Ketika kerajaan dan para petugas barisan hadapan (frontliners) sedaya upaya menggalakkan rakyat di negara ini mengambil vaksin Covid-19, namun kemunculan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat tidak tepat sedikit sebanyak menjejaskan usaha ini.
Golongan yang dikenali sebagai antivaksin ini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan medium lain untuk menyebarkan 'dakyah' mereka untuk mempengaruhi orang ramai. Antaranya, mereka mengaitkan vaksin Covid-19 sebagai agenda terancang pihak barat, mendakwa ia adalah racun sehingga menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut, malah lebih ekstrim ada yang menggelarkan vaksin sebagai 'dajjal'. Golongan yang mudah terpengaruh dengan penyebaran mengenai vaksin Covid-19 sudah tentulah warga emas. Malah ramai dalam kalangan golongan ini terang-terangan menolak untuk mendapatkan suntikan sedangkan mereka termasuk dalam kelompok yang berisiko. Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara ini, selebriti media sosial berpengaruh, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengambil vaksin khususnya dalam kalangan warga emas. Menggunakan 'kuasa' pengaruh media sosialnya, Khairulaming yang mempunyai 3.2 juta pengikut di Instagram dan 796,500 di Twitter membuat hebahan serta meminta pengikutnya berkongsi kisah vaksinasi ibu bapa atau datuk nenek masing masing agar menjadi 'inspirasi'. Tambah jejaka yang terkenal dengan tagline 'Hey what's up guys' ini lagi, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk meyakinkan ibu bapa masing-masing mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin Covid-19. Dalam pada itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sokongan selain memuji pendekatan selebriti media sosial tersebut. Malah ramai di antara mereka berkongsi wajah gembira ibu bapa serta datuk masing-masing yang memegang plakad 'Saya Telah Divaksinasi'. Sumber: mStar
|
uori replied at 27-5-2021 12:56 PM
mak aku pun sama, kejap nak amek kejap takut. stepdad aku paling lantang menentang, sedangkan mak ak ...
MeghanK replied at 27-5-2021 01:01 PM
aik ayah tiri uols g cucuk senyap2 ke..motip
uori replied at 27-5-2021 01:02 PM
iyeeee, hanat kan? patut suntik covid je dalam badan dia
Carcosa replied at 27-5-2021 12:16 PM
Aku paling benci org2 yg bodoh langau takde inisiatif nak membaca menambah ilmu. Main FBje pandai.
...
umbut replied at 27-5-2021 01:22 PM
Kdg baca kat ig gerammmmm jer puak anti vax ni dia punya jawapan konar baring nak menang leh sempu ...
uori replied at 27-5-2021 12:56 PM
mak aku pun sama, kejap nak amek kejap takut. stepdad aku paling lantang menentang, sedangkan mak ak ...
allshares replied at 27-5-2021 01:31 PM
Kalau tkt sgt dakyah dajjal la, barat lah, vaksin ni buatan kapir lah, len kali belajar Pandai2, sma ...
tipah89 replied at 27-5-2021 01:45 PM
kt socmed i oll pun ade few frenz yg termasuk dlm gol. antivax ni, kehulur ke hilir kerajaan xbetu ...
ADVERTISEMENT