Shaarnaz Ahmad memberi amaran kepada Iman Troye. FOTO Arkib NSTP Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada penyanyi Iman Troye supaya tidak bergurau kasar terhadap orang lain yang sedang bertarung nyawa berdepan virus Covid-19. Sharnaaz berkata, Iman sepatutnya lebih sensitif terhadap nasib yang menimpa orang lain. Kelmarin, Iman dikecam netizen kerana menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan 'happy' (gembira) yang disifatkan netizen dia berbangga dengan angka jangkitan itu. "Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi," tulisnya di Twitter. Menurut Sharnaaz, gurauan mengenai kes harian Covid-19 tinggi kerana kesalahan pihak tertentu tidak menjadi masalah, tapi jika sesuka hati mengharapkan kes akan meningkat sehingga 7,000 adalah tidak sesuai. "Dalam 7,000 orang itu ada ibu bapa orang lain yang sedang bertarung nyawa atau mungkin ada yang meninggal dunia. Fikirlah wahai Iman Troye," katanya. Sharnaaz berkata, dia juga terkesan dengan perkara itu kerana sudah kehilangan dua anggota keluarga akibat dijangkiti Covid-19. Terdahulu, ramai menyifatkan tindakan Iman itu kurang matang kerana menjadikan ia bahan gurauan selain dan tidak sensitif dengan isu semasa. Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik status itu, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter. Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
codenamedream replied at 25-5-2021 06:39 PM
Sharnaz yg takut ex bini... Mampu marah dak2 bbnu jer yer.
Piramida replied at 25-5-2021 06:26 PM
Sound dulu bekas adik ipar... bekas bini etc.
scarflicious replied at 25-5-2021 07:51 PM
Bekas je kan? Skrg dah ada yg kutip, biau lah org tu yg tegur.
ADVERTISEMENT