CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ain Edruce Kena Hentam- Keluar Rumah Pakai Seluar Masa Berpantang

26-5-2021 11:56 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12681| Komen: 102|Original author: Oleh: Saiful

Ain Edruce dikritik sebab pakai seluar selepas seminggu melahirkan bayi sulungnya.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu menyaksikan Ain OOTD sambil memegang stroller bayinya ketika mahu ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.




Di ruangan komen ramai yang kata Ain melanggar pantang sebab tak pakai kain macam kebiasaan wanita lain berpantang.

Ain kata dia lebih selesa memakai seluar kerna ia memudahkannya untuk bergerak.




"Saya bawa anak pergi check up... biasalah keluar untuk pergi hospital saja. Saya tahu ada netizen yang bising fasal saya keluar la, tak elok pakai seluar waktu pantang la. Takkan saya nak pakai kain batik pergi hospital.

"Lagipun, seluar yang saya pakai itu longgar. Ikutkan hati sebenarnya nak saja balas semua komen-komen itu tapi saya terpaksa tahan diri sebab takkan semua benda saya nak tulis dekat kapsyen.

"Nak kena jelaskan lebih terperinci pula. Saya masih berpantang seperti wanita lain, siap ada orang jaga saya lagi. Cuma saya nak bawa baby pergi check up saja pakai seluar kerana lebih selesa bila jalan," katanya kepada mStar.



Tambah pengacara dan pelakon ini, dia menjalani proses pantang dengan betul bagi mendapatkan semula bentuk badan yang asala.

"Saya pun tak boleh cakap apa-apa... sebab zaman sekarang ini, ada orang memenag betul-betul jaga pantang dan ada juga yang tak ikut pun cara berpantang dengan betul.

"Tapi secara jujurnya, saya memang betul-betul jaga pantang terutama dari segi permakanan. Bila berpantang ini, saya dapat rasa badan saya cepat susut.


Foto: IG

"Untuk ibu-ibu dekat luar sana, yang nak dekat bersalin atau baru bersalin ke, disarankan untuk berpantang... sebab badan kita pun boleh jadi baik seperti sebelum ini dan sihat."

Ada sahaja nak cari salah ya. Ikutlah ibu itu sendiri nak pakai apa yang dia selesa, orang lain janganlah menyibuk. Tak gitu? -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-5-2021 12:09 PM
Lantak kau la. Tapi ni gosip ke?????
Quote 3chanceno 26-5-2021 12:10 PM
Apa masalah netizen kalau dia pakai seluar ke kain semasa pantang???koser betul la
Quote naina 26-5-2021 12:10 PM
Overnya gaya posing macam dah lepas pantang sebulan
Ni namanya nak minta puji la tu konon masih cantik slim bergaya kelasss yak yak yeaaa
Konon nk jd macam Scha al Yahya
Yela berpantang xsemestinya selekeh kan
Tapi tahhh.. overla dia nehhh
Quote naina 26-5-2021 12:11 PM
Ngilu tengok dia berdiri kaki terbuka cmtu..
Quote Tinot7 26-5-2021 12:16 PM
Awat promo spital? Dpt baucer ke apa paid review?
Quote Suchi 26-5-2021 12:19 PM
Takde masalah pun pakai seluar ke apa. kalau sakit mestila dia tak pakai weh.


Masa iols jaga anak kat nicu aman2 je sorang indon ni pakai skinny jeans ok.
Badan dia pun jenis kecik halus ja perut pun kempis.
Quote Suchi 26-5-2021 12:21 PM
3chanceno replied at 26-5-2021 12:10 PM
Apa masalah netizen kalau dia pakai seluar ke kain semasa pantang???koser betul la

Biasalah netiZen semua depa nk control hahah nk gelak iols baca komen yg suh pakai kain batik g klinik tu.
Kadang iols geleng kepala je bila jumpa ibu2 muda g klinik bawak baby pakai kain batik. Mujur la tak terlondeh yaa.Maybe kain batek ade getah kat pinggang kot.
Quote Kupucandy 26-5-2021 12:23 PM
Tak faham btul netizen... apa masalahnya pkai seluar, seluar je pun
Quote paiayam 26-5-2021 12:27 PM
Kadang2 I rasa netizen punya menyibuk tu lain macam. Sebijik macam acik bawang, tp di dunia maya. Kalau dia sakit taknye dia pakai la seluar tu. Kalau dia sakit sekali pun, bukannya acik2 yang tanggung sakit dia tu. Kot dia bersalin takde koyak ke mana kita tau.
Quote MakcikLaksa 26-5-2021 12:29 PM
Dah kenapa menggelupur sgt netizen ni tgk org pakai seluar.. Acik dulu masih dalam ward pun dah pakai seluar diknon.. Memang lagi selesa.

Asalkan ko tak gerak gelojoh, tak kangkang2, jalan pelan2 tu ok la.. Kalau pakai kain tapi ganas pun sama je. Ape daaa..
Quote Minami2013 26-5-2021 12:31 PM
Busy body betul netizen.

Kakak i cerita masa dia bersalin kat hospital, ada org asli tu siap mencangkung dok atas katil sambil lipat2 baju lepas bersalin nk keluar hospital. Badan sendiri kan. Kalau sakit dia tak buat.
Quote Nana_Man 26-5-2021 12:32 PM
Pakai seluar pun salah ke????
Ngok lah... takkn nk selekeh pakai kain batik bila kuar ruma.
Quote Perk77 26-5-2021 12:37 PM
Habis Tu ..peremouan America Africa China Thailand Vietnam hongkong Tu kalau Lepas beranak pi hospital pakai Kain batik ke....
Quote husie91 26-5-2021 12:42 PM
naina: Ngilu tengok dia berdiri kaki terbuka cmtu..


Salah sorang netizen yang orang lain berpantang pakai sluar kau yg ngilu kihkih
Quote naina 26-5-2021 12:44 PM
husie91 replied at 26-5-2021 12:42 PM
Salah sorang netizen yang orang lain berpantang pakai sluar kau yg ngilu kihkih

Eh hello aku bukan komen pasal seluar
Aku komen dia berdiri MCM kaki terbuka luas cmtu. Menggigil tangan nak kecam netizen sekali salah baca.hahaha
Quote husie91 26-5-2021 12:46 PM
naina replied at 26-5-2021 12:44 PM
Eh hello aku bukan komen pasal seluar
Aku komen dia berdiri MCM kaki terbuka luas cmtu. Menggigil ...

Dah tentu la mksud aku bab tkangkang tu sbb pakai sluar la nampak.. isu dia.. dia yg berpantang.. dia yg kangkang.. org lain yg ngilu..
Quote bakingsoda 26-5-2021 12:49 PM
sakit tak sakit pakai seluar tu masalah dia, tapi berkunjung beraya tayang kat ig asal semua tutup mata jah?
Quote Lailerthee 26-5-2021 12:54 PM
Mmg setiap kali artis dlm pantang pakai seluar pg check up akan jdi perbalahan netizen ea? Kamoon yg bkn retis pon pg checkup anak pakai seluar da kot skrg.
Quote sunshinelady 26-5-2021 12:56 PM
wtf is wrong w netizens bawangs ni? tu mesti byk sangat masa nak membaca & menaip semenjak PKP ni.
aku lepas bersalin caesar tu pakai seluar je manjang, tak pernah pakai kain. also takde pulak nampak  semua org2 puteh/ hitam/ chocolate/ etc yg bukan melayu, pakai kain batik selepas bersalin berpantang bagai ni. itu sekadar pakaian, and ikut keselesaan & tahap kesihatan/ baikpulih badan masing2. bengong.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.295123 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top