CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Arab Saudi gagalkan individu serang imam di Masjidil Haram

23-5-2021 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3321| Komen: 14



JEDDAH: Seorang pegawai keselamatan Arab Saudi disambut seperti 'wira' selepas berjaya menggagalkan serangan seorang lelaki yang menggunakan tongkat ketika cuba menyerang imam di Masjidil Haram di Makkah.

Adegan dramatik serangan di satu daripada tempat suci di Arab Saudi itu turut tersiar secara langsung di televisyen pada Jumaat lalu.

Polis yang menyiasat insiden itu kemudian mendedahkan penyerang itu mengaku sebagai 'bakal Imam Mahdi'.

Pegawai keselamatan, Mohammed Al-Zahrani memintas lelaki berkenaan dan menolaknya keluar ketika dia cuba menyerang imam.

Penyerang itu kemudian dikeluarkan daripada masjid dengan bantuan pegawai lain.

Al-Zahrani dipuji sebagai 'wira' dan penghargaan diberi oleh rakyat negara itu selepas video tindakannya itu tersebar di media sosial.

Berpakaian ihram, penyerang terbabit seperti dilihat di rakaman televisyen secara terburu-buru berlari menuju di mimbar ketika Sheikh Bandar Baleelah, seorang daripada imam masjid, menyampaikan khutbah Jumaat.

Dia kemudian ditahan oleh pegawai keselamatan susulan tindakan oleh Al-Zahrani yang menghalangnya, kata jurucakap polis Makkah.

Syeikh Baleelah meneruskan khutbahnya biarpun berlaku insiden itu.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki itu adalah warganegara Arab Saudi berusia 40 tahun, menurut akhbar Al-Watan.

Pada Mac lalu, seorang lelaki memegang pisau bertindak berjalan di antara saf jemaah dengan melaungkan slogan ekstremis.

Dia kemudian dipukul dengan kerusi oleh jemaah haji dan pegawai keselamatan bagi menghentikan tindakannya. - Agensi



Sumber : Berita Harian

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 23-5-2021 03:10 PM
gila xkawal protect imam, silap2 kena pancung kepala
Quote scorpionkiki 23-5-2021 03:19 PM
Dah tu kerja dia...kalau tukang cuci yg tlg selamatkan khatib, mmg mengejutkanlah
Quote azurro 23-5-2021 05:27 PM
Entah kenapa aku sikit pn tak rasa simpati lgsung, sebabnya kerajaan arab saudi ni, adalah talibarut amerika.. Suara mereka tak kdengaran lgsg ketika plestin diserang, aku takut pemimpin arab ni dilaknat Allah. Ya mmg benar nasib yahudi nanti dah ditentukan, disebut dalam Alquran, tapi sesama islam tak rasa simpatikah wahai pak arab..
Quote ultra78 23-5-2021 05:41 PM
Tahniah. Tunggu kena pancung aje la..
Quote Carcosa 23-5-2021 06:46 PM
Fuhh cepat betul tindakan reflex dia.
Takde termangu2, tertoleh2, terblur2. Terus serang.
Well done abam arob
Quote umbut 23-5-2021 08:03 PM
Kat ig adam ada explain pasal nii..
Quote Cassieopeia 23-5-2021 09:45 PM
Uitt hr tu naik kete nak langgar pintu masjidil haram ni nk tikam imam plak
Quote NataliaLuiz 23-5-2021 09:47 PM
Seb baik ada polis jaga..
Quote NataliaLuiz 23-5-2021 09:48 PM
azurro: Entah kenapa aku sikit pn tak rasa simpati lgsung, sebabnya kerajaan arab saudi ni, adalah talibarut amerika.. Suara mereka tak kdengaran lgsg ketika  ...



Betul tu..nama je Arab Saudi tapi tak membantu mana pun. Setakat Jordan, Syria, Turki, Lubnan..
Quote Punat_button 23-5-2021 09:49 PM
nasib baik bukan kat Masjid Al Aqsa

kalau tak sambung perang

Quote Normabaru 24-5-2021 08:02 AM
azurro: Entah kenapa aku sikit pn tak rasa simpati lgsung, sebabnya kerajaan arab saudi ni, adalah talibarut amerika.. Suara mereka tak kdengaran lgsg ketika  ...



Dia punya support teruk tu smpi lgsg xbkutik.. Punyala wala' dgn sekutu... Walhal 1 dunia kecam kan huhu
Quote Simunggu 24-5-2021 08:21 AM
sekarang ramai org sudah gila lah...ini org gila punya kerja...
Quote drivethru 24-5-2021 08:47 AM
Seminggu aku kat mekah, sampai balik malaysia aku x tahu kat mana tempat imam.
Quote RinIna 24-5-2021 09:35 AM
azurro replied at 23-5-2021 05:27 PM
Entah kenapa aku sikit pn tak rasa simpati lgsung, sebabnya kerajaan arab saudi ni, adalah talibarut ...

Kan.. mengejar kekayaan je diorg ni. Hmm sedih.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041417 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top