete kene petir, still sel ...

Ada andaian takut kereta tu kereta potong.

Lihat semua komen(274)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.292632 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top