Nad Zainal bengang apabila ada pihak yang menuduhnya menggunakan saluran salah untuk mendaftar suntikan vaksin Covid-19. Katanya Nad menggunakan status sebagai artis untuk mendapatkan vaksin dengan cepat.
Kata Nad, dia sama seperti orang lain yang menunggu dan berusaha untuk memasuki sistem pendaftaran vaksin. Difahamkan dia berjaya mendaftarkan dirinya, suami dan bapa tapi Nad tak pernah meminta untuk diberikan keutamaan berbanding orang lain. "Selepas dah selesai semua tu, saya tengok Twitter dan nampak ada seseorang ni mendakwa konon-kononnya saya dapat vaksin melalui saluran salah. Sedangkan saya cuba beberapa kali juga macam orang lain. "Saya juga tunggu dari pukul 11.30 pagi... menunggu turn nak daftar tapi bila ada orang buat tuduhan seperti itu, sudah tentu saya jadi marah sebab saya daftar melalui saluran yang betul. "Saya tak pernah letakkan diri untuk dapat apa-apa keutamaan berbanding orang lain. Sebab saya tahu betapa susahnya nak dapatkan sesuatu yang sememangnya percuma. Mesti ramai orang nak. "Dah ada benda percuma... buat apa nak berbayar. Mungkin sistem pendaftaran itu slow tapi Alhamdulillah saya bersyukur dapat daftar untuk beberapa orang ahli keluarga," katanya kepada mStar Online. Dalam masa yang sama, pelakon ini menasihati orang ramai agar tidak mengambil kesempatan dan pentingkan diri dengan emmotong barisan.
|
shernazz replied at 28-5-2021 09:35 AM
Kalau astrazeneca mmg iols tak ragu
Sebab siapa cepat dia dapat
Yang is nak tau
sofinamini replied at 28-5-2021 09:41 AM
ite AZ nie i tak peik siapa dapat sbb mmg siapa cepat dia dpt . iools dpt dh first dose masa AZ bu ...
shernazz replied at 28-5-2021 09:49 AM
Kan..
Ada je yang dapat masa tu..
Jadi tak.hairan..
laksmanabentan replied at 28-5-2021 09:01 AM
apa la korang nih..
komputer korang tak cukup padu...
tgk nad nih... siap boleh registerkan untuk ...
lasagnaklcc replied at 28-5-2021 10:40 AM
Kat ukm ni pon ramai jumpa artis dah. Erra fazira pon ada. Kalau dpt astra, i percaya diorg pon bere ...
ADVERTISEMENT