CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tanya Ada Sesi Bermaafan Dengan Izreen, Melodi Kata Takda, Tapi ..." Intan Liana Cerita Hal Sebenar

28-5-2021 03:58 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16924| Komen: 82|Original author: Oleh: Cari-Azza






Jika sebelum ini, hanya Izreen Azminda yang bersuara mengenai pertemuan dengan bekas madunya, Intan Liana Salleh dalam program Melodi Raya, terbaharu Intan pula mendedahkan hal yang sebenarnya.

Menurut Intan, dia dijemput oleh pihak Melodi sebagai tetamu dan tidak diberitahu pun, ada sesi temubual bersama Izreen.

"Saya ada dimaklumkan mengenai segmen 'Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih' tapi tak diberitahu pula saya dan Izreen yang terlibat dalam segmen itu."

foto : IG


Menerusi Media Hiburan, Intan menjelaskan yang mereka berdua turut ditempatkan di meja yang sama tetapi bukan bersebelahan dan ianya tidak menjadi masalah pun. Malahan terdahulu, Intan turut bertanya kepada kru program akan adakah program bermaaf-maafan, kerana jika ada, dia belum bersedia lagi.

"Dan sebelum saya setuju, saya ada bertanyakan pihak Melodi, adakah akan berlaku sesi bermaafan. Dan saya diberitahu tiada sesi tersebut, saya dijemput sebagai tetamu sahaja."

foto : IG

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila berada di set rakaman, Intan tiba-tiba diminta menjayakan sesi temubual bersama Izreen dan dia bersetuju dalam keadaan tidak bersedia.

"Jadi, apa yang dilihat dalam sesi temubual adalah spontan. Saya harap penjelasan ini menjawab pertanyaan ramai. Rasanya ia tak perlu disensasikan dalam ruangan hiburan kerana ia membabitkan hati dan perasaan. Saya bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik."

foto : Ig


Intan sudah pun menjelaskan apa yang telah berlaku dan mengharapkan masing-masing telah pun membawa haluan sendiri. Jadi, kita, peminat dunia hiburan boleh berikan ruang kepada mereka. - CARI






1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 28-5-2021 04:06 PM
Babinya kru melodi demi content

Aku harap korang bump into your partner tengah kongk3k dgn org lain then besok diletakkan dlm lif yg sama pastu lif tu rosak dan korang kena bermaafan selama 10 jam terperangkap dlm lif
Quote ezacbee 28-5-2021 04:10 PM
Melodi mmg camtu.

Quote whimsicalmusic 28-5-2021 04:11 PM
Mesti kekok tp tpaksa jgk..kalo x org nmpk cm still xmove on lg..
Quote korporat 28-5-2021 04:19 PM
tengok tangan intan asyik menggenggam je
Quote imransulaiman 28-5-2021 04:23 PM
Tajuk media hiburan pun macam mengundang.

Wartawan memang tugas dia...em malas lah nak sambung {:thief
Quote Reira77 28-5-2021 04:31 PM
Kesian intan. Nampak awkward muka dia time tu
Quote Normabaru 28-5-2021 04:33 PM
Yeahhhh..

mari teruskan hencapan...

Hmm... Mana @abadi84 ?
Quote Nizleen86 28-5-2021 04:34 PM
Lepastu nampak macam intan pulak yang taknak memaafkan. Bongok betul melodi ni dari kru sampai  pengacara skali hauk!
Quote samshik 28-5-2021 04:35 PM
Desperate nyer melodi demi rating...
Quote CiliPadiSedap 28-5-2021 04:40 PM
boikot melodi tengok nona
Quote apedehal 28-5-2021 04:51 PM
Nmpak sgt muka intan xrela.izreen je pipi tersorong sorong
Quote ais_kosong 28-5-2021 04:53 PM
pxlbb replied at 28-5-2021 04:06 PM
Babinya kru melodi demi content

Aku harap korang bump into your partner tengah kongk3k dgn org la ...

aku aminkannn.. jahatya perangai kru Melodi ni.
Pastu menafikan
Quote Straya 28-5-2021 05:02 PM
Percaya aje yang Intan cakap ni. Kurang ajar melodi
Quote mamajawie 28-5-2021 05:19 PM
baju jering soooooooooooooooooooo yesteryears zaman perang jepun dulu..ksian
Quote bukanomi 28-5-2021 05:42 PM
mamajawie replied at 28-5-2021 05:19 PM
baju jering soooooooooooooooooooo yesteryears zaman perang jepun dulu..ksian

Kan...ingat I sorang nampak huduh baju tu
Quote dua_chzy 28-5-2021 05:56 PM
Terima kasih Intan karna bersuara. Now weols tahu, Melodi memang bajingan.
Quote lyshafull 28-5-2021 05:57 PM
Woiii melodi ingt org tu senang2 ke nk maafkan prmpuan musnahkan rumah tangga dia ... ko nk paksa dy maafkan si jering ni buat ape ko ade ke kt tmpat wkty dy susah .... taw nk content je but melodi is so yesterdaayyyy org dh x tgok dah baik baca komen bbnu twitter maki lagi trrhburrr
Quote dua_chzy 28-5-2021 05:59 PM
Pandangan membunuh campo senyuman sinis Intan di gamba kedua buat akak tergelak.
Quote 3480 28-5-2021 06:00 PM
Mmg babi.. babi jgk kena

X pikiaq perasaan org dh

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063024 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top