Akibat tidak mendapat nafkah batin selama sebulan daripada isteri, seorang bapa tergamak membunuh anak kandung sendiri berusia 16 tahun selepas merogolnya di Kampung Kedungdowo, Jawa Tengah.
Lapor Kompas.com, suspek berusia 50 tahun yang bekerja sebagai buruh itu meninggalkan tali di samping mayat tersebut seolah-olah mangsa meninggal dunia kerana bunuh diri. Ketua Polis Kudus, Aditya Surya Dharma berkata, ketika kejadian yang berlaku pada waktu pagi, ibu mangsa sudah keluar rumah kerana pergi bekerja sebelum ayahnya merogol anak perempuannya di dalam bilik. Selepas dirogol, mangsa berada dalam ketakutan kerana diugut ayahnya sendiri dan sempat menghantar adiknya ke sekolah. Ketika pulang ke rumah, suspek kembali merogol mangsa dan ketika remaja itu memberontak, lelaki itu memukulnya dengan batu bata. “Mangsa maut selepas dirogol dua kali. Disebabkan dia memberontak, suspek mencekik dan memukul mangsa dengan batu bata.
“Kes terbongkar selepas adik mangsa pulang ke rumah dan melihat mayat kakaknya terbaring di dapur,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia
|
makadek replied at 27-5-2021 01:31 PM
Igt wife2 dh tau laki kuat muki...kot time dia nk ko tadah je ..kalau tgk laki ko tu tend to merogol ...
nuryakmal replied at 27-5-2021 02:20 PM
really ? tadah je?
serious aaa u punya statement....
ADVERTISEMENT