Kuala Lumpur: Legenda badminton negara yang juga ketua kontinjen ke Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Lee Chong Wei hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia bekerjasama menyekat penularan wabak Covid-19 sekali gus membantu mengurangkan beban petugas barisan hadapan kesihatan. Dalam laman Facebooknya, bekas pemain nombor satu negara itu yang juga pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik turut menyatakan kebimbangannya dengan peningkatan jumlah mangsa Covid-19. "6,735 orang frontliners kita disah positif, lima meninggal dunia akibat virus Covid-19, angka ini tidak termasuk mereka terkorban disebabkan kepenatan badan dan minda yang teramat,'' kata Chong Wei yang menggesa agar orang ramai terus kekal duduk di rumah. "Saya harap kawan-kawan semua boleh membantu kurangkan beban mereka, stay home! Asalkan semua duduk rumah, virus tidak dapat cari mangsa, virus akan mati! Menanglah kita! "Saya tahu semua orang penat, kecewa, takut. Tapi, cuba bayangkan perasaan frontliners (petugas barisan hadapan) yang setiap hari berpegang tangan, melekat pipi dengan virus Covid-19, dilindungi hanya sekeping plastik biru. "Apakah perasaan anak-anak mereka, ibu bapa mereka? Mereka juga adalah anak, ibu dan bapa juga.'' Menutup bicaranya, Chong Wei menyeru orang ramai terus memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan negara. Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Skuau replied at 25-5-2021 06:54 PM
boleh tak....buat cam kampung...bawa van....jual mcm2 barang(terutamanya makanan)pusing keliling kws ...
sarah82 replied at 25-5-2021 07:01 PM
Ada lagi la wei kat sini..
Skuau replied at 25-5-2021 07:03 PM
lembah klang xde dh.....tu yg kuar beli brng...
Skuau: boleh tak....buat cam kampung...bawa van....jual mcm2 barang(terutamanya makanan)pusing keliling kwsan perumahan....cam tu baru kita x pi mana2...#sta ...
ADVERTISEMENT