CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beri penerangan vaksin dalam loghat Kelantan, usaha Sabri Yunus raih pujian ramai

27-5-2021 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5684| Komen: 38|Original author: Raline

Beri penerangan vaksin dalam loghat Kelantan, usaha Sabri Yunus raih pujian ramai


Sehingga hari ini, masih ramai yang keliru berkenaan fungsi sebenar vaksin COVID-19 dan ada yang berpendapat bahawa vaksin itu boleh menyembuhkan COVID-19.

Walhal sebenarnya fungsi vaksin bukan untuk mencegah atau merawat jangkitan tetapi untuk mengurangkan kadar risiko yang dialami jika dijangkiti wabak berkenaan.

Baru-baru ini, pelakon yang cukup terkenal di Malaysia Sabri Yunus telah menggunakan laman media sosialnya untuk memberi kesedaran tentang fungsi vaksin dalam dialek Kelantan.


Turut dikenali sebagai ‘Pokya’, pelakon veteran berusia 60 tahun itu memberikan penjelasan yang mudah difahami dan turut memberi contoh situasi yang berlaku menerusi video tersebut.






Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif yang dilakukan oleh bintang drama Tanya Sama Pokok itu dalam menyampaikan ilmu berkaitan vaksin kepada orang ramai.

Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman menghadapi kesukaran dalam menggalakkan ibu bapa mereka mengambil vaksin.

Memandangkan kini ramai golongan ‘anti-vaksin’ didapati menyebarkan fakta yang salah sebagai cubaan untuk menakutkan orang ramai daripada mengambil vaksin.

Nak suruh ‘family’ Kelantan dengar



Tak tahu macam mana nak yakinkan ‘parents’


Terbaikkk Pokya


Video ni patut disiarkan di TV dan Radio




Memetik laporan media terdahulu, hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin sehingga semalam.

Difahamkan lagi antara puncanya ialah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan.

Selain itu, ada yang gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi dan ramai juga tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


Tonton video penuh:

Loading FB Video...


Sumber: Twitter @niezarul_hafiq


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 27-5-2021 03:16 PM
Usaha pokya ni bagus. Mcm tun M bidas mak teh hari tu. Makcik pakcik ni kadang kena bagi penerangan bahasa negeri masing2, and dari golongan umur yg sama, lagi mudah nak paham. Message pun sampai.
Quote salmon-suki 27-5-2021 04:06 PM
Alhamdulillah,semua pakcik macik ai dah reg..pacik ai pn dah ada y dicucuk..tp helok plak dia,xde apa2..maybe sbb rajin berkebun..n ai taw jenis degil2 xnk vax ni y duk ulu banat tuh..nak2 kalau duk kena basuh ngn geng2 dia y sama takut nak jab..alahaiiii..
Quote whimsicalmusic 27-5-2021 04:09 PM
Bagus..cara terang pn ala bapak2..lembut je
Quote cap_ayam 27-5-2021 04:16 PM
Usaha yang baik.. semoga ada kebaikannya ..
Quote anilanil 27-5-2021 04:18 PM
Please take note ya iman basic toye. Drpd ko sarcastic tak sampai baik ko buat sesuatu yg berguna mcm pokya ni.
Quote SweetRehan 27-5-2021 04:25 PM
Bagus pokya...
Quote pearl.silver 27-5-2021 04:52 PM
Tgk pokya dlm video tu, aku teringat satu kartun ni
Binatang.. Tp xingat la kartun apa..
Sebijik rupa itu.. Dengan spek bulat dan janggut gitu..
Quote LadyCarefree 27-5-2021 05:10 PM
Kelantan ni keluar je lah dari Malaysia.
Quote ReginaGeorge 27-5-2021 05:52 PM
Kalau semua celebrity malaysia mcm ni, tak malu la nak minta bantuan dari kerajaan. Ni tak.. Dahlah degil, rentas daerah, rentas negeri, flex kaya.. Tiber minta bantuan kerajaan. Masa kaya tak ingat menyimpan.
Quote CiliPadiSedap 27-5-2021 06:07 PM
pearl.silver: Tgk pokya dlm video tu, aku teringat satu kartun niBinatang.. Tp xingat la kartun apa.. Sebijik rupa itu.. Dengan spek bulat dan janggut gitu..

Mickey mouse?
Quote MisXoXo 27-5-2021 06:11 PM
bagi si sohai tu..ig dia non stop tgh kutuk kerajaan.pastu gile live sehari 2 ke tiga kali.tetap bgtau anak2 dia tau mak bapa dia keje artis..org dtg umah hntr rezeki..zakat katanya..dia gelak sinis..zakat??? tp org dh bagi sebat ajalah katanya... sohai ni kena di kejo pdrm..sbb bagi dakyah xbetul psl vaksin.puaka punya olang
Quote nazzse 27-5-2021 07:28 PM
Edited by nazzse at 27-5-2021 11:38 AM

SY ni memang antara artis yg bagus pun. Tengok drama dia pun tau.

Btw, yg akan ambil vaksin AZ, iols nasihatkan makan panadol lepas cucuk. Klu tak mendapatlah mcm iols ni. Side effects AZ sgt kuat, ingatkan 1st dose ok, apo 1st dose pun dah tumbang, iols aktif je padahal. 2nd doze nanti tak taulah mcm mana.
Quote eniliana 27-5-2021 07:34 PM
sekecil2 usaha tetap usaha..
semoga pokya diberkati.
semoga dpt buka minda lebih ramai..
Quote Chah21 28-5-2021 02:17 AM
nazzse replied at 27-5-2021 07:28 PM
SY ni memang antara artis yg bagus pun. Tengok drama dia pun tau.

Btw, yg akan ambil vaksin AZ,  ...

My family members 2 org demam sminggu 2-2 dos  yg lain ok je
Quote anony-mous 28-5-2021 06:07 AM
Dah mcm setaraf china mainland yg dtg sini, kena ckp dlm bahasa sendiri baru nak faham
Quote yujin 28-5-2021 07:03 AM
Ada kartun yg watak dia ada 3 org tu jelas jgk maksud yg dia nk smpaikn ttg vaksin ni
Quote me12345 28-5-2021 07:24 AM
Patut di siarkan kat traffic light traffic light negeri kelantan... deme bebal tahap maksimum
Quote me12345 28-5-2021 07:27 AM
Artis mcm la yg perlu di puji..syabas pokya. Harap ramai lagi artis buat mcm ni..jgn tayang selpie kt media sosial je keje korang..org meluat. At least do something yg berfaedah utk followers m
Quote chekacheku 28-5-2021 08:02 AM
Makcik aku xdaftar terus sbb takut..sapela yg hebat sgt sebar dakyah psl vaksin smpai berjaya menakutkan separuh rakyat kelantan yg terkenal ngn perangai babil dan bereng

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.206649 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top