CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Scammer Menyamar Jadi Ibu Bapa Mawar Karim, Minta ‘Transfer’ Duit

27-5-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4041| Komen: 14

Bekas isteri pelakon Fizo Omar, usahawan Mawar Karim mengingatkan mana-mana individu yang mengenali ibu bapanya agar tidak terpedaya dengan taktik sindiket penipuan atau scammer yang menggodam telefon bimbit orang tuanya.


Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar, 32, mendedahkan individu yang menyamar sebagai ibu bapanya iaitu Aminuddin dan Faridah akan meminta wang daripada kenalan yang berada dalam senarai WhatsApp mereka.

Foto: IG

"Kepada sesiapa yang mengenali kedua ibu bapa saya, Aminuddin dan Faridah, telefon bimbit ayah dan ibu saya kena godam.

"Scammer ada minta yang kononnya berlakon jadi ibu bapa saya, guna nombor telefon mereka untuk minta transfer duit ke akaun scammer.

"Diharapkan kalian yang kenal ibu bapa saya jangan sesekali percaya pada WhatsApp tersebut dan jangan terpedaya untuk transfer duit," katanya.



Menurut Mawar, dia dan ibu bapanya mengambil serius perkara ini dan akan membuat laporan polis agar tindakan lanjut boleh diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab tersebut.

"Kami memandang serius perkara ini... kami akan buat laporan untuk tindakan lanjut kepada scammer yang tidak bertanggungjawab.

"Harap maklum. Kerjasama kalian amat kami hargai," katanya.



Untuk info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 36, pada November 2013 namun disahkan bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-5-2021 11:05 AM
btw lelawa plak charms n beads pandora dia ni..sapa2 kat sni penah bli kat shopee dia x?hrga dia murah ke idok?
Quote kaka_tima 27-5-2021 07:29 PM
Dengar citer dah jadi bini no 3 Khai..kuingatkan Khai mana, rupanya pak lebai asas tani tu {:cryrun
Quote hasyahana 27-5-2021 08:42 PM
Kene tahan kat roadblock ...tu yg tersebar citer berdua naik kereta
Quote Perawankota 27-5-2021 09:11 PM
kaka_tima replied at 27-5-2021 07:29 PM
Dengar citer dah jadi bini no 3 Khai..kuingatkan Khai mana, rupanya pak lebai asas tani tu {:cryrun

Dia ni ke bini no 3
Quote krieysa 27-5-2021 09:58 PM
Betul ke yg pasal roadblock Tu...tersebar dah WhatsApp pasal kena tahan sjr ke terengganu..berselera plak so mawar ni kt org tua gatal tu.


Quote nia_salina 27-5-2021 10:27 PM
lalu ke dia dgn pakcik tu
Quote hareeeesah 27-5-2021 11:15 PM
Perawankota replied at 27-5-2021 09:11 PM
Dia ni ke bini no 3

Khai mana pulak.. update sikit
Quote estrelle 28-5-2021 02:13 AM
Puas cari thread psl kena tahan dgn menteri tu..haha
Quote None68 28-5-2021 05:19 AM
kaka_tima replied at 27-5-2021 07:29 PM
Dengar citer dah jadi bini no 3 Khai..kuingatkan Khai mana, rupanya pak lebai asas tani tu {:cryrun

Mana satu plak menteri tu? Kena google la pulak
Quote flipolivio 28-5-2021 08:59 AM
kaka_tima replied at 27-5-2021 07:29 PM
Dengar citer dah jadi bini no 3 Khai..kuingatkan Khai mana, rupanya pak lebai asas tani tu {:cryrun

tepek gambar khai ni uols...serious la dia nak jd bini no 3?
Quote lifeline 28-5-2021 09:19 AM
Aku gugel pak lebai khai tu
Serious la mawar berselera kalo btul gossip ni?
Downgrade gilaaaaaaa
Quote Skyline_84 28-5-2021 10:02 AM
Downgrade gila mawar ni if betul dia jdi wife ke3 si mnteri tani tu.. So trjawablah sudah tangan misteri dia kt ig haritu.  Tgn si lebai ni rupanya.. Tpi apakan daya mesti mawar ni nk pangkat dn kedudukan for her business.... Ye la dia kan dh kaya...
Quote Skyline_84 28-5-2021 10:04 AM
lifeline replied at 28-5-2021 09:19 AM
Aku gugel pak lebai khai tu
Serious la mawar berselera kalo btul gossip ni?
Downgrade gilaaaaaaa

Tu la.. Kalau tgk gmbar kt ig tu mcm elok je tgn jantan tu... Tktau kot guna filter
Quote Cece1234 28-5-2021 10:15 AM
Xkan ngan org tua kot..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.228757 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top