Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama empat bulan kepada Tabung Covid-19 Pahang bagi membantu mereka yang memerlukan.
Perkara berkenaan dikongsikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman media sosial rasmi beliau hari ini, yang turut menjunjung kasih atas keprihatinan baginda terhadap rakyat Pahang. Kurniaan hari ini, dilakukan sehari selepas Tengku Hassanal berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan ke Tabung Pahang4Palestine bagi membantu penduduk di sana yang dizalimi rejim zionis Israel.
Selain itu, kurniaan kepada Tabung Covid-19 Pahang juga adalah kurniaan kali kedua oleh Tengku Hassanal yang sebelum ini berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama enam bulan ke tabung berkenaan pada 1 April tahun lalu. Tabung Covid-19 Pahang dilancarkan oleh kerajaan negeri pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 khusus untuk membantu rakyat negeri ini terkesan dengan pelaksanaan perintah berkenaan yang perlu dilakukan bagi memutuskan penularan wabak itu. Sumber: Harian Metro
|
orkid_amani replied at 24-5-2021 04:57 PM
Berapa yg monthly allowance royal PAHANG Bagi?
orkid_amani replied at 24-5-2021 04:57 PM
Berapa yg monthly allowance royal PAHANG Bagi?
salmon-suki replied at 24-5-2021 05:56 PM
Maaf ai nak tny,sbb mmg ai xtaw,knp ada dpt elaun diraja tu ek?
~boolean replied at 24-5-2021 06:13 PM
Umur 25 tahun aku turun naik bangunan bawa resume cari kerja halal..
lostnfaun replied at 24-5-2021 06:13 PM
Sebab negeri tue tanah jajahan dia...
salmon-suki replied at 24-5-2021 06:19 PM
Urmmm...tp kenapa,i.e sbb dia perintah negeri,sbb jawatan dia,ke sbb dia ape2?n semua y keturunan ...
salmon-suki replied at 24-5-2021 06:19 PM
Urmmm...tp kenapa,i.e sbb dia perintah negeri,sbb jawatan dia,ke sbb dia ape2?n semua y keturunan ...
lostnfaun replied at 24-5-2021 06:10 PM
Nie org share aritu...
xy_daen replied at 24-5-2021 06:46 PM
Serius la banyak tu je?
kakikuDibibirmu replied at 24-5-2021 06:29 PM
#dengkike
ADVERTISEMENT