Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Hulu Sungai Utara, Kalimantan Selatan dirogol 17 lelaki secara bergilir-gilir. Lapor Kompas.com, Ketua Polis daerah, Afri Darmawab berkata, salah seorang suspek merupakan teman lelaki remaja itu.
Katanya, seramai sembilan daripada 17 suspek berjaya diberkas oleh pihak polis di waktu dan tempat yang berbeza. Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 32 tahun dan saling mengenali antara satu sama lain. “Sembilan individu didapati merogol remaja itu, sementara, seorang lagi mengaku tidak melakukan jenayah tersebut. Kita masih menjalankan siasatan,” katanya. Menurut Afri, mangsa tidak dirogol di tempat dan waktu yang sama. “Sebelum dirogol, mangsa dipaksa meneguk minuman keras. Mangsa dirogol di lokasi yang berbeza sejak April hingga Mei lalu,” jelasnya.
Kes terbongkar selepas mangsa bersama keluarganya membuat laporan polis. Sumber: Utusan Malaysia
|
Afifi82: Jap..Dia kenal perogol and dirogol few times kat tempat berbeza. Kompius aku..
Punat_button: Mangsa dirogol di lokasi yang berbeza sejak April hingga Mei lalu17 x dalam masa 2 bulan. Perlu ka aku komen.
ADVERTISEMENT