Mexico City: Selepas memakan dan membunuh 30 wanita dalam tempoh 20 tahun, akhirnya seorang lelaki yang mengamalkan kanibalisme ditahan pihak berkuasa.
Andres Filomeno, 72, ditahan di perbandaran Atizapan de Zaragoza, 8 malam, Sabtu lalu. Berdasarkan laporan berita, Telediario, pihak berkuasa diarahkan ke rumah lelaki itu bagi menyiasat kehilangan seorang wanita sebelum menemukan mayat wanita yang dikerat di atas meja. Siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku menyembelih 30 wanita sejak 20 tahun lalu serta menyenaraikan nama mangsanya di sebuah buku nota. Filomeno juga mengaku mengamalkan kanibalisme dengan memakan bahagian mayat.
Pendakwa raya Dilcya Garcia berkata, pihak berkuasa menemui ruang bawah tanah dibina suspek dalam keadaan mengerikan yang mengandungi rangka manusia. "Buat masa ini, kami temui rangka lima mangsa dan sebuah buku nota yang tertera nama wanita berlainan," katanya dalam portal The Sun. Menurut polis, mereka hanya menemui lima rangka mangsa, serta belum menemui semua mayat lain yang didakwa dibunuh suspek. Polis turut menemui kad pengenalan diri dua wanita, Flor Nineveh dan Rubicela Gallegos Castillo, masing-masing dilaporkan hilang pada Oktober 2016 dan Julai 2019. Dilaporkan, suspek mempunyai perangai pelik iaitu tidak boleh menerima dengan sebarang penolakan daripada wanita muda dan cantik. Suspek kini ditahan Penjara Tlalnepantla atas tuduhan membunuh Reyna N yang mayatnya ditemui di kediaman lelaki itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
bloodyamuk replied at 25-5-2021 01:37 PM
macam mana dia perangkap mangsa2 dia ni? tak sabau nunggu dokumentari pasal ni...umur dah 72 tahun n ...
tipah89 replied at 25-5-2021 01:39 PM
kan? katanya xboleh terima penolakan dari wanita muda & cantik, jadi mangsa dia ni muda2 n cantik2 ...
ADVERTISEMENT