CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlebih Kreatif, Lelaki Pakai Alat Pernafasan Buatan Sendiri Nak Elak Covid-19

28-5-2021 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3608| Komen: 23

Langkawi: Tindakan lelaki warga asing mengenakan alat pernafasan buatan sendiri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, menarik perhatian ramai.


Gambar lelaki bersama alat 'pelik' itu yang dipercayai dirakamkan oleh seorang pengunjung yang turut berada dalam PPV sama dua hari lalu mula tular dalam media sosial petang ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail ketika dihubungi mengesahkan kehadiran lelaki yang mengenakan alat itu di PPV untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Foto: Harian Metro

"Ya, betul lelaki warga asing itu hadir untuk menerima suntikan vaksin di PPV Kompleks Sukan LADA dua hari lalu.

"Difahamkan dia dapat panggilan untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera," katanya.

Dr Mansor berkata, ketika tiba di kaunter pendaftaran dan menerima suntikan, lelaki itu berpakaian biasa dan lengkap dengan pelitup muka.

"Sebaliknya ketika berada di sesi pemantauan, dia dipercayai mengeluarkan alat itu dari beg dibawanya sebelum mengenakan pada muka dan kepalanya.

"Malah, berdasarkan pengakuan yang diberikan kepada petugas kesihatan, lelaki itu tidak mengalami sebarang penyakit berkaitan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti apa tujuan lelaki itu berbuat demikian sehingga menarik perhatian ramai. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbrinjal 28-5-2021 08:38 AM
COBID brings out the 'best' in us...

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Quote matbad 28-5-2021 09:44 AM
Pakcik ni org aussie..sempoi ja pkcik ni..besa la setengah org ada penyakit berhati2 tu dasyat sgt..hihi
Quote Supersirap 28-5-2021 10:05 AM
Tahniah diucapkan
Quote Cece1234 28-5-2021 10:12 AM
Hahaha kreatif..
Quote Buritan 28-5-2021 10:15 AM
matbad replied at 28-5-2021 09:44 AM
Pakcik ni org aussie..sempoi ja pkcik ni..besa la setengah org ada penyakit berhati2 tu dasyat sgt.. ...

Tang mana dia beli.. shoppe ade ke
Quote serinegara 28-5-2021 10:24 AM
Macam pakai face mask untuk snorkeling tu, dan guna hose vacuum cleaner, dan botol air 5 L yang beli kat kedai.
Quote nononcrux 28-5-2021 10:35 AM
Nak tahu juga yg pakai custom Power Ranggers super avenger etc tu.. selamat tak depa full protection juga & kreatif
Quote emera 28-5-2021 10:46 AM
stingerbrinjal replied at 28-5-2021 08:38 AM
COBID brings out the 'best' in us...

Kahkahkahkahkahkahkahkah

Hari ni kau dah jd terung.
Quote matbad 28-5-2021 12:42 PM
Buritan replied at 28-5-2021 10:15 AM
Tang mana dia beli.. shoppe ade ke

Dia buat sndri..org kapal ni kreatif skit haha..
Quote Artemesiaa 28-5-2021 12:46 PM
Kreatif jugak hasilnya tapi alang2 beli mask elok beli toxic mask terus tak gaduh nak kena hangkut botol kosong 5L tu dah
Quote jazaa100 28-5-2021 01:18 PM
serinegara replied at 28-5-2021 10:24 AM
Macam pakai face mask untuk snorkeling tu, dan guna hose vacuum cleaner, dan botol air 5 L yang beli ...

oksigen tu guna liquid oksigen ke?....
Quote jazaa100 28-5-2021 01:20 PM
Artemesiaa replied at 28-5-2021 12:46 PM
Kreatif jugak hasilnya tapi alang2 beli mask elok beli toxic mask terus tak gaduh nak kena hangkut b ...

dia tau bdn dia besar....tu yg hangkut botol 5L....

klu bdn U...btl 1.5L pun dah cukup
Quote monreyes 28-5-2021 01:21 PM
stingerbrinjal replied at 28-5-2021 08:38 AM
COBID brings out the 'best' in us...

Kahkahkahkahkahkahkahkah

stingerbrinjal....skali pandang stingerbingai......
kahkahkahkah
Quote biozipstar 28-5-2021 01:22 PM
mcm guna konsep sains... tapi x fahamlah pertukaran molekul tu kan.. tapi aslong tak berbahaya takpe
Quote Cemay 28-5-2021 01:44 PM
cam mana warga asing boleh dapat vaksin cepat yee
Quote matchstick 28-5-2021 02:09 PM
warga asing dapat vaksin daftar kt mysejahtera tu diorg bayar ke..serius ni tanya sbb nak tahu. bukan ke priority utk warganegara
Quote LadyCarefree 28-5-2021 03:54 PM
Baiklah beli je respirator 3M. Cheap and berkesan 100%
Quote nur123 28-5-2021 04:21 PM
matchstick replied at 28-5-2021 02:09 PM
warga asing dapat vaksin daftar kt mysejahtera tu diorg bayar ke..serius ni tanya sbb nak tahu. buka ...

Kj ckp semua dpt. sebab nk capai herd immunity
Quote elnor_81 28-5-2021 05:10 PM
matchstick replied at 28-5-2021 02:09 PM
warga asing dapat vaksin daftar kt mysejahtera tu diorg bayar ke..serius ni tanya sbb nak tahu. buka ...

Aku pun pelik ni...nape x utamakan warganegara?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.188715 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top